Thursday 30 July 2009

Masjid Sultanahmet

Masjid Sultanahmet

Andai kata anda melancong ke Turki. Adalah satu kesilapan besar apabila tidak berkunjung ke salah sebuah masjid yg hebat dalam lipatan sejarah islam terutamanya sejarah Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Lebih dikenali dgn panggilan Masjid Biru kerana jubin biru menghiasai dinding di bahagian dalamnya, Masjid Sultanahmet ini menunjukkan salah satu kehebatan seni bina Islam sewaktu keagungan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dinama Masjid Sultanahmet krn ia dibina ketika pemerintahan Sultan Ahmed 1 pada tahun 1609 hingga 1616. Dan sehingga kini, masjid ini merupakan tarikan utama pelacong asing ke Istanbul terutamanya.

Sejarah

Selepas Perjanjian Kedamaian Zsitvatorok yang ditandatangani oleh Sultan Ahmed 1 dan Duke Matthias of Austria. Sultan Ahmed 1 membuat keputusan utk membina sebuah masjid besar di Istanbul utk menenangkan hatinya selepas peristiwa yg menyedihkan sebelum perjanjian tersebut dimeterai. Ini merupakan masjid pertama dalam masa 40 tahun yg dibina oleh Sultan Ahmed 1 dengan menggunakan wang dari perbendaharaan negara krn baginda tidak memenangai mana-mana peperangan. Sebelum ini, kebanyakkan masjid dibina oleh sultan uthmaniyyah dgn menggunakan harta rampasan perang. Tindakan Sultan Ahmed 1 mengundang kemarahan para Ulama dan sarjana hukum islam.

Masjid ini dibina di atas tapak Istana Maharaja Byzantine yang menghadap Hagia Sofia( ketika itu merupakan sebuah masjid yg teragung di Istanbul ) dan bersebelahan dgn Hippodrome. Beberapa istana yg berdekatan tapak pembinaan telah dibeli dengan harga yg mahal dan dirobohkan, terutamanya Istana Sokullu Mehmet Pasha dan sebahagian besar Sphendon(struktur melengkung berbentuk -U pada Hippodrome) utk digunakan bagi membina masjid ini.

Pembinaan masjid bermula pada Ogos 1609 apabila Sultan Ahmed 1 sendiri memecahkan batu asas pembinaan masjid itu utk menunjukkan bahawa ia akan menjadi masjid pertama dibina dibawah pemerintahannya. Seorang arkitek diraja bernama Sedefhar Mehmet Agha, merupakan seorang pelajar dan pembantu utama kepada Sinan yg juga merupakan arkitek termasyhur pada zaman itu utk mengetuai pembinaan masjid tersebut. Masjid ini dirasmikan pada 1617, setahun selepas siap ianya dibina dan Sultan Ahmed 1 telah menunaikan solat dalam kotak khas diraja selepas dirasmikan.

Seni Bina

Reka bentuk Masjid Sultanahmet puncak kegemilangan kehebatan seni bina antara Masjid Uthmaniyyah dan Gereja Byzantine. Ia menggabungkan elemen-elemen seni bina gereja Byzantine dan seni bina Islam tradisional. Mehmet Pasha telah menggunakan sebilangan besar bahan-bahan utk pembinaan terutamanya batu marmar. Pintu hadapan masjid pula menghadap Hippodrome. Dewan solat meliputi kubah penuh dan kubah separuh setinggi 23.5 m pada garis pusat dan 43 m tinggi pada pusat tengahnya. Kubah-kubahnya pula disokong oleh 4 batang tiang yg besar. Jika dilihat dari luar, binaan kubah-kubah yg banyak ini membentuk seperti sebuah bukit yg berakhir dgn sebuah kubah besar yg merupakan puncak tertinggi di tengah-tengah.

Kawasan hadapan perkarangan masjid pula telah dibina dengan cara yg sama dengan Masjid Sulaimaniye(juga merupakan masjid terkenal di Istanbul) kecuali terdapat sedikit tambahan menara kecil pada sudut antara kubah. Halaman masjid mempunyai keluasan seluas masjid itu sendiri. Terdapat juga tempat utk berwudhuk di kedua-dua belah bahagian masjid.

Satu rantai besi berat tergantung di bahagian atas pintu masuk masjid pada bahagian barat. Dalam sejarah uthmaniyyah, hanya sultan dibenarkan utk masuk ke halaman masjid dengan menaiki kuda. Namun, disebabkan adanya rantai yang sengaja diletakkan itu menyebabkan sultan harus merendahkan kepala utk memasuki perkarangan masjid. Ini utk menunjukkan kerendahan hati para pemerintah yg juga seorang hamba kpd Ilahi. Ukiran-ukiran yg terdapat dalam masjid pula diukir oleh Seyyid Kasim Gubari yg merupakan seorang juruukir terhebat pada zaman itu.

Masjid Sultanahmet merupakan salah sebuah dari 2 masjid di Turki yg mempunyai 6 menara, sebuah masjid lagi berada di Adana. Namun, pembinaan 6 menara ini dikritik hebat kerana dituduh cuba meniru kehebatan 6 menara Masjidilharam di Mekah ketika itu. Akhirnya, baginda menyelesaikan masalah ini dengan membayar perbelanjaan utk dibina menara ketujuh di Masjidilharam.


Empat menara berada di setiap sudut masjid tersebut. Setiap menara ini mempunyai 3 tangga utama berstalaktit sementara 2 menara lagi yg terletak di hujung perkarangan masjid mempunyai 2 tangga utama berstalaktit. Ketika dahulu, setiap muazzin perlu utk memanjat tangga yg sempit di menara 5 kali sehari utk melaungkan azan.

Kini, kebiasaannya para pelancong akan akan berkumpul sewaktu matahari terbenam di sebuah taman berhadapan dengan masjid utk mendengar seruan azan maghrib dan melihat matahari terbenam krn cahaya simbahan ketika matahari terbenam memang menbentuk satu pemandangan yg indah di sekitar masjid tersebut. Subhanallah.

Penulis bergambar dalam Dewan Solat Masjid Sultanahmet




p/s : Sedikit catatan ringkas mengenai sejarah Masjid Sultanahmet yg sempat kucari. Sesungguhnya, aku begitu bangga dengan keagungan empayar islam Turki Uthmaniyyah suatu ketika dulu. Dan kesan peninggalan sejarahnya masih dpt dilihat dan dihayati sehingga kini. Disaat rakan-rakan aku merindui lambaian keluarga di Malaysia. Hatiku begitu merindui lambaian Masjid Sultanahmet dan lambaian kemesraan warga Turki di sana. Pengalaman bermusafir di bumi Turki dan berkenalan dgn beberapa org warga Turki yg amatlah baik seperti Saami dan syeikh-syeikh hafiz sentiasa dlm ingatan aku. Pengalaman tidur dirumah mereka susah utk dicari jika anda mengikuti mana2 pakej pelancongan melainkan anda memberanikan diri bermusafir tnpa mana2 bantuan agensi. Ohh yee, masih aku teringat ketika aku menunaikan umrah dahulu. Pada hari ke-4 aku di bumi Mekah. Aku dan Hariz sempat bertemu dengan pengetua sebuah madrasah di Turki yg sempat kukenali ketika bermusafir disana. Tanpa disangka, org yg aku bertemu dan kukenali di bumi Turki dahulu, Allah pertemukan kami di bumi haram Mekah. Subhanallah. Cuma apa yg mendukacitakan aku apabila tidak sempat utk bertemu dengan Saami krn dia bertolak ke bumi Mekah agak lewat sikit. Syeikh itu memberitahu kami Saami akan sampai ke Mekah 3 hari kemudian. Namun ketika itu kami akan bertolak pulang ke Jordan. Hanya salam yg sempat aku kirimkan kpd Saami. Semoga dengan izin Allah, aku hndk bertemu semula dgn Saami suatu hari nanti. Persahabatan yg kami bina ternyata meninggalkan bekas di hati. Antara manusia yg baik pernah aku jmpa.


p/s 2 : Aku menulis artikel ini juga sebagai pengubat hati. Sedikit masalah dan kecelaruan yg melanda fikiranku terhadap masalah dengan rakan-rakan. Rakan yg hnya berdiam diri apabila tidak berpuas hati dengan aku. Ohh sedihnya, jikalau aku silap sekalipun. Tegur dan beritahulah aku secara baik. Usahlah berdiam diri dan memboikot aku scara diam-diam. Menyebabkan aku rasa aku adalah kwn yg teruk. Kpd pembaca yg merupakan kawan aku. Tegurlah jikalau aku terlanjur bahasa dgn kalian. Aku juga insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Aku juga insan biasa yg mempunyai perasaan. Jikalau kalian kena begini pom, sudah tentu kalian akan berasa sedihkan? So, fikir-fikirkanlah. Salam kemaafan dariku utk semua.

p/s 3 : Malam ini juga aku akan bergerak ke Mu'tah utk menghadiri AGM KMKJ dan pilihanraya utk memilih badan kepimpinan KMKJ sesi 2009/2010. Nama aku juga turut dicalonkan itk merebut kerusi AMT. Aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan biarlah Allah tentukan yg terbaik utkku krn dia lebih mengetahui. Aku redha dgn segala ketentuannya. Semoga Allah memberikan yg terbaik utkku.

Sekian...







No comments:

Post a Comment