Thursday 30 July 2009

Masjid Sultanahmet

Posted by Aragorn at 3:23:00 pm 0 comments
Masjid Sultanahmet

Andai kata anda melancong ke Turki. Adalah satu kesilapan besar apabila tidak berkunjung ke salah sebuah masjid yg hebat dalam lipatan sejarah islam terutamanya sejarah Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Lebih dikenali dgn panggilan Masjid Biru kerana jubin biru menghiasai dinding di bahagian dalamnya, Masjid Sultanahmet ini menunjukkan salah satu kehebatan seni bina Islam sewaktu keagungan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dinama Masjid Sultanahmet krn ia dibina ketika pemerintahan Sultan Ahmed 1 pada tahun 1609 hingga 1616. Dan sehingga kini, masjid ini merupakan tarikan utama pelacong asing ke Istanbul terutamanya.

Sejarah

Selepas Perjanjian Kedamaian Zsitvatorok yang ditandatangani oleh Sultan Ahmed 1 dan Duke Matthias of Austria. Sultan Ahmed 1 membuat keputusan utk membina sebuah masjid besar di Istanbul utk menenangkan hatinya selepas peristiwa yg menyedihkan sebelum perjanjian tersebut dimeterai. Ini merupakan masjid pertama dalam masa 40 tahun yg dibina oleh Sultan Ahmed 1 dengan menggunakan wang dari perbendaharaan negara krn baginda tidak memenangai mana-mana peperangan. Sebelum ini, kebanyakkan masjid dibina oleh sultan uthmaniyyah dgn menggunakan harta rampasan perang. Tindakan Sultan Ahmed 1 mengundang kemarahan para Ulama dan sarjana hukum islam.

Masjid ini dibina di atas tapak Istana Maharaja Byzantine yang menghadap Hagia Sofia( ketika itu merupakan sebuah masjid yg teragung di Istanbul ) dan bersebelahan dgn Hippodrome. Beberapa istana yg berdekatan tapak pembinaan telah dibeli dengan harga yg mahal dan dirobohkan, terutamanya Istana Sokullu Mehmet Pasha dan sebahagian besar Sphendon(struktur melengkung berbentuk -U pada Hippodrome) utk digunakan bagi membina masjid ini.

Pembinaan masjid bermula pada Ogos 1609 apabila Sultan Ahmed 1 sendiri memecahkan batu asas pembinaan masjid itu utk menunjukkan bahawa ia akan menjadi masjid pertama dibina dibawah pemerintahannya. Seorang arkitek diraja bernama Sedefhar Mehmet Agha, merupakan seorang pelajar dan pembantu utama kepada Sinan yg juga merupakan arkitek termasyhur pada zaman itu utk mengetuai pembinaan masjid tersebut. Masjid ini dirasmikan pada 1617, setahun selepas siap ianya dibina dan Sultan Ahmed 1 telah menunaikan solat dalam kotak khas diraja selepas dirasmikan.

Seni Bina

Reka bentuk Masjid Sultanahmet puncak kegemilangan kehebatan seni bina antara Masjid Uthmaniyyah dan Gereja Byzantine. Ia menggabungkan elemen-elemen seni bina gereja Byzantine dan seni bina Islam tradisional. Mehmet Pasha telah menggunakan sebilangan besar bahan-bahan utk pembinaan terutamanya batu marmar. Pintu hadapan masjid pula menghadap Hippodrome. Dewan solat meliputi kubah penuh dan kubah separuh setinggi 23.5 m pada garis pusat dan 43 m tinggi pada pusat tengahnya. Kubah-kubahnya pula disokong oleh 4 batang tiang yg besar. Jika dilihat dari luar, binaan kubah-kubah yg banyak ini membentuk seperti sebuah bukit yg berakhir dgn sebuah kubah besar yg merupakan puncak tertinggi di tengah-tengah.

Kawasan hadapan perkarangan masjid pula telah dibina dengan cara yg sama dengan Masjid Sulaimaniye(juga merupakan masjid terkenal di Istanbul) kecuali terdapat sedikit tambahan menara kecil pada sudut antara kubah. Halaman masjid mempunyai keluasan seluas masjid itu sendiri. Terdapat juga tempat utk berwudhuk di kedua-dua belah bahagian masjid.

Satu rantai besi berat tergantung di bahagian atas pintu masuk masjid pada bahagian barat. Dalam sejarah uthmaniyyah, hanya sultan dibenarkan utk masuk ke halaman masjid dengan menaiki kuda. Namun, disebabkan adanya rantai yang sengaja diletakkan itu menyebabkan sultan harus merendahkan kepala utk memasuki perkarangan masjid. Ini utk menunjukkan kerendahan hati para pemerintah yg juga seorang hamba kpd Ilahi. Ukiran-ukiran yg terdapat dalam masjid pula diukir oleh Seyyid Kasim Gubari yg merupakan seorang juruukir terhebat pada zaman itu.

Masjid Sultanahmet merupakan salah sebuah dari 2 masjid di Turki yg mempunyai 6 menara, sebuah masjid lagi berada di Adana. Namun, pembinaan 6 menara ini dikritik hebat kerana dituduh cuba meniru kehebatan 6 menara Masjidilharam di Mekah ketika itu. Akhirnya, baginda menyelesaikan masalah ini dengan membayar perbelanjaan utk dibina menara ketujuh di Masjidilharam.


Empat menara berada di setiap sudut masjid tersebut. Setiap menara ini mempunyai 3 tangga utama berstalaktit sementara 2 menara lagi yg terletak di hujung perkarangan masjid mempunyai 2 tangga utama berstalaktit. Ketika dahulu, setiap muazzin perlu utk memanjat tangga yg sempit di menara 5 kali sehari utk melaungkan azan.

Kini, kebiasaannya para pelancong akan akan berkumpul sewaktu matahari terbenam di sebuah taman berhadapan dengan masjid utk mendengar seruan azan maghrib dan melihat matahari terbenam krn cahaya simbahan ketika matahari terbenam memang menbentuk satu pemandangan yg indah di sekitar masjid tersebut. Subhanallah.

Penulis bergambar dalam Dewan Solat Masjid Sultanahmet




p/s : Sedikit catatan ringkas mengenai sejarah Masjid Sultanahmet yg sempat kucari. Sesungguhnya, aku begitu bangga dengan keagungan empayar islam Turki Uthmaniyyah suatu ketika dulu. Dan kesan peninggalan sejarahnya masih dpt dilihat dan dihayati sehingga kini. Disaat rakan-rakan aku merindui lambaian keluarga di Malaysia. Hatiku begitu merindui lambaian Masjid Sultanahmet dan lambaian kemesraan warga Turki di sana. Pengalaman bermusafir di bumi Turki dan berkenalan dgn beberapa org warga Turki yg amatlah baik seperti Saami dan syeikh-syeikh hafiz sentiasa dlm ingatan aku. Pengalaman tidur dirumah mereka susah utk dicari jika anda mengikuti mana2 pakej pelancongan melainkan anda memberanikan diri bermusafir tnpa mana2 bantuan agensi. Ohh yee, masih aku teringat ketika aku menunaikan umrah dahulu. Pada hari ke-4 aku di bumi Mekah. Aku dan Hariz sempat bertemu dengan pengetua sebuah madrasah di Turki yg sempat kukenali ketika bermusafir disana. Tanpa disangka, org yg aku bertemu dan kukenali di bumi Turki dahulu, Allah pertemukan kami di bumi haram Mekah. Subhanallah. Cuma apa yg mendukacitakan aku apabila tidak sempat utk bertemu dengan Saami krn dia bertolak ke bumi Mekah agak lewat sikit. Syeikh itu memberitahu kami Saami akan sampai ke Mekah 3 hari kemudian. Namun ketika itu kami akan bertolak pulang ke Jordan. Hanya salam yg sempat aku kirimkan kpd Saami. Semoga dengan izin Allah, aku hndk bertemu semula dgn Saami suatu hari nanti. Persahabatan yg kami bina ternyata meninggalkan bekas di hati. Antara manusia yg baik pernah aku jmpa.


p/s 2 : Aku menulis artikel ini juga sebagai pengubat hati. Sedikit masalah dan kecelaruan yg melanda fikiranku terhadap masalah dengan rakan-rakan. Rakan yg hnya berdiam diri apabila tidak berpuas hati dengan aku. Ohh sedihnya, jikalau aku silap sekalipun. Tegur dan beritahulah aku secara baik. Usahlah berdiam diri dan memboikot aku scara diam-diam. Menyebabkan aku rasa aku adalah kwn yg teruk. Kpd pembaca yg merupakan kawan aku. Tegurlah jikalau aku terlanjur bahasa dgn kalian. Aku juga insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Aku juga insan biasa yg mempunyai perasaan. Jikalau kalian kena begini pom, sudah tentu kalian akan berasa sedihkan? So, fikir-fikirkanlah. Salam kemaafan dariku utk semua.

p/s 3 : Malam ini juga aku akan bergerak ke Mu'tah utk menghadiri AGM KMKJ dan pilihanraya utk memilih badan kepimpinan KMKJ sesi 2009/2010. Nama aku juga turut dicalonkan itk merebut kerusi AMT. Aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan biarlah Allah tentukan yg terbaik utkku krn dia lebih mengetahui. Aku redha dgn segala ketentuannya. Semoga Allah memberikan yg terbaik utkku.

Sekian...







Friday 24 July 2009

Keajaiban Dari Allah SWT

Posted by Aragorn at 1:52:00 pm 6 comments
(Sedikit kisah sbg pengajaran utk kita semua. KEAJAIBAN DARI ALLAH SWT....)

Sekembalinya aku dari bumi Mekah ke bumi Urdun ini. Aku mengambil masa dlm dua hari utk berehat sblm bermusafir ke bumi Syria. Rinduku pada keluarga membuak-buak. Tidak sabar hendak menceritakan pengalaman aku spnjg menunaikan umrah di Mekah dan menziarahi Madinah. Pengalaman manis melihat Kaabah, melihat tmpt2 bersejarah, pengalaman pahit kehilangan barang dan lain2 ingin skali aku kongsikan bersama keluargaku. Kudail no keluarga seorang demi sorg menyatakan kepulangan aku ke bumi Urdun ini. Sbg tokey VOIP di bumi Irbid ini, nk menghubungi famili bknnya mnjadi mslh utama bagiku. Hari tuh, org terakhir yg aku contact ialah kakak sulungku, Siti Rosnuzawati yg aku lebih selesa memanggilnya Kak Ja. Terubat sikit kerinduan kpd sorg akak yg bnyk membantu aku dri segi kewangan ini. Walaupun kami berlainan bapa tp satu ibu, kasih syg Kak Ja kpdku teramatlah tggi. Dialah antra penyalur semangat utk aku dikala aku kesedihan.

Aku meneruskan perbualan dgn akak aku sperti biasa bertyakan khbr dan sebagainya. Dan....

"Hady, ko nk dgr satu cerita tak?"kata akakku.
"Cter apa?"
"Kes terbaru budak Perkid."
"Haa!!! Bez gak tuh. Cterlah."

Utk mereka yg masih lagi tidak knal apa itu Perkid ini. Sini aku bgi sedikit pengenalan. Perkid ini singkatan drpd Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor(bukan Pekida). Diasaskan oleh abang ipar aku iaitu suami Kak Ja. Bertugas membanteras gejala sosial dan menyelamatkan remaja-remaja Islam yang terlibat dgn dadah, terlanjur, dirogol dan sbgnya. Utk maklumat lanjut klik di sini.

Cerita kakakku bermula. Beberapa bulan sebelum itu, trdapat 1 kemasukan terbaru sorg remaja perempuan ke asrama Perkid. Namanya, Siti(bukan nama sebenar). Berumur 15 tahun dan sudah mengandung sorg bayi yg ketika itu berusia 4 bulan. Urmm, pada agakkanku. Ku tahu apa yg berlaku trhadap budak itu. Tanpa bertnya lebih lanjut, akakku meneruskan cerita. Berdasarkan pengalaman, pada kali ini. Pihak Perkid tidak membenarkan penghantaran remaja-remaja yg mengandung ke klinik krn bnyk kes melarikan diri berlaku. Oleh itu pada kali ini, abang ipar aku mengupah seorang doktor utk dtg ke asrama Perkid setiap bulan bgi memeriksa kesihatan ibu-ibu yang mengandung di sana.

Rutin ini berterusan seperti biasa sehinggalah kandungan bayi Siti mencecah 7 bulan. Doktor yg dtg memeriksa setiap bulan mendapati sesuatu abnormality pada diri Siti. Siti terpaksa dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan krn doktor tersebut kekurangan equipment. Pemeriksaan dilakukan dan tekanan darah Siti menaik melambung tinggi. Punca tidak dikenalpasti.

Akhirnya, Siti terpaksa dirujuk ke Hospital Kajang krn keadaan dia agak kritikal. Di hospital, tekanan darah dia meningkat sehingga 200mm/Hg. Satu angka yg amat tinggi yg mampu membunuh nyawa dia dan membahayakan kandungannya. Doktor terpaksa bekerja keras. Kakakku kata, sehinggakan ubat yang plg kuat digunakan oleh doktor pun hanya mampu menurunkan tekanan darahnya sehingga 180 shja. Siti dimasukkan ke ICU. Setiap hari keadaannya tidak berubah. Doktor pakar yg merawatnya adalah sorg berbangsa India. Beliau sndiri agak fed up dgn keadaan Siti. Tekanan darahnya yang tggi menyebabkan dia tidak mampu utk tidur.

Doktor tersebut sudah menggunakan pelbagai jenis ubat pelali agar dia tidur sekaligus mengurangkan tekanan darahnya namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya, doktor membuat keputusan utk tggu 2 hari lagi. Jikalau tekanan darahnya masih tidak berubah, maka kandungannya yg tidak cukup bulan itu perlu dikeluarkan. Sejenak itu kakak aku menangis. Hanya kakakku dan sorg pekerjanya bernama Sha(bukan nama sebenar) shja yg setia menjaga Siti saban malam dan hari. Keadaan makin bertambah buruk apabila Siti dikunjungi oleh keluarganya dari Johor. Menyebabkan tekanan darahnya naik kembali ke thp yg berbahaya. Hanya kakakku dan Sha shja yg boleh menenangkan keadaan Siti yg semakin parah itu.

Tangisan bergema dri corong headphone aku. Mungkin kisah ini begitu menghibakan kakakku. Sepanjang dia mengendalikan asrama Perkid ni. Kes ini pertama-tama berlaku dlm hidupnya menyebabkan kakakku dan Sha saban malam menangis.

Dua hari berlalu, keadaan masih tidak berubah. Akhirnya, satu pembedahan terpaksa dilakukan utk mengeluarkan bayi dlm kandungan. Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Namun, bayi dan ibunya terpaksa dimasukkan ke ICU dan keadaan kedua-dua mmg parah. Siti bertambah kritikal begitu juga dgn bayi tersebut yg lahir tak cukup bulan. Bayi tersebut ketika itu hnyalah beberapa gram shja beratnya. Bantuan oxygen terpaksa diberikan kpd bayi tersebut memandangkan dia tidak mampu bernafas scra normal.

Tangisan kakakku bertambah kuat. Aku hnya mendengar shja. Tak mampu berkata-kata. Setia menunggu smbungan cerita dari Kak Ja. 2 hari berlalu, keadaan masih tidak berubah. Akhirnya kakakku menyuruh anaknya merangkap anak sedara aku bertindak sbg bapa angkat dan Sha sbg ibu angkat. Muhd Khalif Umar diberikan oleh anak sedaraku. Katanya, dia nak bayi tuh hebat dan tegas seperti Saidina Umar Al-Khattab. Sejurus kemudian, dia mengazankan di kedua-dua belah telinga bayi tersebut.

Sejam berlalu..tiba-tiba kakakku dikejutkan dgn panggilan dri sorg nurse. Dia dibawa oleh nurse tersebut ke wad ICU utk melihat bayi tersebut. Subhanallah, ujar kakakku. Bayi tersebut sudah membuka mata. Tersenyum melihat kehadiran kakakku seolah-olah seperti dia mengenalinya. Bantuan oxygen sudah tidak diperlukan lagi. Tangan dan kakinya ligat bergerak. Aktif. Teramat aktif mengalahkan bayi yg lahir cukup bulan.

Sekali lagi tangisan kakakku berderai. Lantas dia memanggil anaknya yg mengazankan bayi tersebut. Hari ini, kata kakakku. "Akak tgk keajaiban Allah."

Kalimah-kalimah suci yg dilafazkan di kedua-dua belah telinga bayi tersebut nyata seolah-olah memberikan satu nyawa baru kpd Muhd Khalif Umar. Sejurus kakakku menunaikan solat dan bersujud syukur ats kebesaran yg Allah tunjukkan padanya kali ini. Muhd Khalif Umar begitu comel baginya dan dia teramat menginginkan bayi tersebut utk dijadikan anak angkat. Bagaimana pula dgn ibunya?? Masih dlm keadaan yg kritikal.

Beberapa hari berlalu, Muhd Khalif Umar terus segar. Berat badannya bertambah 400g stiap hari. Nurse yg menjaganya juga berkata bhwa kelincahan pada bayi tersebut amatlah pelik sehinggakan dia terpaksa membungkus bayi tersebut dgn kain utk mengukur ketinggiannya krn tangan kaki Khalif Umar tidak berhenti-henti bergerak.

Kejadian itu memang memberikan satu kenangan dan pengalaman yg hebat dlm hidup kakakku. Malam tersebut, tiba-tiba doktor memberitahu bhwa usus Muhd Khalif Umar membengkak. Rupanya-rupanya, najis bayi tersebut tersumbat menyebabkan bengkak yg teramat jelas kelihatan dari luar. Bayi itu menenangis kesakitan. Tiada pilihan, bayi tersebut terpaksa dihantar ke HKL utk dibedah. Pakar di HKL memberitahu bhwa peluang utk bayi ini survive teramatlah tipis. Dikala usianya yg bru 7 bulan ketika itu. Sistem pertahanan badannya yg masih lemah. Berkemungkinan memberikan implikasi yang berisiko trhadap bayi tersebut. Namun, pembedahan ttp dijalankan.

Kakakku tidak putus-putus berdoa. Katanya, dia sudah menyayangi bayi tersebut. Ujian yg dihadapi oleh Muhd Khalif Umar amatlah luar biasa. 5 jam berlalu, pembedahan selesai. Sekali lagi Muhd Khalif Umar ditempatkan di wad ICU HKL. Namun, ibunya masih lagi di Hospital Kajang.

Keesokkan harinya, satu panggilan dari HKL yang memang menggembirakan kakakku dan satu kejutan utk pihak HKL. Bayi tersebut sudah kembali terjaga malahan kesihatannya normal seperti biasa. Hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya aku mendengar cerita dari kakakku. Dalam masa yang cukup singkat. Bayi itu sembuh dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Hanya lafaz tasbih dimulut memuji kebesaran Allah ini. Walaupun aku hanya dgr cerita ini dari mulut kakakku shja. Namun, jelas disitu keesaan Allah dan keagungannya. Subhanallah!!

Bagaimana pula dgn Siti? Dua hari selepas anaknya dibedah. Tiba-tiba shja dia sihat. Tekanan darahnya mendadak turun ke tahap normal. Subhanallah, skali lagi pujian aku lemparkan kpd Allah. Doktor India yg fed up merawatnya berasa hairan. Sesuatu yg lari dari pembelajarannya barangkali.

Alhamdulillah, kini Muhd Khalif Umar sudah mencapai umur 9 bulan. Berat badannya kembali normal seperti mana bayi-bayi lain yang baru lahir. Seorang doktor dari HKL memberitahu bahawa tahap survival yang tggi dialami oleh Muhd Khalif Umar mampu menjadikannya seorang yg bijak dan tabah apabila dewasa nanti. Lahir tanpa cukup bulan dan terpaksa mengalami pelbagai dugaan dikala umur yg tersangatlah muda. Amin. Semoga Allah memberikan yg terbaik utk Muhd Khalif Umar.

"Kakak!!" aku memanggil apabila cerita ini tamat.
"Apa kes si Siti ni? Umur baru 15 dah mengandung,"soalku.
"Dia ada boyfriend, pahtu boyfriend dia ajak try2 buat bnda tak senonoh. Inilah hasilnya,"jawab kakakku ringkas.
Aku termenung mendgr kata-kata kakakku. Mungkinkah bahana chapter 4 Science Textbook Form 3 dlu? Hahaha...Wallahualam...

Sejak hari itu, aku sudah tidak dgr khabar mengenai Muhd Khalif Umar. Yang pasti, kakakku tidak jadi mengambilnya sbg anak angkat ats alasan yg tidak diketahui. Mungkin beban keluarga krn kakakku shja terpaksa menanggung beban anak seramai 12 org termasuk anak angkatnya yg lain sblm ini? Wallahualam...

Yang penting, kita jadikan kisah ini sbg pengajaran. Satu kebesaran yg Allah tunjukkan kpd kita.















Saturday 18 July 2009

Al-Qalam

Posted by Aragorn at 6:01:00 pm 2 comments
Alhamdulillah, hari ini. Tepat jam 2 petang, 18 Julai 2009. Berakhir sudah Mesyuarat Agung Tahunan PERMAI bagi sesi pentadbiran sesi 08/09. Maka, berakhirlah pucuk pemerintahan yang lama dan digantikan dgn pucuk pemerintahan yang baru. Bagi sesi yang baru, pentadbiran Permai telah memecah tradisi apabila buat kali pertama tampuk tertinggi kerusi Presiden Permai dipegang oleh mahasiswa dari JUST, Muhammad Naqeb B Sulaiman tlh dipilih oleh suara majoriti dlm pilihanraya Permai yg diadakan pada 17 Julai 2009. Tahniah diucapkan pada Saudara Naqeb. Semoga amanah yang dipikul akan membawa perubahan yg lebih matang dan hebat kpd Permai utk sesi yang baru ini, 09/10. InsyaAllah, sokongan masyarakat melayu Irbid akan sentiasa bersama anda.


Anyway, bukan bnda ini yg aku nk ckpkan. Juz for information jeh. Pada hari ini juga, Majalah tahunan Permai Al-Qalam dirasmikan dgn jayanya. Alhamdulillah, aku mampu tersenyum dgn keluaran buku walaupon trdpt sedikit ketidakpuasan hati trhdp cover majalah yang aku sndiri hasilkan. Namun, ianya satu pengajaran berguna utkku yg masih dlm proses pembelajaran.


Aku menawarkan diri utk menceburi dlm bidang publisiti dan majalah brdsrkan sedikit pengalaman yg kuceburi dlm menghasilkan majalah sekolah aku pada tahun 2006. Pengalaman itulah aku gunakan utk majalah Al-Qalam utk Permai. Ternyata pada awlnya, sedikit cabaran utk ku apabila ditugaskan sbg designer majalah terutamanya designer utk cover. Mungkin krn sudah lama tidak menggunakan software-software designer menyebabkan aku terpaksa menuntut ilmu dgn sahabatku, Hidayat. Lagipun, masa aku redaksi majalah sekolah dulu pom. Aku skdr biro fotografi shja. Huhu. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku pelajari. Mengkreatifkan diri utk menghasilkan cover majalah yg terbaik.

Bagi aku, cover majalah adalah satu elemen yg cukup pntg dlm sesebuah majalah krn ianya memberikan first impression kita trhdp majalah yang akan dibaca. Andai kata satu cover majalah tuh sudah tidak menari. Masakan kita terasa hndk membacanya walaupun isi kandungannya mantap dan padat. Sebab itulah aku aggp tugas ini antra tugas yang mencabar krn hndk menarik minat pembaca agar mereka tertarik dgn majalah trsebut sekaligus dijadikan bahan bacaan harian mereka.
Ini merupakan cover pertama yang aku hasilkan utk Al-Qalam. Utk kali pertama ini, aku buat 3 cover yg berlainan dan cover inilah yg menjadi pilihan ketua editor aku. Ringkas sgt2, maybe sbb kali pertama aku buat. So, kekeringan idea. Ohh yee, sudah tentu software yg menjadi pilihan aku utk design ialah Adobe Photoshop CS3. Software inilah yang aku guna sehingga keluaran terakhir Al-Qalam utk tahun ini. Ketika majalah pertama ini hampir dicetak. Kami dipanggil oleh Presiden Permai ketika itu, Saudara Baha utk sedikit mesyuarat psl Al-Qalam utk sesi pentadbiran 08/09. Hasil perbincangan, kami akan dikehendaki menggabungkan majalah keluaran Majlis Mahasiswa JUST iaitu Tibb Gazette dan majalah Majlis Mahasiwa Yarmouk iaitu Tsaqafah Yarmouk dan membentuk satu majalah baru bagi menjimakan kewangan Permai utk percetakan majalah. Oleh itu, satu majalah baru akan dikeluarkan dan majalah Al-Qalam dijadikan sbg majalah tahunan. Huh!! Aku mengeluh, bermakna di sini. Aku kena buat cover baru black white sbb lebih menjimatkan. Sabar jela. Sudah adat bekerja.

Alhamdulillah, Allah memudahkan kerja aku. Dapat idea utk cover hitam putih dan inilah hasilnya.

Alhamdulillah, terbitlah majalah pertama utk Al-Qalam. Nama masih lagi tidak ditukar disebabkan masih lagi belum bergabung dgn majalah2 lain.

Utk penggabungan kali ini, kami telah berbincang dgn sume editor majalah Tibb Gazette dan Tsaqafah Yarmouk. Memikirkan idea utk menggabungkan dan memberi nama baru utk majalah kali ini. Majalah kali ini akan dikeluarkan 2 bulan sekali. Hasil perbincangan, kami bersetuju dgn idea yg dilontarkan. Nama VOLITION dipilih utk majalah baru yang menggabungkan majalah MMJ dan MMY ini. Satu perkataan english yang dipilih utk membuatkan majalah ini lebih menarik. Seperi biasa, kerja utama aku ialah menyiapkan design utk cover. Alhamdulillah, idea dtg dgn mudah terutama ketika itu. Aku baru shja pulang drpd sesi penjelajahan aku ke Turki. Inilah hasilnya.

Berlatarbelakangkan Masjid Sultanahmet yang aku gelapkan. Aku rasa, inilah cover yang paling menarik yg pernah aku hasilkan. Gabungan gambar masjid dan bangunan yang tinggi cukup memberikan gambaran keadaan zaman skrg yg mana manusia sibuk dgn kemewahan dunia sehingga tak sedar kehidupan akhirat yang lebih utama. I think this the best cover that I had made. What about u all?

Dua bulan kemudian, seperti biasa. Satu lagi majalah perlu dihasilkan. Ketua Editor sruh aku design satu cover berkaitan dgn peperiksaan memandangkan ketika itu musim peperiksaan bakal dihadapi oleh semua pelajar Yarmouk dan JUST. Alhamdulillah, idea dtg dgn mudah. Mungkin disebabkan sudah terbiasa dgn kerja-kerja sebegini.

Alhamdulillah, ketua editor aku berpuas hati walaupun sbnrnya aku menghasilkan cover ini dlm keadaan lebih kurg jeh. Sebab exam aku pom semakin dkt. So, tumpuan pada exam jugak la. Jadi, aku pom buat cover in ala kadar je. Namun, bagi aku. Still yang terbaik. Cuma, satu kesilapan yg aku terlepas pandang. Tersilap eja perkatan Volition menjadi Voliton. Ya Allah, malu aku. Bertubi-tubi aku mohon kemaafan kpd semua redaksi majalah atas kesilapan yg tidak disengajakan ini. Takperla,,bnda dh terjadi menjadi peringatan di masa akan dtg.

Sebelum aku pergi menunaikan umrah. Timb ketua editor tlh mengeluarkan arahan supaya bersedia utk cover majalah tahunan Al-Qalam. Kali ini, dia nk berwarna. InsyaAllah, hanya itu shjalah jwpnku. Urmm,,susah jugak nih. Disebabkan aku dh terbiasa dgn cover hitam putih. Jadi, utk cover kali ini. Aku menghadapi sedikit mslh utk membuat pilihan warna yg bersesuaian dan menarik. Balik dri umrah, aku still blurr. Tak de idea, arahan terbaru pula. Cover mstilah bertemakan Ilmu. Hurmm...3 hari gak la aku termenung menyebabkan aku terpaksa memujuk Timb ketua editor supaya dipanjangkan dateline utk aku mnyerahkan cover ini. Bermacam-maca warna aku try, namun semuanya serba tak kena. Macam tak masuk je warna2nya. Adoii,,pening2.

Alhamdulillah, Allah memberikan aku idea. Utk memudahkan kerja, aku memilih warna hitam, putih dan kelabu utk majalah kali ini. Ala ala hitam putih jugakla tapi berwarna. Warnanya ialah hitam, putih dan kelabu sikit. Terus idea dtg bertubi-tubi. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku mengorak langkah dan inilah hasilnya.

Alhamdulillah, cover ini juga aku rasa antra terbaik yg aku dpt hasilkan. Aku terus design cover utk muka depan dan belakang majalah Al-Qalam. Aku gandakan size A4 yang aku guna utk menghasilkan cover utk muka depan dan belakang. Tapi, entah mcm mana silapnya. Apabila dicetak tulisannya sedikit pecah tulisan yg tidak kelihatan krn trlalu hitam. Aku termenung lama sambil melihat cover majalah edisi tahunan ini. Maafla krn kesilapan aku yg tidak membuatkan tulisan itu menonjol agar lebih kelihatan. Dan salah aku juga krn tidak menjelaskan kpd rakan-rakan bhwa cover ini sbnrnya berwarna. Takpelah, di kesempatan yg ada ini. Aku sejuta kemaafan kpd semua warga Permai jika cover kali ini kurang menarik dan mengecewakan. Aku anggap, ini ujian Allah utk mengajar aku supaya bekerja dgn lebih berhati-hati selepas ini. InsyaAllah.


Alhamdulillah, maka pada hari ini jugalah aku menamatkan kerja aku sbg sorg designer utk majalah rasmi PERMAI. Alhamdulillah, satu pengalaman berharga yg scra tidak langsgung memupuk rsa tanggungjawab trhdp sesuatu amanah yg diberikan. Kepada semua terutama warga Permai. Aku mohon kemaafan atas segala kekurangan trhdp sgala hasil kerja aku dan segala kelebihan itu dtgnya dari Allah SWT.


Tahun depan?? Hahahaha. Maybe aku tidak akan meneruskan kerja ini kot. Serahla kpd sesiapa yg lebih berbakat dan lebih berkelayakan. Ataupun, latih muka-muka baru tahun dpn utk bekerja dlm Permai. InsyaAllah.


Setinggi-tinggi penghargaan kepada :-


1. Mardiah Bt Haji Shaharum (Ketua Editor)


Ketua editor majalah rasmi Permai yg aku lebih selesa memanggilnya 'Boss' walaupom berkali-kali dia mtk aku jgn panggil dia cmtu. Hahahaha. Maaf yer boss..:p Terima kasih sbb menjadi seorang ketua yg baik, peramah, bertoleransi, bertolak ansur dan bertanggungjawab. Terima kasih krn memberikan tunjuk ajar kpd aku yg masih baru walaupun dia pelajar baru jugak. Tapi, umurnya yg setahun lebih tua dari aku menyebabkan aku menghormatinya sbg org yg lebih berpengalaman. Minta maaf ats segala salah silap dan kecuaian semasa menjalankan tugas
. Minta maaf jika ada yg terkasar bahasa. Semoga hidupmu dirahmati Allah.

2. Syarifah Nurul Nadiah Bt Syed Salim (Timb. Ketua Editor)

Pembantu kpd Mardiah. Bagi aku sorg timb yg sporting dan aku lebih selesa memanggilnya 'Kak Pah'. Maybe sbb kwn2 dia panggil dia Kak Pah kot. Betul ke?? HAhahahaha..Aku pom x ingt. Pemberi arahan yg baik kpd aku sbb biasanya arahan dari boss akan disampaikan oleh Kak Pah. Cukup bertolak ansur dan menjadikan aku menghormati sikap toleransinya. Sorg yg bertanggungjawab dan juga peramah. Murah dgn senyuman. Hehe. Minta maaf juga ats segala salah silap aku spnjg melakukan gerak kerja ini. Semoga hidupmu juga dirahmati Ilahi.

3. Muhammad Hashemi Dahalan B Md Razip

Aku rsa shemi lah satu-satunya rakan aku dri JUST yg turut bersama dlm redaksi majalah Permai ini. Bertugas sbg Biro Percetakan. Tugasnya mudah, dpt majalah asli. Pergi kedai. Cetak. Hahahahaha. Tapi bukan dia yg tukang cetak. Dia juz deal dgn tuan kedai je. Namun, kepentingannya ada. Kalu takde shemi. Tak terhasillah majalah Permai ini. Sekurang-kurangnya bila ada Hashemi ini, ada jugalah rakan aku yg bekerja bersama. Takdela aku keseorangan sgt. Ok..Terima kasih Shemi. Tahun dpn ko nk cetak lagi tak??? Hahahahaha. Jazakallah.

4. Muhd Firdaus B Muhd Syahidin

Aku sempat bekerja dgn Firdaus walaupun skejep. Asalnya, dialah Biro Percetakan sblm diganti oleh Hashemi. Aku pun tak pasti sgt knp ditukar. Mungkin sbb Firdaus menjadi salah sorg kolumnist dlm majalah. So, tugas percetakan diserahkan kpd Hashemi. Apapun Bro, terima kasih sbb menyediakan software adobe utk aku bekerja dan terima kasih ats segala tunjuk ajarmu. Semoga Allah memberkati hidupmu.

5. Semua redaksi majalah yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm menghasilkan majalah Permai spnjg tahun ini. Aku juga turut mengucapkan terima kasih. Mohon ampun ats segala kelemahan dan kekuranganku. Sesungguhnya yang baik itu dtgnya dari Allah dan yg buruk itu adalah kelemahan diriku ini.



That's all for now. Peace ;)


Monday 13 July 2009

Mikhail!!!

Posted by Aragorn at 9:50:00 pm 1 comments
(Sedikit cerita..)

"Allahhu yu3tikal 3afiah."
Sepantas itu juga, Science Hall 2 hingar bingar dengan pelajar-pelajar yang bergegas mengemas barang2 mereka utk keluar dari dewan sebaik kelas ditamatkan oleh doktor. Aku pun memasukkan buku notaku ke dalam beg. Kemudian, mataku melilau mencari sssorang sehinggalah aku terlihat kelibat seorang wanita bercermin mata. Wanita itu sdg berjalan tenang di kesesakan pelajar utk keluar dari dewan. Aku tersenyum, pantas aku keluar melalui pintu sebelah kiriku mendahului wanita itu yang masih tersekat di kesesakan manusia. Setia menunggu wanita tersebut dihadapan dewan disamping seorang rakanku. Sebaik shja kelibat wanita muncul di depan mata. Aku segera memanggilnya.

"Zul!! Zul!!"Aku memanggil namanya beberapa kali. Wanita itu lekas berpaling ke belakang apabila merasa seperti namanya dipanggil. Lalu dia memandang mukaku yang sdg tersengih macam kerang busuk ( Hahahahahahahahaha). Dia tersenyum sedikit, tanpa berlengah lalu tangannya menyeluk beg sandangnya seolah-olah memahami senyuman kerang busuk aku itu.

"Nah." Katanya sambil menghulurkan sesuatu yang dikeluarkan dari begnya. Aku pantas mengambil barang tersebut.
"Terima kasih,"kataku. Tanpa menghiraukan lagi kelibat wanita tersebut. Pantas mataku terpaku pada barang pemberian wanita tersebut.

Mikhail!! Hatiku berbisik. Akhirnya, novel yang aku tunggu sudah tiba di tanganku. Karya drpd satu-satunya novelist yang aku minati di Malaysia. Ramlee Awang Murshid sekali lagi cuba memukau fikiranku dengan karya terbarunya itu. Aku menatap cover novel tersebut yang berlatar belakangkan gambar piramid. Aku teringat novel ADAM. Sebuah novel yang aku aggap terbaik pernah dihasilkan oleh Ramlee. Kuberharap semoga novel kali ini mampu melawan kehebatan novel ADAM. Sebelum cuti sem 2 bermula, aku telah berhubung dgn sorg akak senior tahun 3 di JUST yang aku kenali. Niatku memintanya membelikan aku novel Mikhail yang laris di pasaran ketika ini dan membawanya ke bumi Jordan ketika dia bercuti di Malaysia nanti. Alhamdulillah, dia sudi menolong aku. Dan hari itu, novel tersebut tiba di tangan aku.

Ingin shja aku terus bergegas ke kelas VB. Menamatkan kelas secepat mungkin dan segera pulang utk memulakan bacaanku. Hajatku terbantut pabila teringat bhwa ada ssorg ingin berjumpa dgn aku utk membayar hutang. Aku pun duduk sebentar di hadapan Science Hall 2 menunggu kelibat beliau sambil tanganku membelek-belek buku tersebut. Apabila urusanku selesai, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas VB sambil otakku ligat membaca sinopsis novel itu.

Setiba dirumah dan sesudah selesai menunaikan solat zohor. Aku terus berbaring di atas tilam empuk kesayanganku lalu memulakan bacaan. Ternyata, novel Mikhail ini memang mengujakan otak aku. Membuka fikiranku utk berfikir dan secara tidak langsung aku seolah-olah menjadi watak utama dalam novel tersebut yang berusaha menyelesaikan misteri yang dialami.

Novel kali ini lebih bertemakan dendam namun diselit juga elemen kecintaan bagi menambahkan keasyikan para pembaca. Dendam yang mendorong seseorang utk membunuh demi melunaskan dendam dihatinya.

Sedikit sinopsis yang aku petik dari novel Mikhail :-

MIKHAIL - bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditwmbak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi pembunuh professional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi-fantasi dan realitii. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

Aku hanya memerlukan dua hari utk menghabiskan bacaan novel Mikhail kali ini. Kerap kali aku termenung apabila membaca novel tersebut. Seolah-olah tidak percaya dgn penceritaan kali ini. Tepat jam 10.30 malam. Aku menghabiskan bacaanku sambil termenung sebentar. Kemudian, aku tersenyum puas.

Ternyata karya Ramlee kali ini benar2 memukau aku. Tak sia-sia novel ini bergerak mengharungi perjalanan jauh dari Malaysia ke Jordan semata-mata ingin dibaca oleh seorang peminat setianya di bumi Urdun ini. Aku benar2 puas kali ini. Akhirnya...
Akhirnya......

Akhirnya....

Aku sudah jumpa.
Aku sudah jumpa..
Aku sudah jumpa novel yang mampu menandingi kehebatan novel ADAM yang sebelum ini aku anggap karyanya yang terbaik. Kehebatan jalan penceritaan novel Mikhail sudah dapat menandingi novel ADAM. Namun, tidak bermakna novel-novelnya yang lain tidak best. Cuma, ADAM is the best of the best. Tapi, hari ini. Novel the best of the best aku anugerahkan kepada novel Mikhail. Penceritaan kali ini yang mengajak kita sama-sama berfikir sambil menghayati jalan cerita tersebut menyebabkan pembaca ingin terus menelaah utk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.

Alhamdulillah, terima kasih kpd Ramlee atas novel kali ini. Ternyata semangatku sedikit berkobar-kobar seperti aku mendapat suntikan semangat yang baru. Aku terlalu merindui karyanya dan pada hari ini. Rinduku terubat. Terima kasih. Semoga semangat yang hadir ini akan kupraktikkan dalam akademik utk mencapai keputusan yang cemerlang.

Nak pinjam?? Jangan malu-malu nk contact aku yerk...hehe

Thursday 9 July 2009

70....70....

Posted by Aragorn at 3:50:00 pm 1 comments
Semalam, 8 Julai. Aku bngun dari tidur. Tgk2 jam kt tangan dah kul 6.30 pagi. Mata pening-pening lalat ag.Tekan hanset. Ohh!! Ada mesej rupanya. Msj dari no yang tiada dlm senarai phonebook. Maybe, sebab aku pinjam hanset kawan aku kot sebab itu no tuh xde dlm phonebook (hanset aku kan dah hlg). Lalu ku baca msj tersebut :-

"Tq my wife, daughter n son. I am 70 years old. Semoga Allah memberi pengampunan."

70 years old?? Hatiku terdetik. Allahurabbi, hari ni befday bapaku tercinta, Shamsul Bahrin B Abdul Manan. Aku sndiri melupai befday ayah aku (apa punya anak daa!! :D). Sedar tak sedar, ayahku sudah 70 tahun berkelana di dunia ini. MasyaAllah, bukan satu angka yang kecil. Rasulullah SAW pun wafat pada umur 63 tahun. Tapi, Allah memberi umur yang pnjg pada bapaku yang kini mencecah 70 tahun. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, sbgai anak. Aku begitu bangga dgn ayah aku. Bukan bangga krn umurnya yang sudah 70. Tapi, bangga krn mempunyai ayah yang masih gagah berdiri. Melangkah kaki ke masjid. Mengetuai solat jemaah keluarga di rumah dan disurau. Mengimami bacaan tahlil setiap minggu. Menekan pedal minyak ke hulu dan ke hilir demi menyelesaikan tanggungjawab. Berulang-alik dgn bas sejauh 400km dari Selangor ke Kelantan demi berlaku adil kpd isteri-isterinya. Mengeluarkan wang demi menanggung keluarga tercinta. Ternyata, di usia 70 ini. Ayah aku masih gagah berjuang demi keluarga. Alhamdulillah...

Nampak muda tak ayah aku?(hehehe)

Aku tersenyum mengenangkan ayahku sendiri. Sejarah ayah aku juga tidak kurang hebatnya. Lahir pada 8 Julai 1939 di Rantau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan di MCCK yang ketika itu menjadi kegilaan para pelajar melayu. Sebelum berkhidmat sebagai guru. Kemudian, mengambil Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya. Kemudian menyambung jasa bakti sebagai guru di Johor selama 20 tahun. Sebab itulah sorg kakak aku, aku dan adik aku dilahirkan di Johor krn tempoh perkhidmatannya yang lama di sana. Pernah bertugas sebagai PK HEM dan Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Munsyi Ibrahim dan mengakhiri karier perguruan pada 1994 sbg sorg Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bekok, Johor.

Berkahwin dengan Ramnah sebelum beliau menyambung pembelajarannya di UM dan hasil perkongsian hidup mereka sehingga kini telah dikurniakan 6 orang anak. Anak paling bongsu pun sudah berumur 35 tahun. Ketika perkongsian hidup beliau dengan Ramnah. Allah mentakdirkan jodohnya dengan Wan Zainab Bt Wan Ali ( mak aku) yang ketika itu sorg janda dan dikurniakan 4 orang anak. Aku dan adik aku merupakan generasi terakhir salasilah keluarga Shamsul Bahrin yang masih lagi berjuang menuntut ilmu dan menanggung bebanan harapan drpd keluarga. Adik beradik aku yang lain semuanya sudah bekerja. Semoga Allah memakbulkan doa ayah dan ibuku yang mengharap kejayaan dari kami. InsyaAllah.

Sepanjang pengajianku di Bumi Jordan ini. Nama bapaku cukup2 popular dalam kalangan orang arab ini. Bila disebut shja nama bapaku. Mereka akan bertanya, "Kenapa dua lautan? Bukan satu lautan ke?" Soalan yang membuatkan aku tersenyum dan tak tahu nk jawab apa. Shamsul Bahrin jika diterjemahkan ke dalam bhsa arab bermaksud Matahari dua lautan. Oleh itu, jika orang arab ni dengar sudah tentu mereka akan segera menterjemahkannya maka timbul kehairanan dengan nama bapaku yang agak unik. Hahahahahaha. Sehinggakan namaku sudah hilang. Tiada yang memanggilku Hady melainkan " Ya Mr. Bahrin!! How are you??" Aku tersenyum bangga. Bapaku memang hebat. Gelaran Mr Bahrin cukup popular utk aku. Boleh dikatakan hampir semua rakanku berbangsa arab memanggilku Mr Bahrin. Teringat aku masa kelas English 111, Dr Hassan lecturer BI aku manusia pertama yang memanggilku Mr Bahrin sebelum menjadi ikutan rakan-rakan arab. Nama ayah aku menjadi sebutan sehingga ke bumi anbia. Hahahahahaha.

Kisah politik ayah aku paling aku banggakan. Sewaktu beliau di tahun pertama pengajian UM. Ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim berada di tahun akhir pengajian. Di situlah bermulanya penglibatan ayah aku dalam dunia politik. Ketika itu, ayah aku merupakan antara penentang Anwar Ibrahim dalam pilihan raya universiti. Namun, kini sudah menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim. Cuma ayah aku tidak memangkah PKR. Sebab apa yerk? Sebab ayah aku menyokong kepimpinan ulama. Hehe. Namun, dia amat mengenali dan menyegani Anwar Ibrahim. Apabila kes 1998 berlaku, dia lah antra orang yang kuat menentang kezaliman ke atas Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Ayah aku cukup terkejut dan sedih. Tidak disangka bhwa Anwar Ibrahim yang dahulunya memperjuangkan keislaman dalam universiti tapi bertindak menyertai UMNO. Namun, apabila Anwar dizalimi. Dia antra org yang kuat menentang kezaliman ke atas Anwar.

Sewaktu beliau berkhidmat sbg guru di Johor. Nama beliau cukup dikenali dan ditakuti. Sebut shja nama Cikgu Shamsul.
"Ohh, penyokong kuat PAS!!"
Digeruni tapi disegani. Aku rasala, zaman skrg ni tidak ada pegawai kerajaan yang brani menentang kerajaan scra terang-terangan krn bimbang dikenakan tindakan. Namun, ayah aku adalah sebaliknya. Semakin kuat kerajaan menindas, semakin dia bangkit menentang. Sehinggakan dia hampir ditukar ke pedalaman Johor krn sikapnya yang kuat menentang tapi hasrat JPN Johor dibatalkan krn bimbang kawasan pedalaman Johor pula akan menjadi kubu kuat PAS disebabkan propaganda ayah aku.

Oleh sebab sikapnya yang kuat menentang kerajaan. Dia tidak pernah dinaikkan pangkatnya dalam kerajaan. Kekal dgn pangkat DG 41 walaupun berkhidmat sebagai Pengetua. Pelikkan? Sepatutnya, dia sbg pengetua mstilah berpangkat sekurang-kurangnya DG 48. Disebabkan politiknya yang berlawanan. Itulah hukuman yang dikenakan. Dia jadi pengetua pun sebab pengalamannya yang banyak dalam dunia perguruan. Namun, ayah aku tidak pernah mengeluh. Alhamdulillah, aku dikurniakan sorg bapa yang tahu erti kesyukuran.

Selepas dia bersara, ayah aku terus bergiat aktif dalam dunia politik. Pernah menawarkan diri utk bertanding dalam pilihan raya umum 1999 namun dibatalkan atas masalah kesihatan. Ketika aku seawal 7 tahun. Ayah aku sudah membawa aku ke tempat2 ceramah, markas-markas PAS, mesyuarat agung PAS pusat dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia telah mendidik aku utk meminati dunia politik. Ayah aku sebenarnya tidak pernah mengajar aku tntg politik. Tapi, disebabkan dia kerap membawa aku tempat2 politik. Akhirnya, aku terdidik scra sndiri utk meneruskan perjuangan ayah aku yang tidak kesampaian. InsyaAllah.

Kini, ayah aku sudah berumur 70. Maklumlah, kesihatan pun sudah semakin kurang. Sakit jantung merupakan penyakit utamanya. Berulang-alik ke IJN setiap bulan demi mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihadapinya. Sudah tentu menarik kudratnya yang semakin kurang. Namun, ayah aku tetap gagah berdiri. Gagah berdiri di samping keluarga tercinta. Mengerah kudrat demi kesihatan diri. Alhamdulillah, adik beradik aku pun semuanya sudah bekerja melainkan kami berdua. Merekalah yang menjaga ayah aku saban hari krn kudratnya yang dimamah usia. Terima kasih utk kakak dan abang ku. Aku dikejauhan ini tidak dpt membantu melainkan satu kejayaan yang bakal kubawa nanti berserta doa smoga kesihatan ayah aku bertambah baik. InsyaAllah.

Aku tersedar dari lamunan mengenangkan ayah aku. Tiba-tiba sorg rakan aku menegur. Ketika itu aku dalam bas utk ke kelas.

"Kau tahu tak Ayah Mohd Noor meninggal?" Soalan yang membuatkan aku terkejut.
"Bila??"
"Hari ini."
Innalillahiwainnailahirajiun... Sorg lagi bapa kpd senior aku tahun 2 meninggalkan dunia. Aku termenung sebentar sambil mensedekahkan Al-Fatihah kpd bapa beliau. Semalam, bapaku menjangkau umur 70. Allah masih memanjangkan umur ayah aku. Alhamdulillah. Semoga aku sempat pulang ke Malaysia utk bertemu dengan bapaku tersayang. InsyaAllah.


AL-FATIHAH BUAT BAPA MOHD NOOR, SENIOR JUST TAHUN 2 YANG PULANG KE RAHMATULLAH HARI INI. AL-FATIHAH.....


POST KHAS UNTUK BAPAKU DI MALAYSIA. SEMOGA AYAH SIHAT SENTIASA DAN HIDUP DALAM KERAHMATAN ILAHI. :)

Tuesday 7 July 2009

Masjid...

Posted by Aragorn at 3:18:00 pm 0 comments
Masjid?? Ada apa dengan masjid. Huhu. Tak de pape pun. Juz nk kongsi gambar jeh. Satu lagi pic menarik yang sempat di snap ketika aku di Istanbul, Turki.Cantik gak la pic nih. Actually, pic ni di snap oleh sahabat aku berbangsa turki iaitu 'Adil. Masjid tuh plak aku x ingt namanya, juz mcm masjid biasa je kot. 'Adil ialah sahabat yg aku kenal ketika berhenti kt border turki msa on de way ke Istanbul. Beliau sedang menuntut di University Of Damsyik dan sangat fasih berbahasa arab fushah. Masa tgh transit kt Hatay atau lebih dikenali sbg Antakya. Dia bwk aku jalan2 di bandar Antakya sebelum berpisah di situ krn dia juz balik Turki skjp je utk mengambil gambar. Gambar dia utk dijadikan sbg cover sebuah majalah. Popular gak mamat ni.
Bersarapan di bandar Hatay bersama 'Adil

Actually, suatu hari tuh. Masa ktaorg kat Istanbul. Ktaorg bercadang utk ke Istana Dolmabache iaitu istana sultan-sultan Turki Uthmaniyyah ketika di akhir-akhir pemerintahan kerajaan islam itu. Tetiba plak si 'Adil ni call ktaorg dan beritahu bahawa dia kini kat Istanbul. EH!! Terkejut gak ktaorg dibuatnya sebab tak silap aku. Dia nk menuju ke Osmaniye utk ambil gambar tuh la. Lepas tuh, dia akan terus pulang ke Syria utk menyambung pembelajaran di kelas. Alih-alih, tetiba je mamat tuh dah sampai kt Istanbul. Apa kes?? Rupa-rupanya, dia mengalami sedikit masalah di sempadan Syria menyebabkan dia tidak dpt pulang semula ke Damsyik. So, dia terpaksa bergerak ke Istanbul utk merujuk tentang masalahnya di Kedutaan Syria di Istanbul.

Jadi, 'Adil ni pom bercadang utk membawa kami berjalan-jalan di Istana Dolmabache itu. Ketika on de way ke Dolmabache la gambar ni di snap oleh 'Adil ketika dia sdg membelek-belek kamera aku. Mantap gak mamat ni amik gambar. Huhu. Ternyata, 'Adil adalah salah sorg warga Turki yang cukup baik yg aku kenali.

Malam tuh, 'Adil bawak kami ke madrasah tempat dia blaja dlu. Berjumpa dgn guru-gurunya dan pengetua dia. Di situ jugaklah aku mengenali sorg lagi warga Turki yg bernama Saami. Masya-Allah, cukup2 baik dgn ktaorg dan di atas paksaannya kami terpaksa bermalam di madrasah tersebut bersama si Saami ni. Lebih kurg dalam 2 malam. Saami merupakan salah sorg guru di madrasah tersebut. Berumur sekitar 25 tahun. Merupakan hafiz dan mengajar kanak-kanak seawal usia 4 tahun utk menghafal Quran. Cukup hebat dia ini. Actually, Saami ni tak delah pandai sangat speaking arab. Tapi, dia mampu berckp arab dgn agak baik dan sekurang-kurangnya kami memahami apa yang dia sampaikan.
Bergambar bersama Saami sambil minum Sahlab

Pernah aku bertanya dia. Dari mana dia blaja bhsa arab? Jawanpannya sungguh mengejutkan. Dia cakap, dia tidak pernah belajar bhsa arab scra formal. Dia hnya belajar bhsa arab drpd Al-Quran dan Hadis. Maknanya, dia hnya membaca kitab-kitab terjemahan Quran dan Hadis dan dri situlah dia mempelajarinya. Allahurabbi. Tapi, bhsa arabnya sudah cukup membuatkan kami faham apa yang ingin dia sampaikan.Sepanjang kami tinggal bersamanya jugalah kami hampir tidak mengeluarkan wang perbelanjaan kami. Semua ditanggung oleh Saami. Dari makan minum sehinggalah kpd tambang bas ke Bursa pun dia byr 1/4 dri harga tambang itu. Ya Allah!! Tak pernah aku jmpa manusia sebaik dia. Aku pun tak tahu nk ulas mcm mana lagi kebaikan si Saami ini. Masa kami nk tinggalkan dia pun, terasa sayat di hati. Kebaikan Saami dengan ktaorg trlalu tggi utk aku nilaikan. Aku berjanji dengan diri. Kalau aku ke Turki lagi lepas ni. InsyaAllah, rumah dia lah tempat pertama utk aku lawati. Cukup baik dgn ktaorg.


Bersama pelajar-pelajar Saami di Madrasah


Alhamdulillah, hari ni aku bersyukur sebab dapat tukar subjek. Ku batalkan subjek Contemporary Problem(CP). Lalu ku gantikan dengan Natural Resources. Alhamdulillah lega rsa. Tak delah aku perlu pening2 nk belajar CP dlm bhsa arab. Tulisan arab lecturer lak macam cakar ayam. Hahahaha.

Setinggi penghargaan aku berikan kpd Aida sebab membantu aku utk menukar subjek dari CP ke NR. Aku terlupa plak bhwa laptop aku tak de Internet Explorer menyebabkan aku xleh nk cancel subjek CP yang aku dh amik. Aku hnya guna Mozilla Firefox yang tak leh nk cancel subjek yg dh amik. Aku pom tak taw knp. Dahla, syukbah yang aku nak tuh hampir penuh. Berdebar gak dibuatnya takut tak dpt syukbah yang aku nak sdgkan aku takde backup plan langsung (pengajaran, sediakan backup plan). Hahahaha.

Tengah-tengah pening ni Aida membantu aku. Nasib baik dia online YM masa tuh. Hahahaha. TQ! Terima kasih. Syukran. Tanx A Lot Aida. :)

ALHAMDULILLAH!!

Monday 6 July 2009

Ketenangan

Posted by Aragorn at 9:22:00 am 5 comments
2,3 hari ini. Hidup aku resah. Banyak dugaan yang aku hadapi. Rutin harian semakin ngarut. Badan letih semacam jeh. Body clock masih tak kena. Nak adapt dengan subuh yang semakin awal kini, menjadikan aku seperti tak cukup tidur. Kelas sudah bermula. Subjek CP menjadikan pelajar melayu pening. Dengan pembelajarannya dalam bahasa arab. Ditambah dengan material dalam bahasa arab. Exam pun dalam bahasa arab. Menjadikan aku seolah-olah mangsa keadaan. Rakanku bernama A menempelak apabila rakan-rakannya seperti aku tidak mahu mengambil risiko utk belajar CP. Dia menyatakan bahawa inilah peluang utk mempelajari bahasa arab. Rakanku bernama B pula berkata, subjek ikhtiarilah peluang utk menaikkan muaddal tahunan, jikalau ianya payah. Maka, jatuhlah muaddal kami. Rakanku bernama C pula tidak berani mengambil risiko. Ohh!!Aku makin pening. Siapakah yang perlu kuturuti??

Ikutkan kehendak hati, mahu shja aku drop subjek CP ni. Lagipun, skdr subjek elektif jeh. Aku pun tak thu knp. Aku rsa mcm tak brani nk gamble kali ini. Ditambah pula dgn summer sem yang hnya 7 minggu shja. Aku perlu mengejar berbelas-belas bab utk subjek wajib Biochemistry dan Visual Basic. Ohh GOD!!Allahurabbi!!Please help me...

Cover majalah tak siap lagi. Dateline dah makin dekat. Ohh GOD!! Latihan nasyid pula bertimbum-timbun. Ohh GOD!! Aku pun tak taw knp aku cpt pening skrg nih. Aku merasakan diriku sudah berubah. Dulu, bagilah kerja sebanyak mana pun. InsyaAllah, akan aku selesaikan sbg sebahagian tanggungjawabku. Masalah datang bertubi-tubi. Ditambah dengan kawan-kawan yang buat hal. Ohh GOD!! Hanya Allah tahu perasaan aku ketika ini. Sikit gurauan, aku dah cukup kecik hati. Sedangkan dulu, guraulah sebodoh mana pun. Aku tetap ceria bersama kawan-kawan. Tapi kini.....only god knows.

Allahurabbi, tenangkanlah hati hambamu ini. Kadang-kadang, benda macam ini lah buat hati aku jadi keras. Degil. Tak nak bertolak ansur. Nak ikut kata hati semata-mata. Kadang-kadang jugak aku rsa mcm menyesal jeh. Menyesal, knp la aku mulakan dlu. ALLAH!!!

Aku menggagahkan hati utk memulakan tugas. Menyelesaikan tanggungjawab. Perlahan-lahan aku mengorak langkah utk mengedit cover majalah. Alhamdulillah, idea datang sikit demi sikit. Aku sedar tanggungjawab yang perlu aku pegang. Mungkin ini sedikit ujian Allah utk aku. Menguji aku. Memberikan aku kesabaran. Memberikan aku ketenangan.

Ohh GOD!!Allahurabbi..tabahkanlah hati aku utk menghadapai ujianmu ini. Baru sikit je ujian ini. Takkanlah aku tak mampu bertahan. Aku terus mengedit. Sikit demi sikit. Hasil yang aku dpt drpd kerja aku nih agak membanggakan diriku. Alhamdulillah, walaupun berserabut design aku kali ini. Aku bersyukur krn Allah sudah memberikan aku idea. Sekadar design hitam putih. Cukup menggembirakan aku. Sedang aku mencari gambar sesuai. Tetiba, mataku terlekat pada sebuah gambar.


Mataku terpana sebentar pada gambar ini. Air mataku bergenang. Lalu kukesat perlahan-lahan air mataku dari tumpah. Sambil itu lagu Together we will live forever berlegar-legar di ruang udara bilik aku. Subhanallah. Betapa indahnya ciptaanmu YA RABB. Burung-burung yang bebas berterbangan ini ku snap ketika perjalananku ke Bursa dari Istanbul ketika cuti 1st sem dulu. Burung-burung ini yang ketika itu sedang menyambar kacang-kacang yang dilemparkan oleh penumpang utk mengisi perut mereka yang kelaparan. Terus-terusan mengejar ferri demi sebiji kacang. Ohh!! Ajaibnya ciptaanmu tuhan. Lalu ku snapkan beberapa keping gambar dan inilah yang terbaik.

Mata-mata burung inilah yang mampu membuatkan aku menangis hari ini. Sekumpulan burung yang memandang tepat ke arah diriku. Memicing mata mereka memandang mataku. Seolah-olah mereka berkata kepadaku :-

'Wahai hamba Allah, bersabarlah dengan apa jua ujian dari tuhanmu. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.
Kami hanyalah burung-burung yang bebas berterbangan.
Kami tidak dipertanggungjawabkan seperti engkau duhai manusia.
Sedarlah tanggungjawabmu.
Kembalilah kepada yang satu.'

Ohh!! Air mataku bergenang lagi. Dosa-dosaku pada Allah. Kemungkaran yang aku lakukan pada-Nya. Inilah ujian Allah krn Dia masih sayangkan aku. Ohh GOD!! Tabahkanlah hatiku.

Lalu gambar ini kukongsikan bersama seorang rakanku yang kini sudah pulang bercuti di Malaysia. Ingin kukatakan padanya. Aku rindukan ketenangan si burung ini. Berterus-terusan berzikir pada Ilahi tanpa sekelumit rasa kebosanan. Semoga aku dapat ketenangan seperti burung ini. Tabahkan hati utk terus hidup. Di duniamu, duhai Allahurabbi....

Kucari ketenangan hakiki.


p/s: sekadar luahan perasaan dikala kesedihan.

Sunday 5 July 2009

Ramlee

Posted by Aragorn at 3:59:00 am 3 comments
Malam ini aku tidak dpt tidur. Entahlah, aku tak taw apa yang bermain di fikiranku. Padahal, esk dh bermula sem baru utk menghadapi 3 lagi subjek utk dipelajari. Biochemistry, Visual Basics dan Contemporary Problem sdg menunggu utk ditelaah dan diulangkaji bgi 9 lagi exam. Allahurabbi. Aku dpt merasakan beban utk 3rd sem ini atau lebih dikenali sbg Soifi. Walaupun hanya 3 subjek. Tapi, sem yg hanya 2 bulan ini memerlukan cbrn krn nk kejar silibuss dlm msa yang sgt2 singkat. Semoga Allah membantu aku.

Sedang aku tak leh nk tidur ni. Fikiranku melayang teringatkan nama seseorang. Ramlee Awang Murshid. Satu-satunya novelist kegemaran aku. Hanya novel dia shja yang mampu aku baca kt Malaysia bahkan novel komsas msa aku SPM dlu pom aku x larat nk abiskan. Huurmm,,sungguh aku rindukan karya dia. Penaik semangat dikala kehilangan. Pemberi idea dikala kematian akal. Novelnya kerap membuatkan aku berfikir tntg hakikat kehidupan. Jalan cerita yg mantap dan padat dgn aksi, sejarah, dan cinta membuatkan aku teruja utk membacanya. Dan elemen yg paling penting dlm novel beliau adalah elemen Ketuhanan yang begitu sarat mampu menginsafkan para pembaca.

Teringat pengalaman pertama aku membaca novel. Masa tuh aku darjah 5. Tengah bulan puasa. Dulu aku cukup benci membaca. Apatah lagi novel, bila aku masuk bilik kakak aku. Bila terlihat selambak novel2 jiwang karat aku terasa nak muntah. "Pehal la akak aku sangap baca novel2 jiwang mcm ni. Huh!!" Hatiku berkata-kata. Tapi, bulan puasa tahun itu merupakan paling bosan dlm hidupku. Tak tahu nk buat apa. Tak larat semacam jeh. Maklumlah, masih belajar utk puasa penuh. Suruh buat kerja sikit dah tak larat. Sedang aku mengelamun atas katil kakak aku. Tiba-tiba mataku terlirik ke arah sebuah novel Ramlee yang bertajuk Mandatori. Tanganku terus mencapai novel tersebut. Ku perhatikan sinopsis di belakangnya. Agak menarik!! Aku pun menggagahkan diri utk baca bagi menghilangkan kebosanan di hati. Dari satu mukasurat ke mukasurat seterusnya. Dari satu bab ke satu bab. Aku semakin asyik dengan buku ini. Ternyata, karya Ramlee menyebabkan aku teruja. Berterusan aku membaca sehinggalah habis satu novel. Aku sungguh terkejut. Ternyata karya Ramlee membuka mata aku utk membaca novel. Habis novel Mandatori. Ku gapai Tombiruo dan seterusnya sehinggalah aku kini. Aku menjadi salah seorang peminat setia Ramlee. Pernah kucuba utk membaca novel karya novelist lain. Namun, tidak setanding kehebatan Ramlee dan aku baca pun sekerat jalan je. Aku mual dgn kisah cinta yang tidak sehebat Ramlee dlm memukau hati para pembaca. Berikut, sedikit usahaku utk memperkenalkan novelist ini.

1. IGAUAN MAUT
Novel pertama Ramlee Awang Murshid. Actually, novel ni dah terlalu lama sgt. So, aku xsempat baca. Nak cari kt kedai pom payah skam ni. Terbitan tahun 1995 oleh Dewan Bahas dan Pustaka. Memenangi tempat ke-2 dam peraduan menulis novel dewasa anjuran DBP dan hadiah sastera negeri Sabah 1994/1995

2. ANUGERAH PERTAMA
Novel ke-2 juga yang aku tak baca pun lagi.





3. PEI PAN
Antara novel yang mantap bagi aku. Telah didramakan di TV1. Mengisahkan tentang seorang datuk yang menghadapi tuduhan membunuh isterinya sendiri. Akhirnya, beliau dipenjarakan 15 tahun atas kesalahan beliau. Setelah tamat tempoh hukuman dan keluar dari penjara. Beliau menyedari bahawa ada komplot utk menjatuhkannya ketika sebelum beliau dipenjarakan dahulu. Dan perancang kepada komplot adalah orang yang tidak disangka-sangka oleh beliau sendiri. Pengkhianat(itulah maksud Pei Pan).







4. TOMBIRUO
Novel pertama Ramlee keluaran Alaf 21. Diterbitkan pada tahun 1998. Mengisahkan tentang Tombiruo, iaitu mitos penunggu hutan yang ditakuti oleh penduduk Hutan Sandakan di Sabah. Penunggu yang membunuh mangsa yang cuba mengganggu ketenteram hutan beliau. Namun, kisah sebenar disebalik penunggu ini tiada siapa yang tahu. Dia merupakan manusia yang dibuang oleh ibunya kerana rupanya yang mengerikan. Namun, dia mempunyai adik beradik kembar yang sentiasa merasakan kehadiran abangnya itu.








5. RANGGAU
Kisah seorang wanita yang ingin adik kesayangannya yang hilang. Beliau telah mengupah seorang novelist sebagai detektif utk mencari adiknya. Namun, adiknya telah lama mati kerana dibunuh oleh seorang pembunuh yang kejam yg digelar Ranggau. Membunuh dan menjual organ manusia. Siapakah pembunuh tersebut? Sesungguhnya, kebenaran yang bakal tersingkap sungguh memedihkan.








6. MANDATORI
Kerana dendam, Carlos cuba mencari manusia yang telah mengkhianatinya. Mencari org yang bertanggungjawab menyebabkan kematian ayahnya. Dendam yang dibawa sejak kecil akan dilunaskan oleh tangannya sendiri dengan hukuman mandatori. Tiada kemaafan bagi kesalahan itu. Kecelaruan personaliti menyebabkan cerita semakin mendebarkan.









7. SEMANGAT HUTAN
Merupakan sambungan kepada novel Tombiruo. Apabila sebuah kapal terbang yang dinaiki oleh seorang datuk yang merupakan rakan kpd adik si Tombiruo terhempas di Hutan Sandakan. Si adik terus memohon bantuan abangnya di hutan. Namun, tanpa mereka sendiri satu makhluk sdg mencari mangsanya di Hutan Sandakan. Siapakah yang terlebih dahulu menjumpai mereka. Tombiruo atau makhluk tersebut?








8. A.D.A.M
Merupakan singkatan kepada Aku Darah Anak Malaysia. Novel terbaik yang pernah aku baca. Mengisahkan Hilman yang datang ke US utk bertemu dgn anak kesayangannya yang terpisah sejak kecil berikutan halangan keluarga mertuanya. Saat manis mereka bersama tiba-tiba bertukar menjadi pahit apabila kereta yang dipandu Hilman terlibat dalam kemalangan dan Hilman dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dendam membuatkan Hilman mencari kebenaran dgn cara sendiri dan kebenaran yang terbukti sungguh mengejutkan.








9. SATU JANJI
Cinta Luqman pada Adelia membuatkan dia rela berkorban apa shja demi memikat hati wanita yang dicintainya itu meskipun kaca yang dibalasnya. Ditambah dengan pembunuhan terhadap bapa angkatnya membuatkan hati Luqman makin pedih. Namun, suatu kejadian menyebabkan Adelia kembali sedar nilai antara intan dan kaca. Namun, dapatkah dia memujuk Luqman yang telah terluka? Dapatkah pembunuh ayahnya dicari?








10. TOMBIRUO TERAKHIR
Pelengkap Trilogy kepada Tombiruo. Ejim iaitu si Tombiruo yang dilarikan oleh Dr. Haslia utk mengubah wajah dimukanya. Akhirnya, Dr. Haslia jatuh cinta pada Ejim namun rakan dengki menyebabkan berlaku persengkataan sehingga memaksa dia pulang ke Sandakan. Namun, Hutan Sandakan sekali lagi dihantui oleh penunggu hutan baru yang membunuh tanpa belas kasihan.









11. RAHSIA PERINDU
Amylia berusaha utk menyelamatkan anak guamnya atas tuduhan membunuh iaitu Leopard. Namun, sejak dia mengambil kes pembelaan terhadap Leopard. Hidupnya sering diganggu. Oleh kerana tidak tertahan dengan gangguan menyebabkan pada suatu hari dia jatuh pengsan. Sebaik sahaja dia tersedar, segala-galanya telah berubah.









12. BAGAIKAN PUTERI
Haryani yang koma setelah diragut mendapati dirinya terdampar di kurun ke-15. Dengan kuasa Allah, tiada yang mustahil. Disana, dia bertemu Laksamana Sunan yang bertempur demi keadilan. Namun, keluarga tercinta di abad ke-21 sedang menungu. Laksamana Sunan perlu membuat keputusan, antara membiarkan Haryani bersamanya atau membunuhnya utk membawanya pulang ke abad 21.








13. HATIKU DI HARAJUKU
Kisah seorang bangsa Melayu yang meyertai Yakuza di Harajuku Jepun. Oleh kerana cinta dan denadam menyebabkan dia pulang semula ke tanah air. Dan oleh kerana cinta juga menyebabkan dia kembali ke Jepun utk menyelamatkan org tercinta. Kisah cinta dan dendam yang menarik utk dibacai.









14. CINTA SANG RATU
Sambungan kepada novel Bagaikan Puteri. Laksama Sunan berusaha menegakkan keadilan akhirnya mengahwini Ratu Sulaman yang telah insaf. Berita tersebut sampai di pengetahuan Maharani Pulau Utara, mak kepada Ratu Sulaman. Maharani menjadi berang dan telah menculik anaknya sendiri dan penjarakan. Kemudian, bermulalah penjelajahan Laksama Sunan utk menyelamatkan isteri tercinta.








15. UNGU KARMILA

Kasih sayang seorang abang terhadap menyebabkan abang menghadiahkan sebuah tanah pusaka kepada adiknya. Lalu adiknya membina sebuah mahligai utk isteri tercinta. Namun, sejak penemuan sebuah bunga yang berwarna ungu. Kehidupan dalam rumah ini menjadi porak peranda dan akhirnya berlaku pembunuhan yang misteri menyebabkan seluruh ahli rumah mati. Beberapa tahun kemudian, datang sekumpulan penyiasat yang diupah oleh si abang utk menyiasat misteri mahligai tersebut yang dikatakn berpuaka.






16. HIJAB SANG PENCINTA
Pelengkap trilogy utk novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Mengisahkan Laksamana Sunan yang terus dikejar musuh-musuhnya yang tidak puas hati dengan dengan keadilan yang ditegakkan. Rindunya terhadap keluarga di Tanah Melayu menyebabkan dia pulang semula ke kampung halaman. Namun, dendam daripada Sultan Melaka menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sehingga akhirnya terbuka hijab sehingga dia terdampar di abad ke-21 dan bertemu semula dengan Haryani.







Hurmm..itulah serba sedikit mengenai kesemua novel2 keluaran Ramlee nih. Aku pun dah bnyk tak ingt psl cter dorg. Sekadar dapat bagi sedikit overview tentang novel2 karya novelist kegemaran aku nih. Dan the best of the best novel karya ramle stkt ini ialah A.D.A.M. Memang kehebatan novel ni tak dapat disangkal lagi. Aku pun masih tertunggu-tunggu kehadiran novel Ramlee yang mantap seperti ini. So, para pembaca sekalian yang masih belum mengenali Ramlee. Bacalah dulu novel ini, InsyaAllah, nescaya anda akan addict dgn Ramlee pahni. InsyaAllah.:D

17. MIKHAIL
Novel terbaru Ramlee yang baru masuk ke pasaran novel-novel di Malaysia. Ya Allah, tak sabar rasa nk baca. Aku dh kirim kt sorg senior aku sruh bwk dtg Jordan ni. Sekurang-kurangnya novel ini mampu memberikan aku inspirasi baru. InsyaAllah.






















 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez