Wednesday 30 June 2010

Mangsa Fitnah

Posted by Aragorn at 7:16:00 pm
[First Post after 3 month]

Alhamdulillah, sungguh lama rasanya aku menyepi drpd persada penulisan blog ni. Kemungkinan mood aku utk menulis yg semakin berkurang menyebabkan dah tiada cerita baru yg dpt aku kongsikan.

Alhamdulillah, beberapa hari yg lepas aku sudah selesai menunaikan tugas sbg tourist guide kepada abg ipar aku dan rakan-rakan ke 3 buah negara iaitu Turki, Syria dan Jordan. Letih tuh mmg la letih, tapi happy jugak sbb dapat berbakti kpd abg sndri :)

Aku berada selama 3 hari 2 malam di Syria. Pusing-pusing bandar Dimashq yang merupakan bandar ke-2 tertua didunia. Menziarahi Masjid Umawi yang menjadi lambang keagungan Kerajaan Bani Umayyah juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan tersebut.

Melihat keunikan budaya dan keramahan warga arab Syria. Arab Syria mmg terkenal dengan keramahan mereka dan kecantikan berbanding bangsa arab di negara-negara lain.

Hari pertama di Dimashq aku begitu teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke Masjid Umawi. hasrat yang terpendam sejak sekian lama akhirnya Allah izinkan jua. Alhamdulillah, kemudian aku bergerak menziarahi Makam Nabi Yahya A.S yg terletak didalam dan tengah-tengah Masjid Umawi. Kemudian aku bergerak menuju ke belakang Masjid Umawi utk menziarahi Makam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang sudah pasti kalian kenali. Tidak perlu diceritakan disini. Hari itu juga aku berkesempatan ke Makam Abu Hurairah R.A, dan Makam Abi Darda' R.A.
MASJID UMAWI DI TENGAH BANDAR DIMASHQ, SYRIA

Hari kedua, aku bergerak menuju ke bandar Homs yg terletak kira-kira 2jam perjalanan daripada bandar Dimashq semata-mata ingin menziarahi makam Saifullah Khalid Al-Walid. Kehebatan panglima tentera ini juga aku pasti bhwa kalian sudah makruf.

Setelah itu, kami segera pulang ke bandar Dimashq dan aku dijanjikan oleh Basil, pelajar melayu di Syria yang bnyk membantu trip kami utk menziarahi makam sahabat Muawiyah Bin Abi Sufyan, pengasas Kerajaan Bani Umayyah di Dimashq nanti.

Perjalanan yang memakan masa 2jam drpd Homs ke Dimashq aku gunakan utk tidur bagi menghilang keletihan. Masa terus bergerak dan ketika aku sedar, aku lihat van yg membawa kami sudah sampai di bndr Dimashq namun tersekat dalam kesesakan jalan raya. Aku kembali tidur. :D

"Ok, kita hampir sampai. Lepas ini kita akan menziarahi beberapa makam ahli-bayt, Bilal bin Rabah, Muawiyah Bin Abi Sufyan dan lain-lain," suara Basil memberi penerangan menyebabkan aku kembali terjaga daripada tidur. Sejenak aku melihat ke tepi tingkap dan perkataan pertama yg aku terbaca memberi kejutan kpd aku sehinggalah menghilangkan rasa mamai. Aku cuba membaca tulisan di sign board dengan teliti. Mana tahu aku tersilap baca td sbb mamai sgt. Ternyata apa yg aku bacakan mmg benar.

"MAKAM SYUHADA KARBALA'

Aku mulai rasa hairan. Karbala tuh kt Iraq nuh(kalu tak silap aku la). Tapi mcm mne makam dorg buleh sampai ke Syria??Dan yang paling menghairankan aku. Adakah mereka yang mati di Karbala dahulu dikira sebagai syuhada?? Andai ada sesiapa yang mampu menjwb persoalan ini. Amatlah aku alu-alukan.

Aku teringat buku sejarah STPM yang pernah aku baca dahulu. Ketika itu pengetahuan aku mengenai sejarah amatlah cetek. Buku sejarah STPM itu khusus menceritakan mengenai sejarah bangun dan jatuhnya Kerajaan Bani Umayyah. Masa aku baca buku tersebut. Aku mula rasa tak kena apabila mereka banyak menceritakan keburukan sahabat nabi Muawiyah Bin Abi Sufyan. Dikatakan Muawiyah Bin Abi Sufyan mencela Saidina Ali Bin Abi Talib ats mimbar setiap kali khutbah jumaat. Jahat sangatkah Muawiyah ini??

Cerita mengenai kezaliman Yazid Bin Muawiyah lagi hebat diperkatakan dalam buku tersebut. Dan sejarah mengenai peperangan Karbala berlaku pada zaman beliau. Berdasarkan pengetahuan aku yang cetek ini, perlantikan Yazid sbg khalifah oleh Muawiyah telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuklah cucu Rasulullah SAW, Saidina Hussin A.S. Oleh itu berlaku pelbagai pemberontakkan dan salah satunya pemberontakan di Karbala. Yazid Bin Muawiyah telah menghantar tentera ke Karbala utk menenangkan pasukan pemberontak dan mengarahkan penglima tenteranya agar membawa Saidina Hussin A.S menghadap beliau utk diajak berbincang. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila Saidina Hussin telah dibunuh.

Dalam buku sejarah STPM itu, pembunuhan Saidina Hussin dikatakan berpunca daripada Yazid menjadikan beliau dianggap sbg seorang khilafah yang zalim. Tergamak membunuh cucu Nabi SAW. Benarkah cerita ini?? Aku sendiri sebenarnya ragu dan apa yang aku baca ketika itu. Namun, disebabkan aku yg cetek ilmu ketika itu hnya mampu menerima bulat2 cerita tersebut. Sekarang, buku itu digunakan oleh pelajar-pelajar yg mengambil STPM dan akhirnya doktrin keburukan khilafah-khilafah islam terdahulu tersemat diminda pemuda-pemuda kita ditanah air.

Aku tidak berpuas hati lalu aku menanyakan Basil mengenai makam syuhada Karbala ini.
"Ntahla, aku rasa macam mengarut je. Ada ke patut sahabat nabi sekejam mcm tuh." jwpn Basil yang simple menyejukkan hati. Tapi, aku masih tidak berpuas hati. Alhamdulillah, beberapa artikel daripada Dr. Asri bnyk menceritakan kisah sebenar, Klik di sini.

Setelah itu, kami menziarahi makam yang dikatakan makam ahli bayt iaitu Saidatina Ummu Kalsom dan Saidatina Ummu Sakinah. Sudah pasti tempat ini dipenuhi dengan golongan Syiah. Pada asalnya aku malas nk masuk sbb aku rsa tuh bukannya makam ahli-bayt. Basil pn cakap kesahihan tmpt tersebut tidak dapat dipastikan. Tapi, sebab bile sume tetamu yg aku bwk nk masuk. Maka, aku pn turut masuk melihat makam tersebut. Dengan bau yg kurang menyenangkan. Aku melihat penganut Syiah menangis dan meratap kesedihan ditepi makam-makam itu. Menyanyikan lagu kesedihan mereka sambil menampar pipi mereka dan menepuk-nepuk dada mereka sekuat hati sehingga meninggalkan kesan merah didada dan melukakan sedikit pipi mereka yang begitu kuat ditampar dengan tangan sendiri.
MAKAM YANG DIKATAKAN SAIDATINA UMMU KALSOM

Arghhh!!! Rasa menyampah dan benci apabila melihat ketaksuban perlakuan mereka. Setelah selesai menyanyi, masing2 mengambil batu sujud mereka utk bersolat dan mereka akan bersujud diatas batu itu. Batu yg dikatakan berasal daripada Karbala. Aku rasa mcm tanah liat tepi2 jalan je kot.haha
BATU DARIPADA KARBALA YANG DIGUNAKAN OLEH SYIAH UTK BERSUJUD

Perlakukan Syiah mmg aku benci. Orang yang mengikut ajaran Syiah lagilah aku benci. Memburuk-burukkan sahabat nabi dan terlalu mengagungkan Saidina Ali dan Ahlul Bayt Rasulullah SAW. Mengikut sejarah, golongan Syiah ini jelas kesesatannya dan merupakan penipu terbesar didunia. Aku taknak duk lama2 dalam makam tersebut. Lagipun aku semakin menyampah dengan perlakuan mereka. Hati aku pn ketika itu dh semakin teruja utk menziarahi makam Muawiyah Bin Abi Sufyan dan khalifah-khalifah Kerajaan Umayyah yang lain.

Setelah selesai menziarahi makam Bilal Bin Rabah. Kami dibawa oleh Basil menuju ke makam Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan Khalifah Al-walid Bin Abdul Malik.

"Hadi, ni makam khalifah Abdul Malik dan Al-walid."kata Basil.
MAKAM KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN DAN AL-WALID BIN ABD MALIK

Aik...aku sekali lagi terkejut. Macam ni je?? Sungguh aku hairan. Begitu dhaif dan buruk sekali makam mereka. Dahla pintu masuk berkunci. Aku hnya mampu mengintai menerusi tingkap je makam tersebut. Ternyata begitu jauh berbeza jika dibandingkan dengan makam yang dikatakan ahlul bayt sebelum ini.

"Apsal biasa je?"aku bertanya pada Basil. Beliau hanya mencebikkan bibir. Ohh, aku begitu hampa. Teringat aku pada jasa Khalifah Abdul Malik b. Marwan yang berjya meluaskan dakwah islam sehingga ke Afrika Utara dan melantik Musa Bin Nusair yang menjadi gabenor disana. Beliau jugalah yang memberi keizinan kpd Musa b Nusair utk meluaskan dakwah islam ke bumi Andalusia. Sehingga akhirnya terbentuk sebuah kerajaan islam yang agung disana. Jasa Khalifah Al-walid juga tidak kurang hebatnya dalam perluasan dakwah dan empayar Kerajaan Bani Umayyah. Namun, makam mereka kini seolah-olah menunjukkan bhwa jasa-jasa mereka sudah semakin dilupai. Aku hampa.
MAKAM SAHABAT MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN, PENGASAS KERAJAAN BANI UMAYYAH

Kemudian, aku segera bergerak menuju ke Makam Muawiyah Bin Abi Sufyan dalam hati yang penuh kesedihan dan kehampaan. Setalah berjalan beberapa meter. Sekali lagi aku dikejutkan apabila melihat Makam Muawiyah, pengasas Kerajaan Bani Umayyah. Dhaif dan mengecewakan. Seolah-olah tiada orang yg menguruskan perkuburan mereka. Dahla berkunci, sekali lagi aku hnya mampu melihat menerusi tingkap. Tidak jauh bezanya dgn 2 makam khilafah sebelum ini. Kelihatan botol-botol kaca yg pecah dan batu-batu yg pecah ditepi kubur mereka begitu juga dgn kubur dua khalifah sebelum ini.

Aku tergamam dalam kesedihan. Apakah jasa mereka sudah dilupakan?? Terutamanya makam Muawiyah Bin Abi Sufyan yang merupakan salah seorang sahabat nabi?? Aku berlalu dengan rasa penuh kesedihan. Meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Basil cakap sebelum ini makam tersebut terbuka. Namun, makam Muawiyah dan khalifah Abdul Malik dan Al-walid sering menjadi sasaran golongan syiah yang membenci pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah.

Makam mereka sering diludah dan dibaling dgn botol kaca dan batu-batu yg besar utk menggambarkan btpa bencinya mereka kepada Muawiyah dan dua lagi khalifah itu. Sebab itu masih terdapat sisa-sisa kaca yang pecah dan batu-batu yg berserakan ditepi makam mereka. Semuanya angkara golongan syiah yang begitu taksub dan sesat. Akhirnya, telah dibina binaan berbentuk rumah bagi melindungi makam mereka daripada terus menjadi sasaran golongan Syiah tersebut. Sebab itulah makam mereka nmpk begitu dhaif dan buruk tidak seperti makam yang dikatakan makam ahlul bayt yg begitu cantik dan dijaga rapi.

Ohh,,cerita Basil menambahkan lagi kebencian aku kpd golongan Syiah. Golongan penipu besar!!
Malam itu, aku mengadakan sedikit perbincangan dengan housmate Basil iaitu Faiz mengenai sejarah islam. Basil cakap Faiz ni mmg terer bab2 sejarah. Mengikut kata Faiz, memang Syiah kuat menipu. Suka memutarbelitkan sejarah demi kepentingan peribadi. Kalau dikaji sejarah pon, peranan Syiah dalam melaga-lagakan antara umat Islam mmg banyak sehinggakan pernah terjadi peperangan antra Sultan Nuruddin Mahmud Az-Zanky dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi akibat salah faham. Salah faham dan fitnah yg direka oleh golongan Syiah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Salahuddin yang menjatuhkan Kerajaan Syiah Fatimiyyah yang mana kerajaan tersebut ketika itu sudah lemah dan pemerintahnya pula zalim dan tidak adil.

Menurut Faiz juga, tidak dinafikan bhwa Yazid Bin Muawiyah adalah seorang pemerintah yang tegas dan keras terhadap golongan SYIAH. Sekali lagi sy nk highlight di sini. TEGAS DAN KERAS terhadap golongan SYIAH. Tidak seperti yg dinyatakan dalam buku sejarah STPM dahulu yg mana buku tersebut mendakwa bhwa Yazid ialah seorang khalifah yang tegas dan keras. Jika dibaca ayat seperti ini terlalu umum menunjukkan seolah-olah Yazid seorang yang zalim terhadap semua rakyatnya. Yazid Bin Muawiyah memang seorang khalifah yang tegas dan keras terhadap golongan Syiah kerana golongan ini terlalu bnyk membuat fitnah dan huru-hara.

Ohh,,berdosanya mereka yang memutarbelitkan sejarah.

Perbincangan dengan Faiz malam itu walaupn sebentar bnyk membuatkan aku termenung. Nampaknya, aku perlu mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah islam. Aku kecewa apabila sejarah yang tidak benar dan palsu diguna pakai dalam matapelajaran sejarah utk pelajar-pelajar di Malaysia akhirnya menyebabkan golongan-golongan yang bnyk berjasa ini menjadi bahan fitnah.

Dan aku berasa teramat sedih dengan apa yang berlaku. Fitnah yang dikenakan ke atas mereka menyebabkan segala jasa mereka dalam menyebarkan dakwah islam semakin dilupakan seolah-olah mereka terlalu zalim dan tiada kebaikan yang dilakukan.

Mereka inilah mangsa fitnah.
Wahai Muawiyah Bin Abi Sufyan dan Yazid Bin Muawiyah.
Engkaulah mangsa fitnah.

Semoga Allah merahmati rohmu............

[Perkongsian ilmu amatlah digalakkan utk post kali ini. Terima kasih]

15 comments on "Mangsa Fitnah"

sakuraputih on 1 July 2010 at 14:27 said...

gud post hadi (=
nice one~

terasa kecewa bila teringat yg blaja sejarah kat sekolah dulu, byk yg ditukar, diputarbelitkan...

ada baca buku, kenapa aku meninggalkan syiah, syeikh al-allamah dr. husain al-musawi, terjemahan mohd firdaus hat?

best buku tu~ semuanya mengenai hakikat sebenar syiah... jauh menyimpang~

Aragorn on 1 July 2010 at 14:32 said...

terima kasih jugak ats komen ini.
act, aku pn masih cuba meneliti dan mengkaji mengenai sejarah yg cuba dikelirukan ini

kalu buleh kongsi ilmu..amatlah dialu-alukan.

urmm,xpnh pon ag baca buku tuh. kt mne ek buleh dapatkan??
menarik jgk utk dibaca..

ko pnh baca ker?

Nasuha on 1 July 2010 at 19:55 said...

nice post :)

p/s : buku tu ade kat 4share..search kat google aje :)

Nor Asratul Bulan said...

Assalamualaikum tuan blog:)

maaf pertama kalinya hamba meng0men disini...jadinya harap tuan hamba sudi2lah membaca ya k0men yg xsberapa ini..

sengaja me"lalu"kan diri disini kerana akhirnya terupdate jua akhirnya ya blog Sky Is Over..syabas wa alhamdulillah..

memandangkan diri yg hina lg dina ini teramat stetk pngetahuan sejarahnya (lebih2 lg sejarah Islam ni)..amat sukacitalah hamba membaca story jelajah syria ini.. xsangka begitu byk pnyelewengan fakta berlaku dlm silibus mlaysia ni ya..astaghfirullahal'azim (smg pnyeleweng dberi keampunan & ku berdoa agar ada sesorg bakal muncul mmperbetulkn fakta2 yg pincang itu!!) yelah..xkan dh tahu pun nk biar lg...wlwpun nmpk mcm mustahil nk gubal blk silibus kt mesia ni balik kan kan kan...~nothing impossible~ (but i hope...amin)..

adehh byk dh mrapu ni..(maaf)
oklah nk pergi solat subuh dulu..insyaAllah ada masa sy komen ag..maaflah..klau byk mrepek sajo... sm0ga Allah merahmatimu kamu,sy n all muslim..d0a sy sntiasa mengiringi.....

ya..dan tidak lupa "mangsa fitnah" yg dikisahkan ini, smoga d mahsyar kelak kalian mendapat pembelaan yg sewajarnya...tiada satu pun yg akan dpt melindungi yg batil itu!!wallahua'lam smua bakal terjawab nnt..

luv this quote "History will repeat.We are going to rule the world again.It is sunnatullah." (err ktmne ye..guess what)..

k.undo diri.meqaseh..assalamualaikum.

Nor Asratul Bulan said...

*some typing error
paragraph f0ur>>>cetek pengetahuan sejarah.
ok sorry.done. ^_~

Mn Salam on 7 July 2010 at 17:57 said...

Assalamualaikum,,

Syukran berkongsi Abe Sky kito. Ye, btul. Sejarah dan sirah untuk dikaji bukan dibaca. Sikap menerima tanpa mngkaji menyebabkan berleluasa berita2 tak betul.

Btw, nice posting. Pahni buleh tulong2 kawe crito bab2 sejaroh Islam. Kawe xbanyok mno ilmu pasal ni. Tpi, insyaAllah sama2 kito timba.

Wsslm..

Mucid said...

Ko ada dgr cite x yg kerajaan saudi x bg org syiah esp dari iran masuk Masjidil Haram tyme Ramadhan?

mansurah said...

salam akh. bertuah sungguh dpt ziarah bumi2 pnuh barakah, bumi para rasul dan sahabat, moga banyak ibrah dan pengajaran diperoleh :)
ana yang faqir dan jahil ni cuma nk beri sdikit pndapt; zaman kita dan zaman para sahabat dah terlalu jauh jarak masanya dan sepanjang tempoh itu pelbagai penyelewenang cerita dan fakta telah berlaku, disebabkan kpentingan peribadi dan kegilaan terhadap kuasa oleh pelbagai pihak. Disebabkan itu, hari ini kita keliru, apakah sebenarnya peristiwa yg berlaku, siapa sebenarnya yg memfitnah dan difitnah. ana kagum dengan sifat inkuiri dan rasa cinta akan sahabat yg nta tunjukkan, cuma sedikit pesanan, sumber yg kta dapt tu betul2 saheh kah? dan kita pernah dengar apa hujjah org2 syiah dan sumber2 mereka? di kalangan ulama2` besar sndri pun mereka masih khilaf ttg peristiwa sebenar. Ada kalangan ulama sunni sndri bersetuju bahawa memg yazid itu pemabuk, kaki perempuan dsb. Sebagaimna kita cinta akan rasul saw dan ahli bayt serta para sahabat bginda yg diredhai ALLAH, bgitu juga golongn syiah ini mncintai ahl bayt dan sebahagian sahabat yg aula disisi mereka. sbgaimana kita yakin dengan itiqad dan sirah yg kta faham sbgai ahl sunnah, sbgitu juga mereka yakin dengan kpcayaan syiah mreka. jangan terlalu benci dengn pbuatan mereka meratapi (mungkin Allah mencela pbuatan tsebut, Wallahua`lam, antra mereka dgn Allah) tp kta sndri mampukah mnitiskan airmata dengan ikhlas bila dsebut nma Rasul saw dan ahl bayt bginda? jgn pertikaikan insan2 mulia yg terkorban di medan karbala itu syahid atau tidak, hanya Allah sja yg memilih syuhada`NYA, mereka insan2 terpilih yg menerima tarbiyah scra langsung dr cucunda yg amat2 disayangi nabi, jgn pertikaikan kemuliaan mereka. Maaf klu ana kedengaran spt menyebelahi org syiah, tidak, ana sndri aswj inshaAllah, cuma ana memilih untuk berhati2 dalam memahami dan menerima sumber, jangan terlalu menghukum dan teruskan mengkaji, moga Allah tunjukkan cahaya kpd kita semua dan semoga tiap saat yg berlalu kian bertambah cinta kita kp rasul, ahl bayt dan sahabat!
ohya, teruskan menulis !

Aragorn on 10 July 2010 at 15:05 said...

yep...trime kasih apa yg dikemukakan oleh sudara mansurah.
terima kasih ats perkongsian..InsyaAllah sy akn terus mengkaji.

mengenai syuhada karbala. sy brpndpt bhwa adakah peperangan sesama islam hnya krn perbezaan pndngn politik dikira sbg syuhada??

mengenai tangisan syiah..adakah kita dibenarkan menangis smpi tahap taksub dan mencederakan diri sndiri??bukankah itu sudah menunjukkan ketaksuban kita??

mengenai sumber itu sy tdk menafikan bhwa itulah kelemahan sy sbb itu sy ajak brbincang diruangan andai kata sumber yg lebih tepat dpt diberikan

sgala apa yg sy cerita merupakan prbncngn sy dgn sorg shbt sy di syria dan merupakan pndngn peribadi sy sndiri.

terima kasih kpd saudari mansurah..komen sprti andalah yg sy nantikan agr satu ruang prbncngn dpt diwujudkan di blog ni..
smoga kita dpt terus berkongsi...:)

Aragorn on 10 July 2010 at 21:28 said...

utk saudara mansurah..
cuba saudara rujuk link ni..

http://drmaza.com/home/?p=104

skdr perkongsian

Mucid said...

Diminta saudara Mansurah menyatakan rujukan mana yang diambil untuk menyokong kenyataan saudara yang ada juga Ulama' sunni yang setuju bahawa Yazin bin Muawiyah kaki mabuk dan kaki perempuan.

Thanks in Advance.

yushida03 on 15 August 2010 at 20:48 said...

salam bro, n salam kenal di alam maya.. terserempak dg blog ni tika surfing merayau2 tgh malam bulan puasa..

gud info and knowledge sharing.. saya tak pernah tanya direct sebarang ustaz akan konflik Muawiyah vs Ali ini, namun ada berbual ringan dgn beberapa sahabat yg mengaji bidang agama.. kata mereka jalan selamat (at least!) kita baca, dengar.. n jgn buat sebarang kesimpulan sendiri.. kita tidak berada di zaman itu..

kesatria313 said...

saya setuju dgn mansurah..jgn terus menghukum...setiap perbuatan mereka ada hujah tersendiri..dan sememangnya ada perbezaan dgn kita ahlu sunnah ini..well mazhab syafie dan maliki pun ada perbezaan..walhal sama2 di bwh ahlul sunnah..seperti mazhab syafie lelaki dan perempuan haram bersentuhan antara kulit..batal air sembahyang..mnakala klau x silap aku mazhab hanafi kot(btolkan aku klau salah)..sebaliknya dimna boleh dan tidak batal air sembahyang jika sentuh kulit bukan muhrim(selagi tidak mempunyai niat lain(nafsu..))..depa ni pasti ada hujah2 masing2..so biaq pi la kat depa..ni antara mereka dgn ALlah..kita ni harus terus mengkaji dgn menggunakan akal yg sihat.and ada beberapa penulisan dlm entry ni aku x bersetuju..sekian trimas!!! solawat...

Anonymous said...

dangkal kali ilmu anda bro
belajar sejarah cuman dari 1 buku
kaga tau buku dari tk mana

apa bandingan imam husain dgn yazid hingga ente keberatan tentang kepahlawanan bani umayyah

Anonymous said...

聊天室 , 真爱旅舍 , 免费大秀聊天室 , 有大秀的聊天室 , 床友app , 同城炮床友 , 同城找床友 , 色聊女的微信号 , 金都情缘聊天室 , 微信色聊群

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez