Friday 27 March 2009

Nantikan...~

Assalamualaikum pada warga Permai...

Seperti yg kalian semua ketahui. Sejak akhir-akhir ini pelbagai kejadian yg tidak diingini telah menima warga Permai terutamanya para syabab sekalian. Bermula dengan kejadian dipukul sehingga hilang ingatan sehinggalah kepada kejadian tikam-menikam.

Fenomena ini mmg diyakini menghantui para warga Permai. Namun, kita sebagai pelajar di Irbid ini tanpa mengira jurusan apa yg dipelajari. Apakah yg dpt kita lakukan apabila kejadian seperti berlaku sekali lagi? Mampukah kita dgn ilmu yg dipelajari melakukan sedikit tindak balas utk menyelamatkan nyawa mangsa atau sekadar melihat dan bingung apakah yg perlu dilakukan??


Tambahan pula dimusim ini. Panas dan sejuk datang silih berganti tiada ketetapan. Sekejap panas, sekejasp sejuk. Oleh itu, penjagaan kesihatan amatlah penting terutamanya ketika peperiksaan hampir menjelang tiba. Namun, apakah cara sebenar utk menjaga kesihatan di saat begini? Turun riadah setiap petang? Menjaga pemakanan atau lain-lain lagi?


Oleh itu, dengan kerjasama daripada MMJ.

Nantikan..~

Satu program yang bakal menemui para warga Permai sekalian. Program yg pastinya mampu memberi pelbagai input yg berguna utk kita sama-sama mengaplikasikan dlm kehidupan seharian kita.

Nantikan...~ APRIL 2009




1 comment: