Thursday 10 December 2009

Jujur

Posted by Aragorn at 11:21:00 am 3 comments
Update gak

Alhamdulillah, dgn izin Allah..akhirnya terupdate gak blog aku stelah 2 bulan menyepi..haha
hrp maaf kpd para pembaca, aku kini mempunyai komitmen yg perlu dilaksanakan terlebih dahulu. subjek pon skrg dh makin susah. bekerja utk persatuan pulak. namun, inilah tanggungjawab sbg hamba Allah di bumi ni. sbagai khalifah utk memakmurkan bumi. tanggungjwb mmg tidak terlepas utk kita pikul. smoga Allah memudahkan tugas dan kerja kita utk melaksanakan amanah yg diberi.

Current situation

kini aku sdg menghadapi peperiksaan kali ke-2. bulan disember ni aku beri gelaran sbg bulan exam sbb bermula dari awl bulan hinggalah akhir bulan exm tak putus2 stiap mggu. dgr cerita pulak, exam akan berterusan hinggalah akhir sem hjg bulan 1 nanti. Allahurabbi, pening kalu exm tak henti2 ni. tapi, ni lah lumrah sbg student medic kt jordan. smoga Allah menabahkan hatiku.

tidak dinafikan, sejak 2 bulan aku menyepi dari dunia blog ni. bnyk kejadian yg berlaku, program2 persatuan terutamanya Kelantan. Kredit akaun yg semakin bertambah dan debit yg kurang menjadikan aku perlu lebih bijak menyusun kewangan persatuan dan juga perlu utk aku mengerah idea mencari sumber pendapatan utk mengukuhkan kewangan persatuan. jikalau tidak, bnyk program2 yg tdk akn mampu dilaksanakan. jika kewangan bermslh maka kebajikan ahli pon tdk dpt dijaga sdgkan bagi aku sbg salah sorg badan kepimpinan, kebajikan ahli adalah no 1. adalah menjadi kebimbangan aku jika terdpt ahli2 yg kurang berpuas hati dgn pengurusan KMKJ krn ak merasakan satu dosa jika ada ahli yg masih belum mendapat haknya. namun, aku juga manusia biasa. jikalau ada salah dan silap maka aku memohon tnjuk ajar. maklumlah, sbnrnya inilah kali pertama aku memegang yg kukira berat dan besar. sedangkan msa skolah dlu, aku tdk memegang jwtn besar pon. pengawas??jauh skali utk aku mnjadi pengawas. haram 3laik org arab kata..haha

Sedikit cerita

satu cerita yang aku ingin kongsi bersma para pembaca. kisah yg tdk pernah kuceritakan semasa journey aku ke Turki. jikalau kalian pernah membaca post aku sblm ini. pasti kalian knl dgn bbrapa mamat Turki yg telah menolong kami semasa travel ke sna. maybe, kalian anggap bnda ni biasa sbb bangsa Turki mmg terkenal dgn sikap yg peramah. namun, bagi aku. pertemuan dgn mereka merupakan satu anugerah Allah yg tdk berharga sbg balasan sikap jujur kami. Jujur???knp jujur plak?haha..meh aku nk cter...

kisah di Syria.

kalu nk travel jauh2 ni. duit mstilah bnda utama yg perlu dipertimbangkan. kalu takde duit, hrp maaf. duk umah men Tiberium Wars lagi bagus. Alhamdulillah, duit aku mmg bnyk la masa nk travek ke Turki ni. namun, sbg langkah keselamatan. aku tidak mengeluarkannnya smasa di Jordan. sangkaanku, bank Standrd Chartered ni mmg international so dptla cucuk kad kt Syria n Turki nanti. tiba di Syria seawal 3 pagi, merempat dlm CC jp smentara tggu azan subuh dikala musim sejuk. Alhamdulillah, selesai solat subuh. tangkap sorg laki melayu, mtk tlg dia skit sbb 1st time g Syria ni mmg kami sesat gak la skit. Alhamdulillah, dia sudi menolong kami. nama dia Abd Aziz. dibawaknya kami ke rumah dia biarkan kami rest dlu sbb semalaman merempat kt CC. sblm aku tido, aku smpt pesan kt dia nti nk g bank. nk kluarkan duit. dia jnji akan bwk aku. tidolah ktaorg smpi kul 10 pagi. kemudian dia bwk la ktaorg jalan2 bndr Syria kjp smbil cari bank. bermula dari Bank Audi sehinggalah aku rsa sume jns bank kt Syria aku lawati. haram jadah, takde satu pon dpt kuar duit gna Stndrd Chrtered ni. aku dh start cuak. takkan aku nk patah balik kot. raba poket ada dlm JD 10 je. bapak lar, nk balik Irbid pun tak lepas ni. masa tuh bru aku taw, bodoh tol SC jordan ni..haha(attention kpd sume yerk, nk g jalan bwk kuar duit terus).

aku dh resah mencari jalan utk meneruskan perjalanan. alhamdulillah, Allah bgi ilham. aku pon mtk tlg brader aziz utk call kakak aku kt mlysia, aku nk pnjm dulu RM5000 dgn kak aku dan suruh dia masukkan dlm akaun HSBC aku sbb sahabat aku Rozaili menggunakan HSBC msa kt Syria dan pengeluaran duit dpt dilaksanakan. brader tuh cdg spya beli tiket dlu. maka, dia pinjamkan duit utk ktaorg beli tiket dari Dimashq ke Istanbul. alhamdulillah, pembelian tiket selesai. kemudian, brader aziz bwk ktaorg g CC. aku pon dgn menggunakan perkhidmatan lowratevoip(hehe :) aku call kakak aku. alhamdulillah, kakak aku sudi bgi pinjam RM5000(bnyk woo) dan dia akan masukkan selewatnya esok hari.utk sementara aku pnjm duit Rozaili sikit dan aku bercdg nk tukar JD 10 aku kpd Syria Lira.

di Bank Audi

brader aziz bwk ktaorg g Bank Audi skali lagi. aku dgn atiff nk tukar sume duit JD yg kami ada. lalu aku dgn atiff hulurkan JD 10 utk ditukar kpd Lira. pegawai bank pula minah arab yg cun. terpesona aku dibuatnya..kuang3..:))akhirnya 6 keping duit kertas Syria dihulurkan kpd aku sbg duit pertukaran brsama beberepa keping syiling. aku dgn atiff terus mengambil wang tersebut tnpa mengiranya. aku kira pegawai bank tuh dah kira btul2 la kot. siap gna kalkulator ag. dahla cun,,huargghhh3:)

kt luar bank, hariz, rozaili dan brader aziz sdg menunggu kami. rozaili pula ketika itu baru mengeluarkan sdikit duitnya dari bank krn nk bgi aku pnjm smentara tggu kak aku bank in duit. tak silap aku, 5000 lira kot aku pnjm dari rozaili. seperti yg dijanjikan, rozaili menghulurkan duit tuh kpd aku yg aku rsa smpi skrg aku msh lom byr hutang tuh(btul ke Rozaili?...hahahahaha,,sori broo, nti aku byr).

aku meniliti kepingan 5000 lira yg diberi rozaili. eh, macam knl je duit ni? aku mula rsa pelik. ketika itu, masing2 sudah mula bergerak ingin meninggalkan bank itu utk pulang. kawan2 aku sume dh mengajak aku utk bergerak memandangkan dorg tgk aku duk tercegat dpn pintu bank lagi. aku terfikir duit kertas 6 keping yg pegawai bank bgi td.

aku buka smula wallet aku. aku teliti duit td. aku agak terkejut, rupanya ada 6000 lira dlm genggaman tangan aku. bapak ar! awat bnyk sgt. mustahil JD 10 ditukar smpi dpt 6000 lira. tak silap aku hmpir bersamaan dgn USD 150 tuh. aku panggil atiff. rupanya, atiff pon mndapat nilai sama. masing2 mula mendekati aku smula. tak jdi pulang ke rumah.

membuat keputusan

ttba hati aku rasa mcm nk amik je duit yg bnyk tuh. nthla, iblis mana tgh hasut aku masa tuh. maklumlah, kondisi aku yg masa tuh tgh xde duit. jadi bila dpt 6000 lira free2 je dlm tangan membuatkan aku rsa mcm dpt durian runtuh. ttbe, hati ak dh tak teringt kt akhirat. ikutkan hati nk terus blah je. atiff pula skdr mendiamkan diri. hariz dgn rozaili masih duk terkejut beruk dgn kejadian ni. apa yg dorg heran pon aku x taw. brader aziz duk belek jgk duit tuh. aku teringt resit yg pegawai bank tuh ksi utk menentukan jumlah yg spatutnya kami dpt. tgk kt resit, rupanya kalu ikut currency semasa. kami patut dpt dalam 600 lira je.

sah2, minah td tuh pon tergoda dgn kehenseman aku kot..huaarggghh!!3:)) dia ingt duit 1000 lira tuh mcm duit 100 kira...siap bgi 6 keping tuh. msti dia ingt dia bgi ckup2 600 lira. skali bila aku kira balik. 6000 teruih dia kasi. bapak ar!

"bagi balik la duit tuh. tak elok sbb bukan hak kita,"ttbe brader aziz bersuara stelah lama menyepi. kata2 dia menyedarkan aku. aku termangu. muka berubah sbb berat gak hati nk ksi duit ni.
"abg pnh kena dlu bila silap kasi baki kt org msa kije. teruk gaji kena potong. so, baik bgi balik. kesian kt minah yg cun tuh," (yg aku italic ni men reka je..haha)

muka aku berubah jdi sedih. akhirnya, ats nasihat atiff. aku stuju jgk. patah balik g bank tuh. then aku btau kt pegawai bank tuh yg dia silap kasi duit. minah yg cun tuh terkejut. berkali-kali dia mtk maaf dgn aku ats kesilapan dia kira duit. xpelah, sbb ko cun maka aku maafkan..hahahahaha. duit 6000 lira digantikan dgn 600 lira. aku termenung tgk duit tuh. dahla buruk, koyak sana, koyak sni. aduii,,xpela, lebih baik aku amik duit halal dari duit haram. ktaorg pon terus pulang ke rumah brader aziz utk bersiap. malam itu, kami bertolak ke Hatay dari Dimashq tepat jam 10 malam naik bas Ozhan.

takperlah, kalu kita tak amik hak orang. nescaya Allah akn kurniakan lebih bnyk nikmat diatas kejujuran dgn kesabaran kita. aku cuba utk memujuk diri. lagipun, esk msti kakak aku masukkan duit. aku istighfar sbb ats niat aku yg buruk nti. aku tenangkan hati dan akhirnya tertidur ats bas.

di sempadan Syria

aku dikejutkan apabila tiba di sempadan Syria. dpt jmpa dgn senior2 tahun 2 yg turut ingin ke Turki cuma kami berlainan bas. ttbe konduktor bas mtk 500 lira sorg. aku tya knp? sbb nk kuar dari Syria kena byr 500 lira. alamak, ktaorg jdi pucat. duit xdela plak. hariz n atiff pula bwk traveller cek. tapi, exchanger pulak xde kt situ. duit 5000 lira td dh abih digunakan utk byr return ticklet ke Istanbul dan Dimashq .satu tiket hrganya dalam 4200 lira kot. duit 600 lira pulak telah digunakan utk makan minum kt Dimashq. kira2 duit ada dlm 200 lira je duit aku. kami berempat dh cemas.(maklumlah 1st time kuar dari jordan). dlm kecemasan tuh, teringt kt senior kami. alhamdulillah, dorg sudi bgi pinjam duit. setel mslh kt border Syria. tapi, hati aku x tenang. aku rsa nyesal lak. myb sbb niat buruk ak td terjadinya musibah kt smpadan Syria ni. nsb bek ada senior. Alhamdulillah. aku tak jdi tidur sbb cemas sgt td. lagipon, msa tuh dh dkt dgn sempadan Turki. so, better aku tggu je.

di sempadan Turki

kami turun skali lagi dari bas utk urusan cek cop pasport. hariz ckp sempadan Turki xde mslh sbb mmg warganegara Malaysia buleh masuk free tnpa visa. maka, hati aku tenang skit. smntara tgh beratur ni, tggu turn utk cop pasport. kt depan aku ada 2 org mamat muka mcm org arab bas skali dgn ktaorg. bila aku intai pasport dorg. rupanya org Turki. msa tuh dia beratur ke tepi sikit seolah dia buat barisan baru. aku pon apa lagi, amik pluang utk potong line la..haha.
ttbe je mamat 2 org tuh sdr aku potong dorg(aku je yg potong, 3 org ag kwn aku jdi baik sgt kot..haha). tapi, salah sorg mamat tuh skdr senyum lalu memperkenalkan dirinya pada kami. namanya 'Adil dan kwnnya sorg ag nama Mustapha. 'Adil amat fasih berbahasa arab tapi mustapha ni x brape reti. sbb tuh dia bnyk diam. ttbe je dia jdi mesra dgn kami. kami pun agak happy gak bila dpt knl kwn bru bangsa Turki ni.

kami dilayan dgn begitu baik. bermula dari perkenalan di post guard kt border hinggalah ke atas bas kami rancak berbual. hariz la yg plg bnyk melayani kerenah dia memandangkan penguasaan bahasa arab fushah dia lbh baik dari kami(hua3). smpila aku trtido smula ats bas. aku smpt tgk hariz masih berbual dgn si 'Adil ni. masa tuh dia tgh blaja bahasa Turki kot dgn si 'Adil ni.

di Hatay(negeri sempadan antra Turki dan Syria)

bas kami tiba di Hatay seawal subuh. segala brg perlu dipunggah turun sbb kami transit sebentar utk pertukaran bas yg akan bergerak dari Hatay ke Istanbul. 'Adil bgitu baik dgn kami. diajaknya kami menunaikan solat subuh. kemudian dia meenahan sebuah teksi dan membawa kami berempat serta mustapha ke bndr Antakya utk bersarapan pagi(Antakya adalah sebuah bndr di Hatay). hatiku sedikit lega apabila melihat kelibat Bank HSBC kt bndr trsebut. semasa bersarapan, 'Adil memperknalkan diri. beliau kini sdg menuntut di Universiti Dimashq. maka, tak heranlah dia tuh fasih berbahasa arab. dia ckp yg dia balik Turki kjp je sbb ada kije katanya.

kemudian, dia bercdg ingin membantu kami. dibayarnya sarapan pagi utk kami walaupon ditegah krn kami pon ada duit(padahal smlm pon pnjm duit senior..haha). namun, dia ttp berkeras membayarkan utk kami. kemudian dibawanya kami ke kedai telefon. membelikan kami no. hnset line turkcell. dia ckp, nti sng kwn dia kr Istanbul nk call kami. Alhamdulillah, xsgka 'Adil bgitu bersungguh ingin menolong kami. kemudian dia bwk pula kami ke bank HSBC. sekali lagi kupanjatkan kesyukuran bila duit dh masuk. selesai masalah kewangan yg aku hadapi.

tak lama kemudian, 'Adil bgtau kami bhwa nti bila smpi kt stesen bas Istanbul Asia. akan ada kwn dia dtg utk amik kami. so, dia bgi no kwn yg bernama Mehmed dia tuh spya sng kami kontek nti. dia ckp kwn dia tuh buleh berbahasa arab maka dia aggp kami dpt adapt dgn dorg. kemudian, dia bgi pula no sorg kwn dia yg berbangsa arab jordan bernama Yusuf. Yusuf itu sdg menuntut di Uludag University dlm bidang medic di Bursa. 'Adil pesan spya call yusuf bila smpi di Bursa nnti. smoga yusuf buleh membantu. aku terharu bila dia amat sudi membantu kami. mungkin inilah hikmahnya bila kita bersikap jujur. bukan stkt dpt kwn yg baik, malah sggup membantu memudahkan kami di Istanbul nanti.

Kebaikan yg tidak mampu dibalas

aku pon mls nk cter sume perjalanan aku dari A smpi Z sbb aku rsa aku dh pnh cter dlu. xpon, korg tgk je link ni. cuma, main point aku kt sni adalah mengenai kejujuran. ternyta dgn hnya memulangkan 6000 lira walaupon pada asalnya hatiku berat skali. namun, rezeki kami melimpah ruah slps itu. bermula dgn titik pertemuan dgn 'Adil dan Mustapha. perjalanan kami mmg mudah dan jimat sbb bnyk ditanggung oleh mereka sdgkan kami sudah berkeras tdk mahu mereka membyr. tapi, kedegilan mereka mnyebabkan kami mengalah jua.

Mehmed dan rakannya Anas mmg sudah sedia menunggu kami di Stesen Bas di Istanbul Asia sebaik shja kami tiba pada jam 4 pagi. dibawanya kami ke rumah sewa mereka. kemudian, kami bersarapan di kolej dorg. kemudian, pinjam kereta kolej dorg. dibawanya kami round Istanbul. pergi Masjid Sultanahmet atau dikenali sbg masjid biru, Aya Sofya, Istana Topkapi, Masjid Ayyub, Miniaturk dan akhir sekali Masjid Sulaimaniye. boleh dikatakan, hnya 2 kali shja kami mengeluarkan duit iaitu smsa nk masuk Istana Topkapi dan semasa makan malam. Yang lain, sumenya ditanggung oleh mereka. Ohh! aku begitu terharu dgn kebaikan yg dorg tnjukkan. rupa-rupanya, dorg bgtau yg dorg ada exam esk stelah kami ingin berpisah. bertambah terharu kami krn dorg ttp sudi menolong walaupon esknya ada exm. tapi, dorg ckp exm tuh sng so dont worry. tak kiralah apapon alasan dorg, kebaikan yg dorg tnjukkan amatlah membuat aku terharu.

rezeki aku bertambah murah apabila kembali bertemu dgn 'Adil. dia tak jadi balik Syria krn tersekat di sempadan menyebabkan dia terpaksa ke Istanbul utk berjumpa dgn kedutaan Syria. namun, dalam kesibukan itu. dia masih sudi meluangkan masa membawa kami berjalan. dibawanya kami melawat Istana Dolmabache. skali lagi, duit poketnya yg kluar utk byrn masuk ke istana meskipun sudah ditegah oleh kami. kemudian, dibawanya kami menaiki tren menuju ke Masjid Fatih dan menziarahi makam Sultan Muhammad Al-Fateh. dan akhirnya kami dibawa menuju ke sekolah lamanya utk melawati dan memperkenalkan kpd kami guru-gurunya dahulu. spnjg hari kami berjalan dgnnya, tiada sesen pon duit yg kluar dari poket kami. hnya Allah yg mampu membalas jasa mereka.

kemudian dia memperkenalkan kami dgn sorg sahabatnya bernama Saami, sorg hafiz 30juzuk and I think dis is the most kind person ever met. Saami ajak kami duduk disekolah mereka. asalnya kami keberatan krn lebih selesa duk hotel. tapi, kekerasan dia skali lagi mengalahkan kami. malam itu, dibawanya kami dgn van stelah kami check out dari hotel menuju ke sbuah tmpt di atas bukit. dia blnja kami minum Sahlab. kemudian, aku teringin makan cup corn yg dijual di tepi kedai tersebut. aku order 4 cup corn dgn satu berharga 3 lira kalu x silap aku. semasa nk byr hrga utk cup corn tuh. aku bergaduh dgn Saami krn tak mahu dia byr. tadi pon dia dh blnja kami minum Sahlab. akhirnya, dia menolak aku ke tepi lalu menghulurkan duitnya utk dibyr. Ohh, aku skali lagi ter dan terharu. sggup dia menolak aku krn tdk mahu aku byr cup corn trsebut. malam itu kami tido disekolahnya.

sarapan pagi utk keesokkan harinya disediakan oleh pembantu sekolah tersebut. kemudian kami berhasrat utk ke Pulau Buyukada yg dikatakan indah. dia bwk kami ke sna dgn menaiki vannya. smpi di Jeti Ferry, aku mnyuruh Hariz bergegas beli tiket feri krn tak mahu dia byr smntara dia tgh cari parking utk van. sekali lagi kejadian yg mengejutkan berlaku, ketika hariz hmpir membyr harga tiket utk feri tersebut. dh nk hulur duit dah. ttbe je, nth dari mna Saami muncul nth dari dan terus menolak hariz sehingga abg tuh hampir rebah disbbkan kuatnya ditolak oleh Saami. lantas Saami menghulurkan wangnya utk membyr hrga feri trsebut. aku skali lagi tergamam dan terharu. tidak kusangka Allah menemukan aku dgn manusia yg teramatlah baik sehingga tidak kisah lgsg menghulurkan bantuan.

DAN ini adalah kisah yg plg mngharukan kami. ketika hari terakhir di Istanbul. kami ingin bertolak menuju ke Bursa pulak. stelah menaiki Metro Tren yg skali ag dibyr oleh Saami menuju ke Otogar utk membeli tiket bas ke Bursa. kali ni, kami mtk spya Saami ush membayar krn sudah 2 hari duit kami x kluar walaupon satu sen krn sumenya ditanggung oleh Saami. rsa segan menebal dlm hati. Saami akur. kami menuju ke sbuah syarikat dan Saami menanyakan harga tiket kpd penjual dlm bahas Turki yg kami mg x faham. Saami ckp harganya 80 lira utk 4 org. Kami Ok je tp ttbe Saami ajak kita tgk syrkt bas lain. kami singgah di syarikat bas Metro. skali lagi Saami mnjadi org tengah. kemudian dia kata harga tiket bas utk 4 org hnyalah 70 lira. sudah tntu kami berstuju utk membeli krn lagi murah dari syrkt sblm ini. lalu rakan2 menghulurkan wang sehingga cukup 70 lira kpd aku. lalu aku menghulurkannya kpd Saami utk dia membeli tiket tersebut. mata aku melihat tangannya yg mengmbil duit itu. ttbe dia mengeluarkan sekeping not 10 lira scra snyp2 lalu dicampur dgn wang kami sbnyk 70 lira td. skali lagi aku terkejut. Saami menghulurkan sejumlah wang 80 lira kpd penjual tiket. aku menceritakan apa yg aku lihat kpd rozaili, hariz dan atiff. skali lagi tindakan Saami membuatkan kami terharu. sggup membohongi kami hnya krn keinginan beliau yg teramat tinggi utk membantu. Ya Allah, smoga kau memberkati hidup sorg sahabat kami yg bernama Saami ini.

sebelum meninggalkan beliau, aku berasa sayu sgt. hmpir menitis air mata aku mengenangkan kebaikan Saami dan rakan2 kami yg lain. tak sangka, hati lelaki aku ni lembut jua krn bgitu terharu dgn kebaikan Saami. hnya krn kami saudara semuslim. maka, kami dilayan begitu baik dan aku merasakan tiada cacat cela dlm layanan yg diberikan terutama oleh Saami.

Hikmahnya..

so, kalian nmpk nikmat sbuah kejujuran. tidak dinafikan jujur adalah antra sifat yg memerlukan pengorbanan. mengorbankan nafsu sndiri demi keredhaan Ilahi. hasilnya, Allah terus tnjukkan kpd kami dgn rezeki yg melimpah ruah selepas itu. dan yg paling manis apabila terjalinnya sebuah ukhwah yg utuh atas dasar iman dan islam. Alhamdulillah, travel ke Turki mmg scra tidak langsung mematangkan diri aku. malah, antra nikmat yg aku tak sedari Allah kurniakan pabila disuntik di hati aku rsa sayang dan minat utk mengetahui dan mengkaji sejarah Islam dahulu kala seperti kerajaan Turki Uthmaniyyah. andai kata, aku tidak memulangkan 6000 lira itu. sudah pasti pintu hatiku masih tertutp utk meminati sejarah islam dan mungkin journey aku ke Turki adalh utk keseronokkan semata-mata tapi tiada penghayatan. maka, ia adalah satu perkara yang sia-sia.

hnya sedikit kejujuran, maka Allah balas dgn nikmat yg berlipat kali gnda. sesungguhnya Allah itu hebat dan agung.


sedikit kisah di Mekah

haha..ada sikit ag cter yg aku nk kongsi. tahun lepas aku g Umrah. Masa kt mekah, xsilap aku msa tuh bru selesai solat isyak. ttbe hariz berlari mendapatkan aku. dia ckp, dia ada jmpa pengetua sekolah Saami dlu. aku terkejut lalu berlari ikut hariz, ternyta mmg aku masih mengenali pengetua itu. kami bersalam dan bertnyakan khbr. ukhwah yg kami bina di Turki masih utuh dan Allah pertemukan kami di masjidnya yg suci. aku bertnyakan mengenai Saami. namun kami kesedihan apabila pengetua itu memberitahu bhwa Saami akan smpi di madinah keesokkan harinya. Saami akan tinggal di madinah selama 4 hari sblm turun ke mekah sdgkan kami akan bertolak pulang ke Irbid 2 hari kemudian. kami menyampaikan salam Saami dan brhrp ukhwah yg dibina ini akan kekal sehinggalah smpi Syurga. InsyaAllah

lihat?ukhwah yg dibina atas dasar iman dan islam. akhirnya Allah pertemukan smula kami di Mekah. meskipun tidak smpt bertemu Saami. namun, dia ttp sahabat aku dunia dan akhirat.

insyaAllah..next destination, Spain..meningkap sejarah Islam di Andalusia..smoga dipermudahkan oleh Ilahi. InsyaAllah

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez