Sunday 23 August 2009

~~Tamat Sudah~~

Posted by Aragorn at 8:23:00 pm 0 comments
ALHAMDULILLAH......
ALHAMDULILLAH...
~ALHAMDULILLAH~

Tanggal 23 Ogos 2009, 12.00pm

Aku bangun dari kerusiku. Melangkah perlahan menuju ke depan kelas. Menyerahkan bbrpa keping kertas kpd ssorg. Tanpa berlengah, aku membuka pintu bilik kelas dan melangkah keluar sambil tersenyum puas. Alhamdulillah~~

Hari ni mencatat satu lagi sejarah dlm hidup aku. Takdelah gempak sgt pom sejarahnya. Tapi, hari ini aku telah menamatkan pengajian tahun pertamaku di Jordan University Of Science And Technology. Dengan jayanya?? Wallahualam, aku rsa tidaklah terlalu brjya sgt namun kesyukuran ttp kupanjat ke hadrat Ilahi.

Bermula 27 Ogos 2008, aku sudah mula menjejakkan kaki ke bumi Jordan ini. Macam-macam yg berlegar di fikiran aku pabila buat kali pertama berjauhan dari bumi Malaysia. Perlukan setahun utk menamatkan pengajian utk tahun pertama sblm dpt pulang semula ke Malaysia utk bertemu keluarga tercinta. Ohh,,lamanya terasa dan detik itu sudah hampit tiba.

Setahun aku di sini,
Pelbagai kisah suka dan duka dirasai
Setahun aku di sini,
Pelbagai cabaran yg aku perlu hadapi
Setahun aku di sini,
Pelbagai ilmu yg aku dapati
Setahun aku di sini,
Pelbagai kerenah manusia yg aku pelajari
Setahun aku di sini,
Pengalaman aku bertambah setiap hari
Setahun aku di sini,
Kujadikan semua ini sbg bekalan di hari nanti



Sekian shja warkah dariku utk para pembaca. Mungkin tiada sbrg post utk bulan September disebabkan kepulanganku ke bumi Malaysia. So, umah aku xde internet. Huhu. Jumpa lagi bulan 10 nati utk meneruskan pengajian tahun ke-2 aku di sini. InsyaAllah.


SALAM RAMADHAN DAN SALAM AIDILFITRI


P/S: nk tgk kenangan kami sepanjang tahun ini??klik post sblm ini. Tanx











Friday 14 August 2009

Muhibbah 09

Posted by Aragorn at 11:52:00 pm 0 comments
Sedikit video mengenai program Muhibbah 09 anjuran batch Medic dan Dentist Jordan University Of Science And Technology 2008.

Program bagi membincangkan aktiviti tahunan Batch kami dan meluahkan segala permasalahan berlaku spnjg kami bersama. Alhamdulillah, program berjalan dgn lancar.

Video yang memperlihatkan aktiviti2 sepanjang tahun kami bersama yang menjadi kenangan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Bulan 10 ini, InsyaAllah kami semua akan naik ke tahun 2 perubatan dan pergigian

Kepada sahabat sekalian, bersama-samalah kita meneruskan perjuangan.

"MEMBINA UKHWAH HINGGA KE SYURGA"


Saturday 1 August 2009

Pasukan Nasyid Marjan dari Irbid, Jordan

Posted by Aragorn at 8:41:00 pm 1 comments
Ni sedikit post tntg Pasukan Nasyid Marjan dari Irbid.

Pasukan Marjan yg telah mengadakan latihan selama seminggu lebih ni telah menyertai pertandingan kebudayaan pada Karnival Akademik dan Kebudayaan (MEKAR) buat kali pertama anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sempena Mesyuarat Agung Tahunan MPPMJ kali ke-9 bagi sesi 08/09.

Alhamdulillah, Pasukan Marjan telah menjadi juara pada pertandingan kali ini mengalahkan 2 pasukan nasyid dari Mafraq serta Amman dan satu pasukan Pentomen dari Mu'tah. MEKAR kali ni jugak mencatat kenangan manis buat kontinjen Irbid apabila pasukan persembahan bahagian akhawat turut menjadi juara dan juga pasukan debat Irbid yg merangkul kejuaraan mengalahkan pasukan debat dari Mu'tah pada peringkat akhir.

So, hayatilah persembahan nasyid yg mantap ini. Khas dari bumi Irbid.

p/s : seperti biasa, aku men gendang lagi. haha












 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez