Friday 24 July 2009

Keajaiban Dari Allah SWT

Posted by Aragorn at 1:52:00 pm
(Sedikit kisah sbg pengajaran utk kita semua. KEAJAIBAN DARI ALLAH SWT....)

Sekembalinya aku dari bumi Mekah ke bumi Urdun ini. Aku mengambil masa dlm dua hari utk berehat sblm bermusafir ke bumi Syria. Rinduku pada keluarga membuak-buak. Tidak sabar hendak menceritakan pengalaman aku spnjg menunaikan umrah di Mekah dan menziarahi Madinah. Pengalaman manis melihat Kaabah, melihat tmpt2 bersejarah, pengalaman pahit kehilangan barang dan lain2 ingin skali aku kongsikan bersama keluargaku. Kudail no keluarga seorang demi sorg menyatakan kepulangan aku ke bumi Urdun ini. Sbg tokey VOIP di bumi Irbid ini, nk menghubungi famili bknnya mnjadi mslh utama bagiku. Hari tuh, org terakhir yg aku contact ialah kakak sulungku, Siti Rosnuzawati yg aku lebih selesa memanggilnya Kak Ja. Terubat sikit kerinduan kpd sorg akak yg bnyk membantu aku dri segi kewangan ini. Walaupun kami berlainan bapa tp satu ibu, kasih syg Kak Ja kpdku teramatlah tggi. Dialah antra penyalur semangat utk aku dikala aku kesedihan.

Aku meneruskan perbualan dgn akak aku sperti biasa bertyakan khbr dan sebagainya. Dan....

"Hady, ko nk dgr satu cerita tak?"kata akakku.
"Cter apa?"
"Kes terbaru budak Perkid."
"Haa!!! Bez gak tuh. Cterlah."

Utk mereka yg masih lagi tidak knal apa itu Perkid ini. Sini aku bgi sedikit pengenalan. Perkid ini singkatan drpd Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor(bukan Pekida). Diasaskan oleh abang ipar aku iaitu suami Kak Ja. Bertugas membanteras gejala sosial dan menyelamatkan remaja-remaja Islam yang terlibat dgn dadah, terlanjur, dirogol dan sbgnya. Utk maklumat lanjut klik di sini.

Cerita kakakku bermula. Beberapa bulan sebelum itu, trdapat 1 kemasukan terbaru sorg remaja perempuan ke asrama Perkid. Namanya, Siti(bukan nama sebenar). Berumur 15 tahun dan sudah mengandung sorg bayi yg ketika itu berusia 4 bulan. Urmm, pada agakkanku. Ku tahu apa yg berlaku trhadap budak itu. Tanpa bertnya lebih lanjut, akakku meneruskan cerita. Berdasarkan pengalaman, pada kali ini. Pihak Perkid tidak membenarkan penghantaran remaja-remaja yg mengandung ke klinik krn bnyk kes melarikan diri berlaku. Oleh itu pada kali ini, abang ipar aku mengupah seorang doktor utk dtg ke asrama Perkid setiap bulan bgi memeriksa kesihatan ibu-ibu yang mengandung di sana.

Rutin ini berterusan seperti biasa sehinggalah kandungan bayi Siti mencecah 7 bulan. Doktor yg dtg memeriksa setiap bulan mendapati sesuatu abnormality pada diri Siti. Siti terpaksa dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan krn doktor tersebut kekurangan equipment. Pemeriksaan dilakukan dan tekanan darah Siti menaik melambung tinggi. Punca tidak dikenalpasti.

Akhirnya, Siti terpaksa dirujuk ke Hospital Kajang krn keadaan dia agak kritikal. Di hospital, tekanan darah dia meningkat sehingga 200mm/Hg. Satu angka yg amat tinggi yg mampu membunuh nyawa dia dan membahayakan kandungannya. Doktor terpaksa bekerja keras. Kakakku kata, sehinggakan ubat yang plg kuat digunakan oleh doktor pun hanya mampu menurunkan tekanan darahnya sehingga 180 shja. Siti dimasukkan ke ICU. Setiap hari keadaannya tidak berubah. Doktor pakar yg merawatnya adalah sorg berbangsa India. Beliau sndiri agak fed up dgn keadaan Siti. Tekanan darahnya yang tggi menyebabkan dia tidak mampu utk tidur.

Doktor tersebut sudah menggunakan pelbagai jenis ubat pelali agar dia tidur sekaligus mengurangkan tekanan darahnya namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya, doktor membuat keputusan utk tggu 2 hari lagi. Jikalau tekanan darahnya masih tidak berubah, maka kandungannya yg tidak cukup bulan itu perlu dikeluarkan. Sejenak itu kakak aku menangis. Hanya kakakku dan sorg pekerjanya bernama Sha(bukan nama sebenar) shja yg setia menjaga Siti saban malam dan hari. Keadaan makin bertambah buruk apabila Siti dikunjungi oleh keluarganya dari Johor. Menyebabkan tekanan darahnya naik kembali ke thp yg berbahaya. Hanya kakakku dan Sha shja yg boleh menenangkan keadaan Siti yg semakin parah itu.

Tangisan bergema dri corong headphone aku. Mungkin kisah ini begitu menghibakan kakakku. Sepanjang dia mengendalikan asrama Perkid ni. Kes ini pertama-tama berlaku dlm hidupnya menyebabkan kakakku dan Sha saban malam menangis.

Dua hari berlalu, keadaan masih tidak berubah. Akhirnya, satu pembedahan terpaksa dilakukan utk mengeluarkan bayi dlm kandungan. Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Namun, bayi dan ibunya terpaksa dimasukkan ke ICU dan keadaan kedua-dua mmg parah. Siti bertambah kritikal begitu juga dgn bayi tersebut yg lahir tak cukup bulan. Bayi tersebut ketika itu hnyalah beberapa gram shja beratnya. Bantuan oxygen terpaksa diberikan kpd bayi tersebut memandangkan dia tidak mampu bernafas scra normal.

Tangisan kakakku bertambah kuat. Aku hnya mendengar shja. Tak mampu berkata-kata. Setia menunggu smbungan cerita dari Kak Ja. 2 hari berlalu, keadaan masih tidak berubah. Akhirnya kakakku menyuruh anaknya merangkap anak sedara aku bertindak sbg bapa angkat dan Sha sbg ibu angkat. Muhd Khalif Umar diberikan oleh anak sedaraku. Katanya, dia nak bayi tuh hebat dan tegas seperti Saidina Umar Al-Khattab. Sejurus kemudian, dia mengazankan di kedua-dua belah telinga bayi tersebut.

Sejam berlalu..tiba-tiba kakakku dikejutkan dgn panggilan dri sorg nurse. Dia dibawa oleh nurse tersebut ke wad ICU utk melihat bayi tersebut. Subhanallah, ujar kakakku. Bayi tersebut sudah membuka mata. Tersenyum melihat kehadiran kakakku seolah-olah seperti dia mengenalinya. Bantuan oxygen sudah tidak diperlukan lagi. Tangan dan kakinya ligat bergerak. Aktif. Teramat aktif mengalahkan bayi yg lahir cukup bulan.

Sekali lagi tangisan kakakku berderai. Lantas dia memanggil anaknya yg mengazankan bayi tersebut. Hari ini, kata kakakku. "Akak tgk keajaiban Allah."

Kalimah-kalimah suci yg dilafazkan di kedua-dua belah telinga bayi tersebut nyata seolah-olah memberikan satu nyawa baru kpd Muhd Khalif Umar. Sejurus kakakku menunaikan solat dan bersujud syukur ats kebesaran yg Allah tunjukkan padanya kali ini. Muhd Khalif Umar begitu comel baginya dan dia teramat menginginkan bayi tersebut utk dijadikan anak angkat. Bagaimana pula dgn ibunya?? Masih dlm keadaan yg kritikal.

Beberapa hari berlalu, Muhd Khalif Umar terus segar. Berat badannya bertambah 400g stiap hari. Nurse yg menjaganya juga berkata bhwa kelincahan pada bayi tersebut amatlah pelik sehinggakan dia terpaksa membungkus bayi tersebut dgn kain utk mengukur ketinggiannya krn tangan kaki Khalif Umar tidak berhenti-henti bergerak.

Kejadian itu memang memberikan satu kenangan dan pengalaman yg hebat dlm hidup kakakku. Malam tersebut, tiba-tiba doktor memberitahu bhwa usus Muhd Khalif Umar membengkak. Rupanya-rupanya, najis bayi tersebut tersumbat menyebabkan bengkak yg teramat jelas kelihatan dari luar. Bayi itu menenangis kesakitan. Tiada pilihan, bayi tersebut terpaksa dihantar ke HKL utk dibedah. Pakar di HKL memberitahu bhwa peluang utk bayi ini survive teramatlah tipis. Dikala usianya yg bru 7 bulan ketika itu. Sistem pertahanan badannya yg masih lemah. Berkemungkinan memberikan implikasi yang berisiko trhadap bayi tersebut. Namun, pembedahan ttp dijalankan.

Kakakku tidak putus-putus berdoa. Katanya, dia sudah menyayangi bayi tersebut. Ujian yg dihadapi oleh Muhd Khalif Umar amatlah luar biasa. 5 jam berlalu, pembedahan selesai. Sekali lagi Muhd Khalif Umar ditempatkan di wad ICU HKL. Namun, ibunya masih lagi di Hospital Kajang.

Keesokkan harinya, satu panggilan dari HKL yang memang menggembirakan kakakku dan satu kejutan utk pihak HKL. Bayi tersebut sudah kembali terjaga malahan kesihatannya normal seperti biasa. Hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya aku mendengar cerita dari kakakku. Dalam masa yang cukup singkat. Bayi itu sembuh dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Hanya lafaz tasbih dimulut memuji kebesaran Allah ini. Walaupun aku hanya dgr cerita ini dari mulut kakakku shja. Namun, jelas disitu keesaan Allah dan keagungannya. Subhanallah!!

Bagaimana pula dgn Siti? Dua hari selepas anaknya dibedah. Tiba-tiba shja dia sihat. Tekanan darahnya mendadak turun ke tahap normal. Subhanallah, skali lagi pujian aku lemparkan kpd Allah. Doktor India yg fed up merawatnya berasa hairan. Sesuatu yg lari dari pembelajarannya barangkali.

Alhamdulillah, kini Muhd Khalif Umar sudah mencapai umur 9 bulan. Berat badannya kembali normal seperti mana bayi-bayi lain yang baru lahir. Seorang doktor dari HKL memberitahu bahawa tahap survival yang tggi dialami oleh Muhd Khalif Umar mampu menjadikannya seorang yg bijak dan tabah apabila dewasa nanti. Lahir tanpa cukup bulan dan terpaksa mengalami pelbagai dugaan dikala umur yg tersangatlah muda. Amin. Semoga Allah memberikan yg terbaik utk Muhd Khalif Umar.

"Kakak!!" aku memanggil apabila cerita ini tamat.
"Apa kes si Siti ni? Umur baru 15 dah mengandung,"soalku.
"Dia ada boyfriend, pahtu boyfriend dia ajak try2 buat bnda tak senonoh. Inilah hasilnya,"jawab kakakku ringkas.
Aku termenung mendgr kata-kata kakakku. Mungkinkah bahana chapter 4 Science Textbook Form 3 dlu? Hahaha...Wallahualam...

Sejak hari itu, aku sudah tidak dgr khabar mengenai Muhd Khalif Umar. Yang pasti, kakakku tidak jadi mengambilnya sbg anak angkat ats alasan yg tidak diketahui. Mungkin beban keluarga krn kakakku shja terpaksa menanggung beban anak seramai 12 org termasuk anak angkatnya yg lain sblm ini? Wallahualam...

Yang penting, kita jadikan kisah ini sbg pengajaran. Satu kebesaran yg Allah tunjukkan kpd kita.















6 comments on "Keajaiban Dari Allah SWT"

Murfsyeed Semat said...

I'm so sorry that an amazing boy like Khalif Umar will grow up possibly not knowing who the hell his father is...

But as people always say, sometime, shit happens...

biela said...

salam, x sngka pengasas perkid tu abg ipar kamu. prnh dgr ceramah die. kagum~

Aragorn on 26 July 2009 at 15:02 said...

that's right murfsyeed...shit happen...

to nabila:
bila awk dgr dia ceramah?nama dia ustaz masridzi kan?

muhammad said...

kuasa Allah tak siapa dapat duga.kita sebagai hamba harus mengambil pengajaran daripada setiap perkara yang berlaku.

Anonymous said...

hadi,apa kata kau je ambik dia jd anak angkat?pastu train dia jd mat rempit mcm kau,lgpn kau kan dah nak kawen;p

Aragorn on 27 July 2009 at 00:31 said...

apehal ko ni??ttba lak sruh aku wat anak angkat..xde keje...hahahaha


ye,,pengajaran tuh penting...

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez