Malam ini aku tidak dpt tidur. Entahlah, aku tak taw apa yang bermain di fikiranku. Padahal, esk dh bermula sem baru utk menghadapi 3 lagi subjek utk dipelajari. Biochemistry, Visual Basics dan Contemporary Problem sdg menunggu utk ditelaah dan diulangkaji bgi 9 lagi exam. Allahurabbi. Aku dpt merasakan beban utk 3rd sem ini atau lebih dikenali sbg Soifi. Walaupun hanya 3 subjek. Tapi, sem yg hanya 2 bulan ini memerlukan cbrn krn nk kejar silibuss dlm msa yang sgt2 singkat. Semoga Allah membantu aku.
Sedang aku tak leh nk tidur ni. Fikiranku melayang teringatkan nama seseorang. Ramlee Awang Murshid. Satu-satunya novelist kegemaran aku. Hanya novel dia shja yang mampu aku baca kt Malaysia bahkan novel komsas msa aku SPM dlu pom aku x larat nk abiskan. Huurmm,,sungguh aku rindukan karya dia. Penaik semangat dikala kehilangan. Pemberi idea dikala kematian akal. Novelnya kerap membuatkan aku berfikir tntg hakikat kehidupan. Jalan cerita yg mantap dan padat dgn aksi, sejarah, dan cinta membuatkan aku teruja utk membacanya. Dan elemen yg paling penting dlm novel beliau adalah elemen Ketuhanan yang begitu sarat mampu menginsafkan para pembaca.
Teringat pengalaman pertama aku membaca novel. Masa tuh aku darjah 5. Tengah bulan puasa. Dulu aku cukup benci membaca. Apatah lagi novel, bila aku masuk bilik kakak aku. Bila terlihat selambak novel2 jiwang karat aku terasa nak muntah. "Pehal la akak aku sangap baca novel2 jiwang mcm ni. Huh!!" Hatiku berkata-kata. Tapi, bulan puasa tahun itu merupakan paling bosan dlm hidupku. Tak tahu nk buat apa. Tak larat semacam jeh. Maklumlah, masih belajar utk puasa penuh. Suruh buat kerja sikit dah tak larat. Sedang aku mengelamun atas katil kakak aku. Tiba-tiba mataku terlirik ke arah sebuah novel Ramlee yang bertajuk Mandatori. Tanganku terus mencapai novel tersebut. Ku perhatikan sinopsis di belakangnya. Agak menarik!! Aku pun menggagahkan diri utk baca bagi menghilangkan kebosanan di hati. Dari satu mukasurat ke mukasurat seterusnya. Dari satu bab ke satu bab. Aku semakin asyik dengan buku ini. Ternyata, karya Ramlee menyebabkan aku teruja. Berterusan aku membaca sehinggalah habis satu novel. Aku sungguh terkejut. Ternyata karya Ramlee membuka mata aku utk membaca novel. Habis novel Mandatori. Ku gapai Tombiruo dan seterusnya sehinggalah aku kini. Aku menjadi salah seorang peminat setia Ramlee. Pernah kucuba utk membaca novel karya novelist lain. Namun, tidak setanding kehebatan Ramlee dan aku baca pun sekerat jalan je. Aku mual dgn kisah cinta yang tidak sehebat Ramlee dlm memukau hati para pembaca. Berikut, sedikit usahaku utk memperkenalkan novelist ini.
1. IGAUAN MAUT
Novel pertama Ramlee Awang Murshid. Actually, novel ni dah terlalu lama sgt. So, aku xsempat baca. Nak cari kt kedai pom payah skam ni. Terbitan tahun 1995 oleh Dewan Bahas dan Pustaka. Memenangi tempat ke-2 dam peraduan menulis novel dewasa anjuran DBP dan hadiah sastera negeri Sabah 1994/1995
2. ANUGERAH PERTAMA
Novel ke-2 juga yang aku tak baca pun lagi.
3. PEI PAN
Antara novel yang mantap bagi aku. Telah didramakan di TV1. Mengisahkan tentang seorang datuk yang menghadapi tuduhan membunuh isterinya sendiri. Akhirnya, beliau dipenjarakan 15 tahun atas kesalahan beliau. Setelah tamat tempoh hukuman dan keluar dari penjara. Beliau menyedari bahawa ada komplot utk menjatuhkannya ketika sebelum beliau dipenjarakan dahulu. Dan perancang kepada komplot adalah orang yang tidak disangka-sangka oleh beliau sendiri. Pengkhianat(itulah maksud Pei Pan).
4. TOMBIRUO
Novel pertama Ramlee keluaran Alaf 21. Diterbitkan pada tahun 1998. Mengisahkan tentang Tombiruo, iaitu mitos penunggu hutan yang ditakuti oleh penduduk Hutan Sandakan di Sabah. Penunggu yang membunuh mangsa yang cuba mengganggu ketenteram hutan beliau. Namun, kisah sebenar disebalik penunggu ini tiada siapa yang tahu. Dia merupakan manusia yang dibuang oleh ibunya kerana rupanya yang mengerikan. Namun, dia mempunyai adik beradik kembar yang sentiasa merasakan kehadiran abangnya itu.
5. RANGGAU
Kisah seorang wanita yang ingin adik kesayangannya yang hilang. Beliau telah mengupah seorang novelist sebagai detektif utk mencari adiknya. Namun, adiknya telah lama mati kerana dibunuh oleh seorang pembunuh yang kejam yg digelar Ranggau. Membunuh dan menjual organ manusia. Siapakah pembunuh tersebut? Sesungguhnya, kebenaran yang bakal tersingkap sungguh memedihkan.
6. MANDATORI
Kerana dendam, Carlos cuba mencari manusia yang telah mengkhianatinya. Mencari org yang bertanggungjawab menyebabkan kematian ayahnya. Dendam yang dibawa sejak kecil akan dilunaskan oleh tangannya sendiri dengan hukuman mandatori. Tiada kemaafan bagi kesalahan itu. Kecelaruan personaliti menyebabkan cerita semakin mendebarkan.
7. SEMANGAT HUTAN
Merupakan sambungan kepada novel Tombiruo. Apabila sebuah kapal terbang yang dinaiki oleh seorang datuk yang merupakan rakan kpd adik si Tombiruo terhempas di Hutan Sandakan. Si adik terus memohon bantuan abangnya di hutan. Namun, tanpa mereka sendiri satu makhluk sdg mencari mangsanya di Hutan Sandakan. Siapakah yang terlebih dahulu menjumpai mereka. Tombiruo atau makhluk tersebut?
8. A.D.A.M
Merupakan singkatan kepada Aku Darah Anak Malaysia. Novel terbaik yang pernah aku baca. Mengisahkan Hilman yang datang ke US utk bertemu dgn anak kesayangannya yang terpisah sejak kecil berikutan halangan keluarga mertuanya. Saat manis mereka bersama tiba-tiba bertukar menjadi pahit apabila kereta yang dipandu Hilman terlibat dalam kemalangan dan Hilman dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dendam membuatkan Hilman mencari kebenaran dgn cara sendiri dan kebenaran yang terbukti sungguh mengejutkan.
9. SATU JANJI
Cinta Luqman pada Adelia membuatkan dia rela berkorban apa shja demi memikat hati wanita yang dicintainya itu meskipun kaca yang dibalasnya. Ditambah dengan pembunuhan terhadap bapa angkatnya membuatkan hati Luqman makin pedih. Namun, suatu kejadian menyebabkan Adelia kembali sedar nilai antara intan dan kaca. Namun, dapatkah dia memujuk Luqman yang telah terluka? Dapatkah pembunuh ayahnya dicari?
10. TOMBIRUO TERAKHIR
Pelengkap Trilogy kepada Tombiruo. Ejim iaitu si Tombiruo yang dilarikan oleh Dr. Haslia utk mengubah wajah dimukanya. Akhirnya, Dr. Haslia jatuh cinta pada Ejim namun rakan dengki menyebabkan berlaku persengkataan sehingga memaksa dia pulang ke Sandakan. Namun, Hutan Sandakan sekali lagi dihantui oleh penunggu hutan baru yang membunuh tanpa belas kasihan.
11. RAHSIA PERINDU
Amylia berusaha utk menyelamatkan anak guamnya atas tuduhan membunuh iaitu Leopard. Namun, sejak dia mengambil kes pembelaan terhadap Leopard. Hidupnya sering diganggu. Oleh kerana tidak tertahan dengan gangguan menyebabkan pada suatu hari dia jatuh pengsan. Sebaik sahaja dia tersedar, segala-galanya telah berubah.
12. BAGAIKAN PUTERI
Haryani yang koma setelah diragut mendapati dirinya terdampar di kurun ke-15. Dengan kuasa Allah, tiada yang mustahil. Disana, dia bertemu Laksamana Sunan yang bertempur demi keadilan. Namun, keluarga tercinta di abad ke-21 sedang menungu. Laksamana Sunan perlu membuat keputusan, antara membiarkan Haryani bersamanya atau membunuhnya utk membawanya pulang ke abad 21.
13. HATIKU DI HARAJUKU
Kisah seorang bangsa Melayu yang meyertai Yakuza di Harajuku Jepun. Oleh kerana cinta dan denadam menyebabkan dia pulang semula ke tanah air. Dan oleh kerana cinta juga menyebabkan dia kembali ke Jepun utk menyelamatkan org tercinta. Kisah cinta dan dendam yang menarik utk dibacai.
14. CINTA SANG RATU
Sambungan kepada novel Bagaikan Puteri. Laksama Sunan berusaha menegakkan keadilan akhirnya mengahwini Ratu Sulaman yang telah insaf. Berita tersebut sampai di pengetahuan Maharani Pulau Utara, mak kepada Ratu Sulaman. Maharani menjadi berang dan telah menculik anaknya sendiri dan penjarakan. Kemudian, bermulalah penjelajahan Laksama Sunan utk menyelamatkan isteri tercinta.
15. UNGU KARMILA
Kasih sayang seorang abang terhadap menyebabkan abang menghadiahkan sebuah tanah pusaka kepada adiknya. Lalu adiknya membina sebuah mahligai utk isteri tercinta. Namun, sejak penemuan sebuah bunga yang berwarna ungu. Kehidupan dalam rumah ini menjadi porak peranda dan akhirnya berlaku pembunuhan yang misteri menyebabkan seluruh ahli rumah mati. Beberapa tahun kemudian, datang sekumpulan penyiasat yang diupah oleh si abang utk menyiasat misteri mahligai tersebut yang dikatakn berpuaka.
16. HIJAB SANG PENCINTA
Pelengkap trilogy utk novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Mengisahkan Laksamana Sunan yang terus dikejar musuh-musuhnya yang tidak puas hati dengan dengan keadilan yang ditegakkan. Rindunya terhadap keluarga di Tanah Melayu menyebabkan dia pulang semula ke kampung halaman. Namun, dendam daripada Sultan Melaka menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sehingga akhirnya terbuka hijab sehingga dia terdampar di abad ke-21 dan bertemu semula dengan Haryani.
Hurmm..itulah serba sedikit mengenai kesemua novel2 keluaran Ramlee nih. Aku pun dah bnyk tak ingt psl cter dorg. Sekadar dapat bagi sedikit overview tentang novel2 karya novelist kegemaran aku nih. Dan the best of the best novel karya ramle stkt ini ialah A.D.A.M. Memang kehebatan novel ni tak dapat disangkal lagi. Aku pun masih tertunggu-tunggu kehadiran novel Ramlee yang mantap seperti ini. So, para pembaca sekalian yang masih belum mengenali Ramlee. Bacalah dulu novel ini, InsyaAllah, nescaya anda akan addict dgn Ramlee pahni. InsyaAllah.:D
17. MIKHAIL
Novel terbaru Ramlee yang baru masuk ke pasaran novel-novel di Malaysia. Ya Allah, tak sabar rasa nk baca. Aku dh kirim kt sorg senior aku sruh bwk dtg Jordan ni. Sekurang-kurangnya novel ini mampu memberikan aku inspirasi baru. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024
4 months ago
3 comments on "Ramlee"
yup..mmg RAM the best kn..n RAM pon ada jasa utk awk kn??secara tak langsungla..
nnt nk pinjam mikhail yea...huhu
nak pnjm leh je..tp,sape nih??
Ada lebih tk Pei Pan n Anugerah Pertama.. nk bli
Post a Comment