Thursday 14 May 2009

Kebosanan....

11 Mei 2009 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Hakim Abdul Aziz berkata bahawa tidak pernah ada usul undi tidak percaya kepada Nizar dalam persidangan DUN kerana hanya cara itu mengikut undang-undang untuk memecat seseorang MB. Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat seseorang MB sebaliknya Sultan hanya mampu melantik shja mengikut perlembagaan. Dato' Seri Mohamad Nizar mula memasuki pejabat MB untuk memulakan tugas dan ingin mohon perkenan kepada Sultan untuk membubarkan DUN

12 Mei 2009 - Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry untuk menangguhkan pengisytiharan Nizar sebagai MB. Maka, Nizar terpaksa keluar semula dari pejabat MB untuk memberi laluan kepada MB haram Zambry untuk memulakan tugas.

13 Mei 2009 - Dato' Seri Mohamad Nizar memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut yang didengar Isnin ini.



Itulah sedikit coretan diari yang dilalui rakyat Perak. Bermula dengan 3 org wakil rakyat melompat parti menjadi DUN Bebas. Diikuti dengan kengganan Sultan untuk membubarkan DUN dan menyuruh Nizar meletak jawatan. Kisah pahit ini terus tidak kehabisan. Sebaliknya, semakin menular. Setiap org cuba untuk menjadi hakim. Menyatakan dia salah, ini salah dan macam-macam lagi.

Tidak dinafikan, hal ini mampu menyebabkan rakyat naik mual, bosan, sakit kepala dll. Aku yg bukan rakyat Perak dan sakit kepala dengan kes yang masih tidak selesai. Kerakusan kerajaan pimpinan Najib utk merampas Perak memamg aku puji. Cuma, cara yang salah dan jelas melanggar Perlembagaan Negara. Alangkah baiknya semangat yg ada ini digunakan di jalan yang benar untuk melaksanakan kepimpinan Islam.

Puak-puak UMNO sudah tentu mengatakan ini adalah kesalahan DSAI kerana dia yang ingin memulakan agenda 16 September. Dikatakan agenda untuk mengajak ahli-ahli UMNO melompat parti. Namun, ingin sy katakan di sini. Adakah DSAI pernah memulakan perkara ini??
Saya rasa, dia tak buat apa pon lagi melainkan skdr menguar-uarkan shja. Akhirnya, tindakan itu dimulakan oleh BN. Ingin sy jelaskan bahawa agenda 16 Sept itu bukannya ingin mengajak ahli DUN UMNO melompat parti. Tetapi, ingin memujuk supaya mengusulkan undi tidak percaya di dalam sidang DUN dan Parlimen.

Tidakkah itu legal mengikut perlembagaan. Inilah salah satu kebenaran yg sengaja disembunyikan selama ini. Hanya satu shja penyelesaian yg mudah dan adil.

RAKYAT ADALAH HAKIM TERBAIK

Itulah sebenarnya penyelesaian yg adil. Nk harapkan mahkahmah? Entah-entah dah kena beli dgn BN. Nak harap MB haram Zambry?? Sudah tentu beliau ttp ingin menegakkan benang yang basah. Nizar?? Sudah tentu ditentang habis-habisan oleh hantu-hantu BN. SO, berikan hak kpd rakyat. Bubarkan DUN Perak. Berdoalah semoga Sultan bersetuju. AMinnn!!!




No comments:

Post a Comment