Anyway, bukan bnda ini yg aku nk ckpkan. Juz for information jeh. Pada hari ini juga, Majalah tahunan Permai Al-Qalam dirasmikan dgn jayanya. Alhamdulillah, aku mampu tersenyum dgn keluaran buku walaupon trdpt sedikit ketidakpuasan hati trhdp cover majalah yang aku sndiri hasilkan. Namun, ianya satu pengajaran berguna utkku yg masih dlm proses pembelajaran.
Aku menawarkan diri utk menceburi dlm bidang publisiti dan majalah brdsrkan sedikit pengalaman yg kuceburi dlm menghasilkan majalah sekolah aku pada tahun 2006. Pengalaman itulah aku gunakan utk majalah Al-Qalam utk Permai. Ternyata pada awlnya, sedikit cabaran utk ku apabila ditugaskan sbg designer majalah terutamanya designer utk cover. Mungkin krn sudah lama tidak menggunakan software-software designer menyebabkan aku terpaksa menuntut ilmu dgn sahabatku, Hidayat. Lagipun, masa aku redaksi majalah sekolah dulu pom. Aku skdr biro fotografi shja. Huhu. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku pelajari. Mengkreatifkan diri utk menghasilkan cover majalah yg terbaik.
Bagi aku, cover majalah adalah satu elemen yg cukup pntg dlm sesebuah majalah krn ianya memberikan first impression kita trhdp majalah yang akan dibaca. Andai kata satu cover majalah tuh sudah tidak menari. Masakan kita terasa hndk membacanya walaupun isi kandungannya mantap dan padat. Sebab itulah aku aggp tugas ini antra tugas yang mencabar krn hndk menarik minat pembaca agar mereka tertarik dgn majalah trsebut sekaligus dijadikan bahan bacaan harian mereka.

Alhamdulillah, Allah memudahkan kerja aku. Dapat idea utk cover hitam putih dan inilah hasilnya.

Alhamdulillah, terbitlah majalah pertama utk Al-Qalam. Nama masih lagi tidak ditukar disebabkan masih lagi belum bergabung dgn majalah2 lain.
Utk penggabungan kali ini, kami telah berbincang dgn sume editor majalah Tibb Gazette dan Tsaqafah Yarmouk. Memikirkan idea utk menggabungkan dan memberi nama baru utk majalah kali ini. Majalah kali ini akan dikeluarkan 2 bulan sekali. Hasil perbincangan, kami bersetuju dgn idea yg dilontarkan. Nama VOLITION dipilih utk majalah baru yang menggabungkan majalah MMJ dan MMY ini. Satu perkataan english yang dipilih utk membuatkan majalah ini lebih menarik. Seperi biasa, kerja utama aku ialah menyiapkan design utk cover. Alhamdulillah, idea dtg dgn mudah terutama ketika itu. Aku baru shja pulang drpd sesi penjelajahan aku ke Turki. Inilah hasilnya.

Dua bulan kemudian, seperti biasa. Satu lagi majalah perlu dihasilkan. Ketua Editor sruh aku design satu cover berkaitan dgn peperiksaan memandangkan ketika itu musim peperiksaan bakal dihadapi oleh semua pelajar Yarmouk dan JUST. Alhamdulillah, idea dtg dgn mudah. Mungkin disebabkan sudah terbiasa dgn kerja-kerja sebegini.

Sebelum aku pergi menunaikan umrah. Timb ketua editor tlh mengeluarkan arahan supaya bersedia utk cover majalah tahunan Al-Qalam. Kali ini, dia nk berwarna. InsyaAllah, hanya itu shjalah jwpnku. Urmm,,susah jugak nih. Disebabkan aku dh terbiasa dgn cover hitam putih. Jadi, utk cover kali ini. Aku menghadapi sedikit mslh utk membuat pilihan warna yg bersesuaian dan menarik. Balik dri umrah, aku still blurr. Tak de idea, arahan terbaru pula. Cover mstilah bertemakan Ilmu. Hurmm...3 hari gak la aku termenung menyebabkan aku terpaksa memujuk Timb ketua editor supaya dipanjangkan dateline utk aku mnyerahkan cover ini. Bermacam-maca warna aku try, namun semuanya serba tak kena. Macam tak masuk je warna2nya. Adoii,,pening2.
Alhamdulillah, Allah memberikan aku idea. Utk memudahkan kerja, aku memilih warna hitam, putih dan kelabu utk majalah kali ini. Ala ala hitam putih jugakla tapi berwarna. Warnanya ialah hitam, putih dan kelabu sikit. Terus idea dtg bertubi-tubi. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku mengorak langkah dan inilah hasilnya.

Alhamdulillah, maka pada hari ini jugalah aku menamatkan kerja aku sbg sorg designer utk majalah rasmi PERMAI. Alhamdulillah, satu pengalaman berharga yg scra tidak langsgung memupuk rsa tanggungjawab trhdp sesuatu amanah yg diberikan. Kepada semua terutama warga Permai. Aku mohon kemaafan atas segala kekurangan trhdp sgala hasil kerja aku dan segala kelebihan itu dtgnya dari Allah SWT.
Tahun depan?? Hahahaha. Maybe aku tidak akan meneruskan kerja ini kot. Serahla kpd sesiapa yg lebih berbakat dan lebih berkelayakan. Ataupun, latih muka-muka baru tahun dpn utk bekerja dlm Permai. InsyaAllah.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada :-
1. Mardiah Bt Haji Shaharum (Ketua Editor)
Ketua editor majalah rasmi Permai yg aku lebih selesa memanggilnya 'Boss' walaupom berkali-kali dia mtk aku jgn panggil dia cmtu. Hahahaha. Maaf yer boss..:p Terima kasih sbb menjadi seorang ketua yg baik, peramah, bertoleransi, bertolak ansur dan bertanggungjawab. Terima kasih krn memberikan tunjuk ajar kpd aku yg masih baru walaupun dia pelajar baru jugak. Tapi, umurnya yg setahun lebih tua dari aku menyebabkan aku menghormatinya sbg org yg lebih berpengalaman. Minta maaf ats segala salah silap dan kecuaian semasa menjalankan tugas. Minta maaf jika ada yg terkasar bahasa. Semoga hidupmu dirahmati Allah.
2. Syarifah Nurul Nadiah Bt Syed Salim (Timb. Ketua Editor)
Pembantu kpd Mardiah. Bagi aku sorg timb yg sporting dan aku lebih selesa memanggilnya 'Kak Pah'. Maybe sbb kwn2 dia panggil dia Kak Pah kot. Betul ke?? HAhahahaha..Aku pom x ingt. Pemberi arahan yg baik kpd aku sbb biasanya arahan dari boss akan disampaikan oleh Kak Pah. Cukup bertolak ansur dan menjadikan aku menghormati sikap toleransinya. Sorg yg bertanggungjawab dan juga peramah. Murah dgn senyuman. Hehe. Minta maaf juga ats segala salah silap aku spnjg melakukan gerak kerja ini. Semoga hidupmu juga dirahmati Ilahi.
3. Muhammad Hashemi Dahalan B Md Razip
Aku rsa shemi lah satu-satunya rakan aku dri JUST yg turut bersama dlm redaksi majalah Permai ini. Bertugas sbg Biro Percetakan. Tugasnya mudah, dpt majalah asli. Pergi kedai. Cetak. Hahahahaha. Tapi bukan dia yg tukang cetak. Dia juz deal dgn tuan kedai je. Namun, kepentingannya ada. Kalu takde shemi. Tak terhasillah majalah Permai ini. Sekurang-kurangnya bila ada Hashemi ini, ada jugalah rakan aku yg bekerja bersama. Takdela aku keseorangan sgt. Ok..Terima kasih Shemi. Tahun dpn ko nk cetak lagi tak??? Hahahahaha. Jazakallah.
4. Muhd Firdaus B Muhd Syahidin
Aku sempat bekerja dgn Firdaus walaupun skejep. Asalnya, dialah Biro Percetakan sblm diganti oleh Hashemi. Aku pun tak pasti sgt knp ditukar. Mungkin sbb Firdaus menjadi salah sorg kolumnist dlm majalah. So, tugas percetakan diserahkan kpd Hashemi. Apapun Bro, terima kasih sbb menyediakan software adobe utk aku bekerja dan terima kasih ats segala tunjuk ajarmu. Semoga Allah memberkati hidupmu.
5. Semua redaksi majalah yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm menghasilkan majalah Permai spnjg tahun ini. Aku juga turut mengucapkan terima kasih. Mohon ampun ats segala kelemahan dan kekuranganku. Sesungguhnya yang baik itu dtgnya dari Allah dan yg buruk itu adalah kelemahan diriku ini.
That's all for now. Peace ;)
2 comments on "Al-Qalam"
Semoga kita semua dapat mempelajari sesuatu yg berharga drpd apa yg tlh Allah tentukan utk kita spanjang sesi ini.. Kutiplah seberapa banyak mutiara yg dapat. Moga beroleh redhaNYA.. - Teruskan jihad ini.. TAHNIAH!!
Assalam u'alaikum. Boleh ajar cemana nak guna Photoshop tu ? Nak design cover majalah.
Post a Comment