Thursday 9 July 2009

70....70....

Posted by Aragorn at 3:50:00 pm
Semalam, 8 Julai. Aku bngun dari tidur. Tgk2 jam kt tangan dah kul 6.30 pagi. Mata pening-pening lalat ag.Tekan hanset. Ohh!! Ada mesej rupanya. Msj dari no yang tiada dlm senarai phonebook. Maybe, sebab aku pinjam hanset kawan aku kot sebab itu no tuh xde dlm phonebook (hanset aku kan dah hlg). Lalu ku baca msj tersebut :-

"Tq my wife, daughter n son. I am 70 years old. Semoga Allah memberi pengampunan."

70 years old?? Hatiku terdetik. Allahurabbi, hari ni befday bapaku tercinta, Shamsul Bahrin B Abdul Manan. Aku sndiri melupai befday ayah aku (apa punya anak daa!! :D). Sedar tak sedar, ayahku sudah 70 tahun berkelana di dunia ini. MasyaAllah, bukan satu angka yang kecil. Rasulullah SAW pun wafat pada umur 63 tahun. Tapi, Allah memberi umur yang pnjg pada bapaku yang kini mencecah 70 tahun. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, sbgai anak. Aku begitu bangga dgn ayah aku. Bukan bangga krn umurnya yang sudah 70. Tapi, bangga krn mempunyai ayah yang masih gagah berdiri. Melangkah kaki ke masjid. Mengetuai solat jemaah keluarga di rumah dan disurau. Mengimami bacaan tahlil setiap minggu. Menekan pedal minyak ke hulu dan ke hilir demi menyelesaikan tanggungjawab. Berulang-alik dgn bas sejauh 400km dari Selangor ke Kelantan demi berlaku adil kpd isteri-isterinya. Mengeluarkan wang demi menanggung keluarga tercinta. Ternyata, di usia 70 ini. Ayah aku masih gagah berjuang demi keluarga. Alhamdulillah...

Nampak muda tak ayah aku?(hehehe)

Aku tersenyum mengenangkan ayahku sendiri. Sejarah ayah aku juga tidak kurang hebatnya. Lahir pada 8 Julai 1939 di Rantau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan di MCCK yang ketika itu menjadi kegilaan para pelajar melayu. Sebelum berkhidmat sebagai guru. Kemudian, mengambil Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya. Kemudian menyambung jasa bakti sebagai guru di Johor selama 20 tahun. Sebab itulah sorg kakak aku, aku dan adik aku dilahirkan di Johor krn tempoh perkhidmatannya yang lama di sana. Pernah bertugas sebagai PK HEM dan Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Munsyi Ibrahim dan mengakhiri karier perguruan pada 1994 sbg sorg Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bekok, Johor.

Berkahwin dengan Ramnah sebelum beliau menyambung pembelajarannya di UM dan hasil perkongsian hidup mereka sehingga kini telah dikurniakan 6 orang anak. Anak paling bongsu pun sudah berumur 35 tahun. Ketika perkongsian hidup beliau dengan Ramnah. Allah mentakdirkan jodohnya dengan Wan Zainab Bt Wan Ali ( mak aku) yang ketika itu sorg janda dan dikurniakan 4 orang anak. Aku dan adik aku merupakan generasi terakhir salasilah keluarga Shamsul Bahrin yang masih lagi berjuang menuntut ilmu dan menanggung bebanan harapan drpd keluarga. Adik beradik aku yang lain semuanya sudah bekerja. Semoga Allah memakbulkan doa ayah dan ibuku yang mengharap kejayaan dari kami. InsyaAllah.

Sepanjang pengajianku di Bumi Jordan ini. Nama bapaku cukup2 popular dalam kalangan orang arab ini. Bila disebut shja nama bapaku. Mereka akan bertanya, "Kenapa dua lautan? Bukan satu lautan ke?" Soalan yang membuatkan aku tersenyum dan tak tahu nk jawab apa. Shamsul Bahrin jika diterjemahkan ke dalam bhsa arab bermaksud Matahari dua lautan. Oleh itu, jika orang arab ni dengar sudah tentu mereka akan segera menterjemahkannya maka timbul kehairanan dengan nama bapaku yang agak unik. Hahahahahaha. Sehinggakan namaku sudah hilang. Tiada yang memanggilku Hady melainkan " Ya Mr. Bahrin!! How are you??" Aku tersenyum bangga. Bapaku memang hebat. Gelaran Mr Bahrin cukup popular utk aku. Boleh dikatakan hampir semua rakanku berbangsa arab memanggilku Mr Bahrin. Teringat aku masa kelas English 111, Dr Hassan lecturer BI aku manusia pertama yang memanggilku Mr Bahrin sebelum menjadi ikutan rakan-rakan arab. Nama ayah aku menjadi sebutan sehingga ke bumi anbia. Hahahahahaha.

Kisah politik ayah aku paling aku banggakan. Sewaktu beliau di tahun pertama pengajian UM. Ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim berada di tahun akhir pengajian. Di situlah bermulanya penglibatan ayah aku dalam dunia politik. Ketika itu, ayah aku merupakan antara penentang Anwar Ibrahim dalam pilihan raya universiti. Namun, kini sudah menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim. Cuma ayah aku tidak memangkah PKR. Sebab apa yerk? Sebab ayah aku menyokong kepimpinan ulama. Hehe. Namun, dia amat mengenali dan menyegani Anwar Ibrahim. Apabila kes 1998 berlaku, dia lah antra orang yang kuat menentang kezaliman ke atas Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Ayah aku cukup terkejut dan sedih. Tidak disangka bhwa Anwar Ibrahim yang dahulunya memperjuangkan keislaman dalam universiti tapi bertindak menyertai UMNO. Namun, apabila Anwar dizalimi. Dia antra org yang kuat menentang kezaliman ke atas Anwar.

Sewaktu beliau berkhidmat sbg guru di Johor. Nama beliau cukup dikenali dan ditakuti. Sebut shja nama Cikgu Shamsul.
"Ohh, penyokong kuat PAS!!"
Digeruni tapi disegani. Aku rasala, zaman skrg ni tidak ada pegawai kerajaan yang brani menentang kerajaan scra terang-terangan krn bimbang dikenakan tindakan. Namun, ayah aku adalah sebaliknya. Semakin kuat kerajaan menindas, semakin dia bangkit menentang. Sehinggakan dia hampir ditukar ke pedalaman Johor krn sikapnya yang kuat menentang tapi hasrat JPN Johor dibatalkan krn bimbang kawasan pedalaman Johor pula akan menjadi kubu kuat PAS disebabkan propaganda ayah aku.

Oleh sebab sikapnya yang kuat menentang kerajaan. Dia tidak pernah dinaikkan pangkatnya dalam kerajaan. Kekal dgn pangkat DG 41 walaupun berkhidmat sebagai Pengetua. Pelikkan? Sepatutnya, dia sbg pengetua mstilah berpangkat sekurang-kurangnya DG 48. Disebabkan politiknya yang berlawanan. Itulah hukuman yang dikenakan. Dia jadi pengetua pun sebab pengalamannya yang banyak dalam dunia perguruan. Namun, ayah aku tidak pernah mengeluh. Alhamdulillah, aku dikurniakan sorg bapa yang tahu erti kesyukuran.

Selepas dia bersara, ayah aku terus bergiat aktif dalam dunia politik. Pernah menawarkan diri utk bertanding dalam pilihan raya umum 1999 namun dibatalkan atas masalah kesihatan. Ketika aku seawal 7 tahun. Ayah aku sudah membawa aku ke tempat2 ceramah, markas-markas PAS, mesyuarat agung PAS pusat dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia telah mendidik aku utk meminati dunia politik. Ayah aku sebenarnya tidak pernah mengajar aku tntg politik. Tapi, disebabkan dia kerap membawa aku tempat2 politik. Akhirnya, aku terdidik scra sndiri utk meneruskan perjuangan ayah aku yang tidak kesampaian. InsyaAllah.

Kini, ayah aku sudah berumur 70. Maklumlah, kesihatan pun sudah semakin kurang. Sakit jantung merupakan penyakit utamanya. Berulang-alik ke IJN setiap bulan demi mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihadapinya. Sudah tentu menarik kudratnya yang semakin kurang. Namun, ayah aku tetap gagah berdiri. Gagah berdiri di samping keluarga tercinta. Mengerah kudrat demi kesihatan diri. Alhamdulillah, adik beradik aku pun semuanya sudah bekerja melainkan kami berdua. Merekalah yang menjaga ayah aku saban hari krn kudratnya yang dimamah usia. Terima kasih utk kakak dan abang ku. Aku dikejauhan ini tidak dpt membantu melainkan satu kejayaan yang bakal kubawa nanti berserta doa smoga kesihatan ayah aku bertambah baik. InsyaAllah.

Aku tersedar dari lamunan mengenangkan ayah aku. Tiba-tiba sorg rakan aku menegur. Ketika itu aku dalam bas utk ke kelas.

"Kau tahu tak Ayah Mohd Noor meninggal?" Soalan yang membuatkan aku terkejut.
"Bila??"
"Hari ini."
Innalillahiwainnailahirajiun... Sorg lagi bapa kpd senior aku tahun 2 meninggalkan dunia. Aku termenung sebentar sambil mensedekahkan Al-Fatihah kpd bapa beliau. Semalam, bapaku menjangkau umur 70. Allah masih memanjangkan umur ayah aku. Alhamdulillah. Semoga aku sempat pulang ke Malaysia utk bertemu dengan bapaku tersayang. InsyaAllah.


AL-FATIHAH BUAT BAPA MOHD NOOR, SENIOR JUST TAHUN 2 YANG PULANG KE RAHMATULLAH HARI INI. AL-FATIHAH.....


POST KHAS UNTUK BAPAKU DI MALAYSIA. SEMOGA AYAH SIHAT SENTIASA DAN HIDUP DALAM KERAHMATAN ILAHI. :)

1 comments on "70....70...."

Anonymous said...

rmbt pendek lg smart woo..

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez