Saturday 24 January 2009

GHAZZA....

Posted by Aragorn at 12:40:00 pm


Alhamdulillah...hari ni tamat sudah paper exam yg payah. Walaupun, paper Bahas Arab Ajnabi dan English 111 masih menanti. Sekurang-kurangnya aku mampu menarik sedikit nafas kelegaan. Alhamdulillah, namun paper yg bakal datang ni. Aku takkan lupa dan akan cuba yang terbaik juga.

Maaflah, post sblm ni kosong sahaja. Aku tersilap tekan butang enter. Namun, sedikit aku ingin ulas mengenai tajuk aku di atas. GHAZZA. Biasa di Malaysia dlu, aku sekadar menyebut Gaza tanpa mengetahui ejaan sbnrnya. Kat bumi Anbia ni lah baru aku mengetahui ejaan sbnrnya iaitu ghazza. Tak silap aku, masuk hari ni. Sudah 4 hari ISrael menghentikan serangannya ke atas semenanjung Ghazza. Serangan yg bagi aku teramat kejam dan Israel secara terang-terangan telah melakukan satu jenayah besar terhadap dunia. Namun, apakah yang mampu dibuat sedunia krn negara haram tersebut begitu manja dan naik kepala krn sentiasa di sokong oleh sekutu rapat mereka, US.

Tetapi, satu benda yang menjadi tanda tanya aku ialah apakah peranan negara-negara arab disekeliling terutamanya negara Jordan ini. Tempat dimana aku dihantar utk menuntut ilmu. Seolah-olah negara-negara arab ni terutamanya Jordan tidak mahu mengambil endah terhadap apa yg berlaku terhadap jiran mereka. 

Sehari selepas serangan pertama Israel ke atas Ghazza. Penduduk di Jamiah Street iaitu tmpt tinggal aku terus berdemonstrasi menyatakan bantahan mereka terhadap serangan Israel yg kejam itu. Aku ternyata bangga dengan semangat bangsa arab yang berkobar-kobar melaungkan amarah mereka. Pelajar-pelajar arab terutamanya yg berasal dari Palestin di universiti aku turut mengadakan demonstrasi bantahan mereka. Namun, aku tidak sempat utk menyertai krn ketika itu aku berada dalam kelas.

Setelah menyelidik beberapa maklumat dalam internet, aku teramat kecewa apabila mengetahui bahawa The Hashemite Kingdom Of Jordan ini yg konon2nya mengaku bahawa keturunan raja mereka adalah keturunan Nabi Muhammad(pbuh) merupakan pro-Amerika. Malah menurut maklumat yg aku dengar. Jordan telah memperolehi lebih kurang 5 Billion USD setiap tahun hasil perjanjian meraka dgn US. Jelas satu tamparan yg hebat utk aku krn selama ini aku menganggap negara2 arab ni bagus2 n baik blaka(siott jerk). Malah, negara arab Mesir n Jordan turut mempunyai sebuah kedutaan Israel di negara mereka. Menunjukkan betapa mereka mengiktiraf kedudukan Israel sbg sebuah negara. Betapa celakanya negara2 arab ni. Arab Saudi juga merupakan salah sebuah negara pro-Amerika. Sebab itulah negara2 ini seolah-olah seperti tiada tindakan yang diambil utk umat Islam di Ghazza. 

Betapa kepedihan yg dialami oleh penduduk2 Ghazza teramatlah aku rasai. Setiap kali solat fardhu, imam Masjid Jamiah Yarmouk akan sentiasa membacakan doa qunut nazilah dan setiap kali itulah kedengaran tangisan2 mereka yang memang menghibakan. Aku juga sempat bertanyakan seorang rakanku dari Palestin yg menangis ketika doa itu dibacakan. Aku turut tidak mampu menahan hiba apabila mendengar ceritanya yang kehilangan ayah akibat serangan rejim Zionist laknatullah.

Kejam, kejam, kejam dan kejam. Hanya itu yang mampu kuucapkan selain doa setiap masa.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah akan memberikan balasan kepada Zionist dan sekutunya. 

TAKBIRR!!!!!!! Allahuakbar


4 comments on "GHAZZA...."

Anonymous said...

Allahuakbar!!!
laknatullah to israel

Naqeb Sulaiman on 24 January 2009 at 21:42 said...

salam.
ade blog rupanya.
selamat menulis untuk mnyatakan yg hak.
bittaufiq. :)

Aragorn on 25 January 2009 at 01:09 said...

terima kasih..InsyaAllah

Anonymous said...

peace b upon 2 u..
if i'm not mistaken..
d true spelling of ghazza is "GHAZZAH"..
bcoz if when we refer back d arabic spelling,there is ta marbutah in which it shuld has "H"..
humble to knees*
we r Islam based on verb and not on noun~

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez