Tuesday 20 October 2009

Sejarah

Posted by Aragorn at 2:14:00 pm
Sepanjang percutianku di Malaysia, banyak jugalah perkara yg berfaedah dan tidak berfaedah yang aku buat..hahaha...tak perlulah aku cerita semuanya kot.

tetapi, kt sni aku ingin berkongsi salah satu pengisian menarikku sepanjang percutian ku di sisi keluarga.

Aku tak tahu kenapa, sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Turki yang menakjubkan. Tetiba hatiku begitu tertarik dan ingin mengetahui sejarah-sejarah kehebatan khilafah dan sejarah islam terdahulu. sedangkan masa sekolah dulu, sejarah adalah salah satu subjek yang aku tak berapa suka. bahkan, sumbangan para sahabat nabi SAW pom aku x brape thu sgt. btapa jahilnya aku trhadap sejarah.

setiap kali aku singgah di mana-mana shopping mall. hanya satu je dalam kepala otakku, mana kedai buku ek?? hatiku teringin sangat membaca dan mengetahui sejarah-sejarah keagungan islam dahulu kala. bahkan, aku sggup meneliti semula buku teks sejarah tingkatan 4 utk membaca namun maklumat yg diberikan nyata trlalu sikit dan aku rsa x puas hati.

alhamdulillah, disebuah kedai buku di KB Mall. mata aku terlihat sebuah buku yg agak menarik bagiku. "Hulagu Khan". sape dia ni ek? yg aku tahu dia ni mesti org monggol. kumeneliti buku tersebut sdikit demi sdikit. sperti yang aku jangkakan. Hulagu Khan adalah cucu kpd Genghis Khan iaitu bangsa Monggol. Hulagu Khan adalah manusia yang bertanggungjawab menjatuhkan Kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad dalam satu serangan besar-besaran untuk menawan kota trsebut. ternyata, serangan tersebut melumpuhkan Kerajaan Bani Abbasiah yg juga ketika itu menghadapi masalah dalaman kerana pertentangan hebat antara penganut Sunni dan Syiah. Khalifah terakhir iaitu Khalifah Al-Musta'sim Billah dan keluarga telah dibunuh. kehancuran Kerajaan Bani Abbasiah telah turut menghancurkan politik Islam, sistem pendidikan ekonomi dan perkembangan budaya Islam yg amat berpengaruh ketika itu.

itulah kot sedikit sinopsis yg sempat aku baca semasa membelek buku tersbut. menarik!! gumam hatiku, disebelah buku tersbut terjualnya sebuah buku lagi dari penulis yang sama bertajuk "Uthman Bin Affan", Khulafa' Ar-Rasyidin yang ketiga dalam Islam. buku ini bukan sekadar buku semata-mata tapi sebuah sejarah yang dinovelkan menjadikan pembaca tentu tertarik utk membacanya. mesti banyak lagi karya-karya novel sejarah Islam drpd penulis ini.

sangkaan aku mmg tidak salah, bukan satu, bukan dua. malah banyak lagi rupanya novel sejarah Islam yang dihasilkan oleh penulis ini. Namanya, Abdul Latip Talib. Tanpa berlengah, aku terus membeli novel-novel tersebut utk dibaca dan dijadikan koleksi.

Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Khalid Al-Walid, Hulagu Khan, Sultan Salahuddin Al-Ayubi, dan buku yang amat sekali aku kehendaki ialah Sultan Muhammad Al-Fateh, antra tokoh Islam yang menjadi idola aku turut dihasilkan oleh penulis ini. Ohh syukur Ya Allah. mungkin Allah ingin membuka pintu hatiku utk mencintai sejarah Islam lepas ini. InsyaAllah...turut dalam senarai pembelian ialah buku bertajuk "Jatuhnya Sebuah Tamadun", "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain", dan "Peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat". Alhamdulillah, walaupon menghabiskan hampir RM 300 namun nilai terlalu sedikit jika dibandingkan dgn isi dalaman buku-buku ini. Cuma satu aku x jmpa, novel mengenai Tariq Bin Ziad. dah puas aku jelajah Malaysia utk mencari novelnya namun tidak ketemuan. Xpelah, myb bukan rezeki aku kot.

Seperti yang kita tahu, tokoh-tokoh Islam ni mmg ramai. daripada tokoh ilmuan hinggalah kpd tokoh dlm peperangan. semuanya hebat2 blake. namun, bagi diriku. aku amat menyanjungi 3 tokoh ini iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayubi, Tariq Bin Ziad dan Sultan Muhammad Al-Fateh. tapi, bukan bermakna para sahabat dan tabi3 tabi3in yang lain aku tak sanjung. sanjung je cuma mereka bertiga ini antra tokoh pejuang islam dahulu kala yg aku kagumi.

1. Sultan Salahuddin Al-Ayubi
korg sume tntu tahu apakah kehebatan tokoh ini. seorang muslim berbangsa kurdis dari Azerbaijan yg dilahirkan di Tikrit, Iraq. salah seorang panglima tentera Islam yg hebat pada zaman tersebut. beliau masyhur krn sumbangannya membebaskan Masjid Aqsa yg ketika itu dijajah oleh Tentera Salib yang kejam dan zalim. setelah Saidina Umar Al-Khattab membebaskan Masjid Aqsa drpd penjajahan Rom. namun, Masjid Aqsa kembali jatuh ke tangan Tentera Salib dari Eropah disebabkan perpecahan yang berlaku dlm kalangan umat Islam dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi telah bertanggungjwb mengembalikan maruah umat Islam dengan tertawannya Kota Suci umat Islam itu pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah. Salah satu ucapan yang masyhur drpd Sultan SAlahuddin Al-Ayubi ialah "Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia". dan kata2 drpd beliau mmg diakui melihat kpd situasi dunia masa kini.

2. Tariq Bin Ziad
aku x brani nk bercerita sgt psl Tariq Bin Ziad ni. Maklumlah, pengetahuan sejarah aku mengenai kehebatan beliau tidaklah seberapa sgt. yang aku tahu, dia adalah tokoh yang berjya menawan Sepanyol bersama rakannya Musa Bin Nusair dan Sepanyol akhirnya jatuh di bwh penguasaan Kerajaan Bani Umayyah ketika itu. Beliau telah mendaratkan kapal perangnya di Jabal Tariq atau kini lebih dikenali sbg Gibraltar dan menguasai kota2 besar di sana sehingga menyebabkan seluruh wilayah Sepanyol dan sebahagian Perancis serta Itali jatuh dibawah takluk Kerajaan Bani Umayyah. Kepada para pembaca yang mengetahui lebih lanjut sejarah mengenai Tariq Bin Ziad ini bolehlah berkongsi yerk..tq

3. Sultan Muhammad Al-Fateh
Inilah tokoh pejuang Islam yg menjadi idola aku. Kenapa yerk? sebab lebih kurg 800 tahun sebelum itu. junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada dibwhnya ialah sebaik-baik pasukan."(H.R. Ahmad Bin Hanbal). pelbagai usaha telah dilakukan oleh pejuang Islam terdahulu utk menawan Kota Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada 34 H. Muawiyah Abu Sufian pada 84 H. Sultan Sulaiman pada 91 H. Khalifah Harun Ar-Rasyid pada 165 H. Sultan Beyazid pada 1391 M, 1397 M dan 1400 M dan beberapa lagi tokoh Islam yang tetapi semuanya menemui kegagalan. Sehinggakan salah sorg sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayub Al-Ansar telah gugur syahid semasa berperang utk menawan kota tersebut dan dikebumikan di sisi benteng Kota Konstantinopel mengikut wasiat beliau. Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Akhirnya, Allah memilih Sultan Muhammad Al-Fateh utk menawan Konstantinopel pada 29 Mei 1453 M. ternyata beliaulah org yang disebut dalam hadis nabi iaitu sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.

Apa yang aku kagumi drpd ketiga-tiga pejuang ini ialah mereka adalah muslim yang tidak bertemu dan Rasulullah SAW disebabkan perbezaan masa jika dibandingkan dgn sahabat-sahabat nabi yang lain. namun, semangat jihad yang dipamerkan amatlah tinggi dan seolah-olah mereka mendapat secara langsung drpd Nabi SAW. Mampukah kita menjadi seperti mereka? Tepuk dada, tanyalah iman.

stkt ini shja kot kata-kata dari aku. InsyaAllah, jikalau ada masa. akan aku kongsikan sejarah mereka meskipun aku thu ramai antara kalian yg dh thu..hehe

10 comments on "Sejarah"

murfsyeed semat said...

Pergh, merapu tetap merapu, tapi sejarah jangan lupa, ha ha ha!

Anonymous said...

abu ubaidah al jarrah jgn lupe.

Aragorn on 20 October 2009 at 19:54 said...

abu ubaidah pom slh sorg sahabat nabi yg dijamin syurga...novel psl dia ada je cuma aku x beli..heh heh

nsmujahidahnmnor on 20 October 2009 at 20:31 said...

bagus2..

sejarah islam mmg best..
blajar ttg mereka blh bg zouq kt hati..


tp, sejarah mlysia, mmg dr kecik smpi besa, x hengat2 ( x masuk hati).. bak kate ustat pon, byk tipuu jerk~

Aragorn on 20 October 2009 at 23:17 said...

bukan bnyk tipu kak nik oii...tp,,mmg penipu pomm..kah kah

abg syamil said...

abg hadi mantap ah...

nur kasih tetap layan... sejarah islam jgn lupe...

salute ah!!!

nama i hariz said...

abg hadi hawwttt. dulu jual cd, skrg jual ilmu sejarah. wah.

doubleM said...

mantap la hady

ak harap yg nie bukan copy paste ok..

hariz said...

dayat ke faiz ni pakai nama aku ni?

Anonymous said...

abu ubaidah aljarrah la best..hapa daa..penakluk parsi tu~

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez