Wednesday 28 January 2009

Having A Vacation

Posted by Aragorn at 10:05:00 pm 2 comments
Assalamualaikum kpd semua....

1. Aku akan melancong ke Turki, Greece dan Macedonia mulai malam ni. 28 Januari 2009.

2. so, xdelas sebarang post dari aku utk 2 minggu ni.

3. InsyaAllah akan pulang semula 15 Februari 2009 kalau tiada aral melintang.

4. InsyaAllah, post yg akan datang. Aku akan ceritakan pengalaman aku selama 2 minggu ke 3 negara ini.

5. Doakan keselamatan aku pergi dan balik.

Wassalam...    :)

Monday 26 January 2009

Bukti-bukti kekalahan Israel di Ghazza...

Posted by Aragorn at 4:30:00 pm 0 comments

Sunday 25 January 2009

Al-Urdun Awwal....

Posted by Aragorn at 1:03:00 pm 4 comments


Hari ni aku aku ada kerja pntg yg kena dilakukan. Seawal jam 9 pagi telah bergerak ke sebuah balai polis di Baghdad Street sbb nk buat tahdid sakan. Iqamah punya pasal. Maka, dengan smgt yg berkobar-kobar. Bergeraklah aku bersama-sama rakan2 menuju ke sana demi iqamah yg pntg utk aku tidak diiktirafkan sbg pndtg haram ke sini. Sbnrnya, sudah berbulan-bulan aku menetap di sini atas nama pndtg haram sbb aku tiada pengesahan yg sah utk aku menetap di sini. 

Setiap hari yg kita melebihi dari tarikh visa akan menyebabkan kita didenda JD 1.50. Satu angka yg mmg besar. So, anda boleh bayangkan brp denda yg kami perlu bayar jika sudah berbulan-bulan di sini?? Namun, atas rayuan dan membuat beberapa prosedur. Akhirnya kami terlepas dari denda tersebut. Hari ni, kami menyelesaikan bbrapa kerja sblm bergerak ke Balai Polis utama di Irbid utk menyelesaikan iqamah kami. Setelah menyerahkan borang dan sedang dgn penuh kesabaran. Pihak polis memanggil kami dan memberitahu supaya memperbaharui ujian darah sbb ujian darah kami telah lama tarikhnya dan perlu diperbaharui. 

Sabar je la. Dah la kena bayar JD 20 ag utk chek darah yg baru. Namun, smgt nk dpt iqamah yg tggi menyebabkan kami sanggup juga berjalan menuju ke sebuah klinik kerajaan. Aku pergi bank dlu sbb duit tak cukup. Kemudian, sampai sahaja di klinik. Tetiba, kwn2 aku yg lain semuanya keluar. Mereka memberitahu bhwa doktor tuh dh abih tempoh waktu kerja dan pelu balik. So, dia suruh dtg esk utk amik darah. Aku tetiba je jadi baran. Aku tak puas hati lantas cuba menelefon senior aku. Senior aku memberitahu bhwa office hour dorg spatutnya sampai pukul 3 ptg. Tapi waktu tuh jam baru pukul 12.30. Aku tak puas hati lantas mengajak rakanku supaya memujuk dan bercakap dgn doktor tersebut. Namun mereka berkeras bhwa office hour dorg dh abih.
 
Aku tak puas hati. Lalu dgn beraninya kami merujuk kpd mudir klinik tersebut. Mudir itu sndiri sudah memberi kebenaran utk kami membuat ujian darah pada waktu itu juga. Lantas kami berjumpa semula dgn doktor tersebut. Namun dia masih berkeras walau sudah berkali-kali aku bgtau bhwa mudir telah memberi kbnrn. Doktor tersebut tdk berpuas hati lantas berjumpa dgn mudir. Aku pon xtau apa yg dibincangkan oleh mereka. Akhirnya doktor tersebut menghalau kami keluar dan meminta kami supaya dtg pada esk harinya. Muka aku merah padam. Menahan kemarahan. Namun, aku hanya berdiam diri shja. Sebuah teksi ditahan lalu kami pulang ke rumah.

 Kawan-kawan, inilah satu slogan yang dibangga-banggakan oleh mereka. Al-Urdun Awwal. Jordan First. Kiranya dorg bajek dorg ni majula dan sntiasa ke hadapan. Padahal bab2 macam ni pon payah nk setel. Dah la, dsr sebuah negara yg pro-Amerika. Sepatutnya kerja-kerja macam ni perlulah cakap macam Amerika. Walaupun US jelas sebuah negara yg zalim. But, aku rsa kerja-kerja macam ni mmg senang je nk setel. Tak perlu melihat lebih jauh. Amik negara kita je. Malaysia.. At least, dorg begitu menjaga customer service beliau. Dahla doktor tuh kuar kerja sblm masa office hour. Bengang tol aku. Macam mana la nk turki nanti. Tak sanggup aku kena byr denda ag. Apapun, rakan2 berbanggalah kerana anda berada di Jordan. Jordan First. Al-Urdun Awwal....

AArrrgggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday 24 January 2009

GHAZZA....

Posted by Aragorn at 12:40:00 pm 4 comments


Alhamdulillah...hari ni tamat sudah paper exam yg payah. Walaupun, paper Bahas Arab Ajnabi dan English 111 masih menanti. Sekurang-kurangnya aku mampu menarik sedikit nafas kelegaan. Alhamdulillah, namun paper yg bakal datang ni. Aku takkan lupa dan akan cuba yang terbaik juga.

Maaflah, post sblm ni kosong sahaja. Aku tersilap tekan butang enter. Namun, sedikit aku ingin ulas mengenai tajuk aku di atas. GHAZZA. Biasa di Malaysia dlu, aku sekadar menyebut Gaza tanpa mengetahui ejaan sbnrnya. Kat bumi Anbia ni lah baru aku mengetahui ejaan sbnrnya iaitu ghazza. Tak silap aku, masuk hari ni. Sudah 4 hari ISrael menghentikan serangannya ke atas semenanjung Ghazza. Serangan yg bagi aku teramat kejam dan Israel secara terang-terangan telah melakukan satu jenayah besar terhadap dunia. Namun, apakah yang mampu dibuat sedunia krn negara haram tersebut begitu manja dan naik kepala krn sentiasa di sokong oleh sekutu rapat mereka, US.

Tetapi, satu benda yang menjadi tanda tanya aku ialah apakah peranan negara-negara arab disekeliling terutamanya negara Jordan ini. Tempat dimana aku dihantar utk menuntut ilmu. Seolah-olah negara-negara arab ni terutamanya Jordan tidak mahu mengambil endah terhadap apa yg berlaku terhadap jiran mereka. 

Sehari selepas serangan pertama Israel ke atas Ghazza. Penduduk di Jamiah Street iaitu tmpt tinggal aku terus berdemonstrasi menyatakan bantahan mereka terhadap serangan Israel yg kejam itu. Aku ternyata bangga dengan semangat bangsa arab yang berkobar-kobar melaungkan amarah mereka. Pelajar-pelajar arab terutamanya yg berasal dari Palestin di universiti aku turut mengadakan demonstrasi bantahan mereka. Namun, aku tidak sempat utk menyertai krn ketika itu aku berada dalam kelas.

Setelah menyelidik beberapa maklumat dalam internet, aku teramat kecewa apabila mengetahui bahawa The Hashemite Kingdom Of Jordan ini yg konon2nya mengaku bahawa keturunan raja mereka adalah keturunan Nabi Muhammad(pbuh) merupakan pro-Amerika. Malah menurut maklumat yg aku dengar. Jordan telah memperolehi lebih kurang 5 Billion USD setiap tahun hasil perjanjian meraka dgn US. Jelas satu tamparan yg hebat utk aku krn selama ini aku menganggap negara2 arab ni bagus2 n baik blaka(siott jerk). Malah, negara arab Mesir n Jordan turut mempunyai sebuah kedutaan Israel di negara mereka. Menunjukkan betapa mereka mengiktiraf kedudukan Israel sbg sebuah negara. Betapa celakanya negara2 arab ni. Arab Saudi juga merupakan salah sebuah negara pro-Amerika. Sebab itulah negara2 ini seolah-olah seperti tiada tindakan yang diambil utk umat Islam di Ghazza. 

Betapa kepedihan yg dialami oleh penduduk2 Ghazza teramatlah aku rasai. Setiap kali solat fardhu, imam Masjid Jamiah Yarmouk akan sentiasa membacakan doa qunut nazilah dan setiap kali itulah kedengaran tangisan2 mereka yang memang menghibakan. Aku juga sempat bertanyakan seorang rakanku dari Palestin yg menangis ketika doa itu dibacakan. Aku turut tidak mampu menahan hiba apabila mendengar ceritanya yang kehilangan ayah akibat serangan rejim Zionist laknatullah.

Kejam, kejam, kejam dan kejam. Hanya itu yang mampu kuucapkan selain doa setiap masa.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah akan memberikan balasan kepada Zionist dan sekutunya. 

TAKBIRR!!!!!!! Allahuakbar


Friday 23 January 2009

what's next...

Posted by Aragorn at 12:59:00 am 0 comments
what next??

ntah la..aku pom xtau...

ni tah blog ke brp aku wat..dlu aku guna laman web www.freewebs.com utk wat blog aku...

last2,,sejak dua menjak ni...komputer aku xleh nk detect laman web tersebut sbb di halang oleh antivirus aku...buleh je nk bukak but kna close something options dlm antivirus tersebut la..

last2nya,,tanpa ingin menyusahkan keadaan..maka, terbentuklah blog ni...

akhirnya, aku guna blogspot gak utk memudahkan kerja...adei!!!

okla, tak de pape pom utk 1st post ni..lebih kpd nk perkenalkan diri tuan empunya blog ni..

semoga menjadi inspirasi utk anda semua...

InsyaAllah...
 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez