Friday 9 July 2010

Syahidkah Mereka?

Posted by Aragorn at 10:49:00 pm
Assalamualaikum...sebelum sy memulakan bicara mengenai tajuk kali ini. Ada eloknya kita buat sedikit pencerahan.

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)

Itulah nafsu yang begitu hebat andai ia menyerang kita. Mari kita tgk kata2 ke-2 plak drpd Imam As-Syafie.
"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)

Sebab itu kita diberitakan dan diingatkan Allah dalam kitab suci Al-Quran, "Sampaikanlah khabar gembira buat mereka yang bersabar."

Subhanallah, betapa besarnya peranan sabar. Ternyata aku masih tergolong dalam golongan hamba-Nya yg tidak bersabar. Kejadian yang berlaku baru-baru ini benar-benar menyebabkan aku terpukul. Betapa aku ini masih lemah, teramat-amat lemah dalam menghadapi ujian Ilahi. Baru sedikit nikmat yg Allah limpahkan, tapi aku sudah lupa bhwa segalanya milik yang Khaliq. Tiadanya sifat sabar dalam diri ini. Astaghfirullah~ Ampunilah dosa aku Ya Allah.

Semoga Engkau membantu diri ini dalam membentuk sifat sabar yang kukuh. Semoga terselamat aku drpd serangan nafsu dan godaan Syaitan. Aminn.


OK!!!!!!!



Berbalik kpd tajuk post aku kali ini. Syahidkah mereka??? Satu persoalan yang sengaja aku timbulkan utk kalian sama2 kita berfikir.

Semalam aku ditemukan dengan sebuah blog yang bernas. Klik di sini.
Beberapa post drpd blog tersebut yang membicarakan mengenai sejarah Kerajaan Islam Melaka.

Yea, aku teringat kembali sejarah silam negara kita. Tanah melayu yang mana ketika itu dibawah pemerintahan kerajaan yang hebat dan agung iaitu Kerajaan Islam Melaka. Ingin sekali aku katakan disini. Aku lebih selesa menggunakan Kerajaan Islam Melaka drpd Kerajaan Melayu Melaka. Istilah Islam yang lebih universal dan lebih hebat drpd istilah Melayu yang nampak jumud. Maka, sewajarnya kita juga perlu menggunakan Kerajaan Islam Melaka brbanding kerajaan melayu melaka.

Pada ketika itu, barat menggelar Melaka sbg "Venice Of The East" sekaligus menggambarkan keagungan kerajaan Melaka ketika itu. Selat Melaka pula merupakan laluan utama yang menghubungkan antara barat dan timur sekaligus menjadikan Pelabuhan Kota Melaka antara sebuah pelabuhan yang tersibuk didunia. Bahkan pada zaman itu, ianya diakui ramai bhwa Kota Melaka merupakan antara kota termakmur dirantau ini.

Lalu apabila kita memasuki sekolah menengah. Kita dimomokkan dengan cerita mengenai kekalahan tentera melaka ditangan Portugis disebabkan kelengkapan senjata tentera Portugis ketika itu yang nyata lebih maju berbanding tentera melaka. Benarkah dakwaan itu?
Kita juga turut dimomokkan dengan antara penyelewangan yang dilakukan oleh Si Kitol yang membongkar rahsia pertahanan Kota Melaka yang akhirnya membawa kpd kejatuhan Kerajaan Islam Melaka ketika itu. Benarkah dengan hanya Si Kitol seorang maka seluruh rahsia pertahanan Kota Melaka akhirnya bocor dan Portugis berjaya mengalahkan tentera melaka ketika itu?

Dan paling penting benarkah kelengkapan senjata tentera melaka ketika itu begitu kuno berbanding tentera portugis?
Tidak terfikirkah kita bahawa Selat Melaka yang sibuk itu berada dibawah kawalan tentera melaka. Maka, adakah logik dengan kelengkapan yang kuno itu membolehkan tentera melaka mengawal Selat Melaka dengan baik? Menahan serangan2 drpd kuasa2 luar yang cuba mengaut kekayaan dgn menguasai Selat Melaka, maka wajarkah dgn kelengkapan pertahanan yg kuno mampu utk tentera melaka menjga keamanan disepanjang Selat Melaka?
Bukankah Kerajaan Islam Melaka sudah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa besar lain seperti cina?
Bukankah Kota Melaka setiap hari menerima para pedagang dan pengunjung daripada pelbagai benua?
Apakah umat Islam melayu ketika itu tidak mengerti keperluan pertahanan utk menjaga sebuah kota yang makmur dan menjadi nadi perdagangan nusantara dan dunia?
Maka, wajarkah sebuah kerajaan yang besar dan hebat ini begitu daif dan mundur??

Catatan ketua tentera Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut setelah Kota Melaka ditawan. Portugis telah merampas 3000 pucuk meriam milik tentera melaka. Nah!! Apakah ini? Takde pon ditulis dlm buku teks sejarah?Kalau ada pon pasti perkara tersebut hnya diceritakan scra 'surface' shja.

Inilah idea yang diketangahkan dalam blog tersebut. Menarik sekali! Jikalau perkara ini benar, maka kenapa perlu disembunyikan? Kenapa teks sejarah kita terus dimomokkan dengan kemunduran kelengkapan senjata tentera melaka ketika itu antra penyebab penawanan Kota Melaka oleh Portugis??

Ok,,kali ini sy hendak membawa satu persoalan lain yang telah muncul dalam benak saya untuk sama2 kita fikirkan.

Semangat nasionalisme dan patrotisme hanya muncul dalam abad ke-20. Ketika itu, kebanyakkan negara didunia ini dibawah penjajahan barat seperti Britain, Perancis dan lain2 lagi. Akhirnya, muncullah semangat patriotisme utk membebaskan negara drpd cengkaman penjajahan barat yang akhirnya membawa kepada kemerdakaan negara pd 31 Ogos 1957.

Bagaimana pula dengan zaman Kerajaan Islam Melaka? Sudah wujudkah semangat patriotisme dan nasionalisme ini? Jikalau tidak ada maka atas dasar apakah tentera melaka bermati-matian mempertahankan Kota Melaka ketika itu??

Mungkin ada yang berpendapat bahawa mereka berperang atas dasar mempertahankan kerajaan mereka. YE! Saya bersetuju! Tapi, sy lebih setuju dan berani mengatakan bahawa tentera melaka itu berperang atas dasar islam. Jihad mempertahankan kerajaan melaka. Dan bukankah kerajaan melaka ketika itu merupakan kerajaan islam?? Maka, jikalau mereka berperang utk mempertahankan kerajaan mereka sudah tentu scra tidak langsung mereka ingin mempertahankan kerajaan ISLAM daripada ditawan oleh penjajah barat. Bukankah itu sudah dikira jihad? Sudah pasti yang benar2 ikhlas akan syahid dalam pertempuran tersebut?

Jikalau benar apa yg saya fikirkan ini. Kenapa semangat jihad ini tidak diserap dalam silibus sejarah kita? Apakah kita tidak mengiktiraf mereka sebagai mujahid islam? Dimanakah makam tentera islam melaka yang syahid ketika itu? Dan yang paling penting, syahidkah mereka??

Secara peribadinya, saya sndiri kurang berpuas hati dengan silibus sejarah disekolah pada masa kini yang banyak menyembunyikan hakikat sebenar yang berlaku. Akhirnya anak2 bangsa masa kini diserapkan dengan pemikiran patriotisme terhadap bangsa. Alangkah bak dan bagusnya jikalau kita patriotik terhadap Islam. Bukankah itu yang sebaiknya?

Seperti post sy sebelum ini mengenai fitnah terhadap Muawiyah dan Yazid yg akhirnya fitnah itu diserapkan dalam silibus teks sejarah sekolah kita. Begitu juga dengan kes kali ini. Percayalah, jikalau anda meneliti semula teks sejarah peringkat sekolah menengah. Sudah pasti tiada istilah jihad yang diberikan kpd tentera melaka yang telah berjuang mempertahankan kerajan mereka ketika itu. Oh,,satu sesalan yang aku rasakan.

Apapon, ini hanyalah sekadar satu persoalan yang lahir drpd benakku dan tujuanku menulis ini hnya utk mengajak kalian sama2 fikirkan. Dan ini juga merupakan pendapat aku tnpa sebarang kajian maka berhak utk kalian tidak menyetujui aku.

Anyway, sebelum mengakhiri post kali ini mari kita sama2 dgrkan sebuah lagu. Khas utk org seperti aku yang terpaksa beraya kt bumi Jordan dan xleh balik Malaysia tahun ni. Ditambah dengan kejadian yang memilukan berlaku baru2 ini disebabkan kesalahan diri sndiri. Maka, lagu ini lah yang mampu menghadirkan semula smngt aku. Sedih~

7 comments on "Syahidkah Mereka?"

Miss X on 2 August 2010 at 20:42 said...

Patriotism doesn't have to blind our eyes from the real sight, so wrong is wrong regardless of who made it - Malcolm X

Mn Salam on 3 August 2010 at 01:34 said...

Salam..

Yolo doh abe Di kito tuh. Hakikatnya semacam kearah itulah. Persoalannya untuk apa maklumat2 trsebut di'invi'kan? Saja2 kah? emm..

Aragorn on 3 August 2010 at 05:53 said...

yak!
s/u kmkj nk maen angin ngn kawe..haha
aishh,,kawe pon xtau la bkpo
kalu btol la sek2 dio duk invi maklumat ni
mmg xpatut la kawe sero.

w on 29 August 2010 at 00:27 said...

ngeteh komen sikit...hahaha

Fenomena Zaman on 18 December 2010 at 13:39 said...

Perang antara Melaka dan Portugis adalah perang salib yang pertama di Asia Tenggara dan Tanah Melayu.

Mereka datang dengan niat untuk sebarkan kristian dan melancarkan perang salib setelah perang di Jerusalem.

Anonymous said...

fuck melaka. mahmud deserved it!

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez