Sunday 23 August 2009

~~Tamat Sudah~~

Posted by Aragorn at 8:23:00 pm
ALHAMDULILLAH......
ALHAMDULILLAH...
~ALHAMDULILLAH~

Tanggal 23 Ogos 2009, 12.00pm

Aku bangun dari kerusiku. Melangkah perlahan menuju ke depan kelas. Menyerahkan bbrpa keping kertas kpd ssorg. Tanpa berlengah, aku membuka pintu bilik kelas dan melangkah keluar sambil tersenyum puas. Alhamdulillah~~

Hari ni mencatat satu lagi sejarah dlm hidup aku. Takdelah gempak sgt pom sejarahnya. Tapi, hari ini aku telah menamatkan pengajian tahun pertamaku di Jordan University Of Science And Technology. Dengan jayanya?? Wallahualam, aku rsa tidaklah terlalu brjya sgt namun kesyukuran ttp kupanjat ke hadrat Ilahi.

Bermula 27 Ogos 2008, aku sudah mula menjejakkan kaki ke bumi Jordan ini. Macam-macam yg berlegar di fikiran aku pabila buat kali pertama berjauhan dari bumi Malaysia. Perlukan setahun utk menamatkan pengajian utk tahun pertama sblm dpt pulang semula ke Malaysia utk bertemu keluarga tercinta. Ohh,,lamanya terasa dan detik itu sudah hampit tiba.

Setahun aku di sini,
Pelbagai kisah suka dan duka dirasai
Setahun aku di sini,
Pelbagai cabaran yg aku perlu hadapi
Setahun aku di sini,
Pelbagai ilmu yg aku dapati
Setahun aku di sini,
Pelbagai kerenah manusia yg aku pelajari
Setahun aku di sini,
Pengalaman aku bertambah setiap hari
Setahun aku di sini,
Kujadikan semua ini sbg bekalan di hari nanti



Sekian shja warkah dariku utk para pembaca. Mungkin tiada sbrg post utk bulan September disebabkan kepulanganku ke bumi Malaysia. So, umah aku xde internet. Huhu. Jumpa lagi bulan 10 nati utk meneruskan pengajian tahun ke-2 aku di sini. InsyaAllah.


SALAM RAMADHAN DAN SALAM AIDILFITRI


P/S: nk tgk kenangan kami sepanjang tahun ini??klik post sblm ini. Tanx











0 comments on "~~Tamat Sudah~~"

 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez