(Sedikit cerita..)
"Allahhu yu3tikal 3afiah."
Sepantas itu juga, Science Hall 2 hingar bingar dengan pelajar-pelajar yang bergegas mengemas barang2 mereka utk keluar dari dewan sebaik kelas ditamatkan oleh doktor. Aku pun memasukkan buku notaku ke dalam beg. Kemudian, mataku melilau mencari sssorang sehinggalah aku terlihat kelibat seorang wanita bercermin mata. Wanita itu sdg berjalan tenang di kesesakan pelajar utk keluar dari dewan. Aku tersenyum, pantas aku keluar melalui pintu sebelah kiriku mendahului wanita itu yang masih tersekat di kesesakan manusia. Setia menunggu wanita tersebut dihadapan dewan disamping seorang rakanku. Sebaik shja kelibat wanita muncul di depan mata. Aku segera memanggilnya.
"Zul!! Zul!!"Aku memanggil namanya beberapa kali. Wanita itu lekas berpaling ke belakang apabila merasa seperti namanya dipanggil. Lalu dia memandang mukaku yang sdg tersengih macam kerang busuk ( Hahahahahahahahaha). Dia tersenyum sedikit, tanpa berlengah lalu tangannya menyeluk beg sandangnya seolah-olah memahami senyuman kerang busuk aku itu.
"Nah." Katanya sambil menghulurkan sesuatu yang dikeluarkan dari begnya. Aku pantas mengambil barang tersebut.
"Terima kasih,"kataku. Tanpa menghiraukan lagi kelibat wanita tersebut. Pantas mataku terpaku pada barang pemberian wanita tersebut.
Mikhail!! Hatiku berbisik. Akhirnya, novel yang aku tunggu sudah tiba di tanganku. Karya drpd satu-satunya novelist yang aku minati di Malaysia. Ramlee Awang Murshid sekali lagi cuba memukau fikiranku dengan karya terbarunya itu. Aku menatap cover novel tersebut yang berlatar belakangkan gambar piramid. Aku teringat novel ADAM. Sebuah novel yang aku aggap terbaik pernah dihasilkan oleh Ramlee. Kuberharap semoga novel kali ini mampu melawan kehebatan novel ADAM. Sebelum cuti sem 2 bermula, aku telah berhubung dgn sorg akak senior tahun 3 di JUST yang aku kenali. Niatku memintanya membelikan aku novel Mikhail yang laris di pasaran ketika ini dan membawanya ke bumi Jordan ketika dia bercuti di Malaysia nanti. Alhamdulillah, dia sudi menolong aku. Dan hari itu, novel tersebut tiba di tangan aku.
Ingin shja aku terus bergegas ke kelas VB. Menamatkan kelas secepat mungkin dan segera pulang utk memulakan bacaanku. Hajatku terbantut pabila teringat bhwa ada ssorg ingin berjumpa dgn aku utk membayar hutang. Aku pun duduk sebentar di hadapan Science Hall 2 menunggu kelibat beliau sambil tanganku membelek-belek buku tersebut. Apabila urusanku selesai, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas VB sambil otakku ligat membaca sinopsis novel itu.
Setiba dirumah dan sesudah selesai menunaikan solat zohor. Aku terus berbaring di atas tilam empuk kesayanganku lalu memulakan bacaan. Ternyata, novel Mikhail ini memang mengujakan otak aku. Membuka fikiranku utk berfikir dan secara tidak langsung aku seolah-olah menjadi watak utama dalam novel tersebut yang berusaha menyelesaikan misteri yang dialami.
Novel kali ini lebih bertemakan dendam namun diselit juga elemen kecintaan bagi menambahkan keasyikan para pembaca. Dendam yang mendorong seseorang utk membunuh demi melunaskan dendam dihatinya.
Sedikit sinopsis yang aku petik dari novel Mikhail :-
MIKHAIL - bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditwmbak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi pembunuh professional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi-fantasi dan realitii. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
Aku hanya memerlukan dua hari utk menghabiskan bacaan novel Mikhail kali ini. Kerap kali aku termenung apabila membaca novel tersebut. Seolah-olah tidak percaya dgn penceritaan kali ini. Tepat jam 10.30 malam. Aku menghabiskan bacaanku sambil termenung sebentar. Kemudian, aku tersenyum puas.
Ternyata karya Ramlee kali ini benar2 memukau aku. Tak sia-sia novel ini bergerak mengharungi perjalanan jauh dari Malaysia ke Jordan semata-mata ingin dibaca oleh seorang peminat setianya di bumi Urdun ini. Aku benar2 puas kali ini. Akhirnya...
Akhirnya......
Akhirnya....
Aku sudah jumpa.
Aku sudah jumpa..
Aku sudah jumpa novel yang mampu menandingi kehebatan novel ADAM yang sebelum ini aku anggap karyanya yang terbaik. Kehebatan jalan penceritaan novel Mikhail sudah dapat menandingi novel ADAM. Namun, tidak bermakna novel-novelnya yang lain tidak best. Cuma, ADAM is the best of the best. Tapi, hari ini. Novel the best of the best aku anugerahkan kepada novel Mikhail. Penceritaan kali ini yang mengajak kita sama-sama berfikir sambil menghayati jalan cerita tersebut menyebabkan pembaca ingin terus menelaah utk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.
Alhamdulillah, terima kasih kpd Ramlee atas novel kali ini. Ternyata semangatku sedikit berkobar-kobar seperti aku mendapat suntikan semangat yang baru. Aku terlalu merindui karyanya dan pada hari ini. Rinduku terubat. Terima kasih. Semoga semangat yang hadir ini akan kupraktikkan dalam akademik utk mencapai keputusan yang cemerlang.
Nak pinjam?? Jangan malu-malu nk contact aku yerk...hehe
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024
4 months ago
1 comments on "Mikhail!!!"
salam...
mikhail mmg mgasyikkan...
mekaseh sbb pkenalkan...
ana abiskan dlm shari n rase mcm nk bace lg...huhu
ntikan 9 nyawa... :)
Post a Comment