[First Post after 3 month]
Alhamdulillah, sungguh lama rasanya aku menyepi drpd persada penulisan blog ni. Kemungkinan mood aku utk menulis yg semakin berkurang menyebabkan dah tiada cerita baru yg dpt aku kongsikan.
Alhamdulillah, beberapa hari yg lepas aku sudah selesai menunaikan tugas sbg tourist guide kepada abg ipar aku dan rakan-rakan ke 3 buah negara iaitu Turki, Syria dan Jordan. Letih tuh mmg la letih, tapi happy jugak sbb dapat berbakti kpd abg sndri :)
Aku berada selama 3 hari 2 malam di Syria. Pusing-pusing bandar Dimashq yang merupakan bandar ke-2 tertua didunia. Menziarahi Masjid Umawi yang menjadi lambang keagungan Kerajaan Bani Umayyah juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan tersebut.
Melihat keunikan budaya dan keramahan warga arab Syria. Arab Syria mmg terkenal dengan keramahan mereka dan kecantikan berbanding bangsa arab di negara-negara lain.
Hari pertama di Dimashq aku begitu teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke Masjid Umawi. hasrat yang terpendam sejak sekian lama akhirnya Allah izinkan jua. Alhamdulillah, kemudian aku bergerak menziarahi Makam Nabi Yahya A.S yg terletak didalam dan tengah-tengah Masjid Umawi. Kemudian aku bergerak menuju ke belakang Masjid Umawi utk menziarahi Makam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang sudah pasti kalian kenali. Tidak perlu diceritakan disini. Hari itu juga aku berkesempatan ke Makam Abu Hurairah R.A, dan Makam Abi Darda' R.A.
MASJID UMAWI DI TENGAH BANDAR DIMASHQ, SYRIA
Hari kedua, aku bergerak menuju ke bandar Homs yg terletak kira-kira 2jam perjalanan daripada bandar Dimashq semata-mata ingin menziarahi makam Saifullah Khalid Al-Walid. Kehebatan panglima tentera ini juga aku pasti bhwa kalian sudah makruf.
Setelah itu, kami segera pulang ke bandar Dimashq dan aku dijanjikan oleh Basil, pelajar melayu di Syria yang bnyk membantu trip kami utk menziarahi makam sahabat Muawiyah Bin Abi Sufyan, pengasas Kerajaan Bani Umayyah di Dimashq nanti.
Perjalanan yang memakan masa 2jam drpd Homs ke Dimashq aku gunakan utk tidur bagi menghilang keletihan. Masa terus bergerak dan ketika aku sedar, aku lihat van yg membawa kami sudah sampai di bndr Dimashq namun tersekat dalam kesesakan jalan raya. Aku kembali tidur. :D
"Ok, kita hampir sampai. Lepas ini kita akan menziarahi beberapa makam ahli-bayt, Bilal bin Rabah, Muawiyah Bin Abi Sufyan dan lain-lain," suara Basil memberi penerangan menyebabkan aku kembali terjaga daripada tidur. Sejenak aku melihat ke tepi tingkap dan perkataan pertama yg aku terbaca memberi kejutan kpd aku sehinggalah menghilangkan rasa mamai. Aku cuba membaca tulisan di sign board dengan teliti. Mana tahu aku tersilap baca td sbb mamai sgt. Ternyata apa yg aku bacakan mmg benar.
"MAKAM SYUHADA KARBALA'
Aku mulai rasa hairan. Karbala tuh kt Iraq nuh(kalu tak silap aku la). Tapi mcm mne makam dorg buleh sampai ke Syria??Dan yang paling menghairankan aku. Adakah mereka yang mati di Karbala dahulu dikira sebagai syuhada?? Andai ada sesiapa yang mampu menjwb persoalan ini. Amatlah aku alu-alukan.
Aku teringat buku sejarah STPM yang pernah aku baca dahulu. Ketika itu pengetahuan aku mengenai sejarah amatlah cetek. Buku sejarah STPM itu khusus menceritakan mengenai sejarah bangun dan jatuhnya Kerajaan Bani Umayyah. Masa aku baca buku tersebut. Aku mula rasa tak kena apabila mereka banyak menceritakan keburukan sahabat nabi Muawiyah Bin Abi Sufyan. Dikatakan Muawiyah Bin Abi Sufyan mencela Saidina Ali Bin Abi Talib ats mimbar setiap kali khutbah jumaat. Jahat sangatkah Muawiyah ini??
Cerita mengenai kezaliman Yazid Bin Muawiyah lagi hebat diperkatakan dalam buku tersebut. Dan sejarah mengenai peperangan Karbala berlaku pada zaman beliau. Berdasarkan pengetahuan aku yang cetek ini, perlantikan Yazid sbg khalifah oleh Muawiyah telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuklah cucu Rasulullah SAW, Saidina Hussin A.S. Oleh itu berlaku pelbagai pemberontakkan dan salah satunya pemberontakan di Karbala. Yazid Bin Muawiyah telah menghantar tentera ke Karbala utk menenangkan pasukan pemberontak dan mengarahkan penglima tenteranya agar membawa Saidina Hussin A.S menghadap beliau utk diajak berbincang. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila Saidina Hussin telah dibunuh.
Dalam buku sejarah STPM itu, pembunuhan Saidina Hussin dikatakan berpunca daripada Yazid menjadikan beliau dianggap sbg seorang khilafah yang zalim. Tergamak membunuh cucu Nabi SAW. Benarkah cerita ini?? Aku sendiri sebenarnya ragu dan apa yang aku baca ketika itu. Namun, disebabkan aku yg cetek ilmu ketika itu hnya mampu menerima bulat2 cerita tersebut. Sekarang, buku itu digunakan oleh pelajar-pelajar yg mengambil STPM dan akhirnya doktrin keburukan khilafah-khilafah islam terdahulu tersemat diminda pemuda-pemuda kita ditanah air.
Aku tidak berpuas hati lalu aku menanyakan Basil mengenai makam syuhada Karbala ini.
"Ntahla, aku rasa macam mengarut je. Ada ke patut sahabat nabi sekejam mcm tuh." jwpn Basil yang simple menyejukkan hati. Tapi, aku masih tidak berpuas hati. Alhamdulillah, beberapa artikel daripada Dr. Asri bnyk menceritakan kisah sebenar, Klik di sini.
Setelah itu, kami menziarahi makam yang dikatakan makam ahli bayt iaitu Saidatina Ummu Kalsom dan Saidatina Ummu Sakinah. Sudah pasti tempat ini dipenuhi dengan golongan Syiah. Pada asalnya aku malas nk masuk sbb aku rsa tuh bukannya makam ahli-bayt. Basil pn cakap kesahihan tmpt tersebut tidak dapat dipastikan. Tapi, sebab bile sume tetamu yg aku bwk nk masuk. Maka, aku pn turut masuk melihat makam tersebut. Dengan bau yg kurang menyenangkan. Aku melihat penganut Syiah menangis dan meratap kesedihan ditepi makam-makam itu. Menyanyikan lagu kesedihan mereka sambil menampar pipi mereka dan menepuk-nepuk dada mereka sekuat hati sehingga meninggalkan kesan merah didada dan melukakan sedikit pipi mereka yang begitu kuat ditampar dengan tangan sendiri.
MAKAM YANG DIKATAKAN SAIDATINA UMMU KALSOM
Arghhh!!! Rasa menyampah dan benci apabila melihat ketaksuban perlakuan mereka. Setelah selesai menyanyi, masing2 mengambil batu sujud mereka utk bersolat dan mereka akan bersujud diatas batu itu. Batu yg dikatakan berasal daripada Karbala. Aku rasa mcm tanah liat tepi2 jalan je kot.haha
BATU DARIPADA KARBALA YANG DIGUNAKAN OLEH SYIAH UTK BERSUJUD
Perlakukan Syiah mmg aku benci. Orang yang mengikut ajaran Syiah lagilah aku benci. Memburuk-burukkan sahabat nabi dan terlalu mengagungkan Saidina Ali dan Ahlul Bayt Rasulullah SAW. Mengikut sejarah, golongan Syiah ini jelas kesesatannya dan merupakan penipu terbesar didunia. Aku taknak duk lama2 dalam makam tersebut. Lagipun aku semakin menyampah dengan perlakuan mereka. Hati aku pn ketika itu dh semakin teruja utk menziarahi makam Muawiyah Bin Abi Sufyan dan khalifah-khalifah Kerajaan Umayyah yang lain.
Setelah selesai menziarahi makam Bilal Bin Rabah. Kami dibawa oleh Basil menuju ke makam Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan Khalifah Al-walid Bin Abdul Malik.
"Hadi, ni makam khalifah Abdul Malik dan Al-walid."kata Basil.
MAKAM KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN DAN AL-WALID BIN ABD MALIK
Aik...aku sekali lagi terkejut. Macam ni je?? Sungguh aku hairan. Begitu dhaif dan buruk sekali makam mereka. Dahla pintu masuk berkunci. Aku hnya mampu mengintai menerusi tingkap je makam tersebut. Ternyata begitu jauh berbeza jika dibandingkan dengan makam yang dikatakan ahlul bayt sebelum ini.
"Apsal biasa je?"aku bertanya pada Basil. Beliau hanya mencebikkan bibir. Ohh, aku begitu hampa. Teringat aku pada jasa Khalifah Abdul Malik b. Marwan yang berjya meluaskan dakwah islam sehingga ke Afrika Utara dan melantik Musa Bin Nusair yang menjadi gabenor disana. Beliau jugalah yang memberi keizinan kpd Musa b Nusair utk meluaskan dakwah islam ke bumi Andalusia. Sehingga akhirnya terbentuk sebuah kerajaan islam yang agung disana. Jasa Khalifah Al-walid juga tidak kurang hebatnya dalam perluasan dakwah dan empayar Kerajaan Bani Umayyah. Namun, makam mereka kini seolah-olah menunjukkan bhwa jasa-jasa mereka sudah semakin dilupai. Aku hampa.
MAKAM SAHABAT MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN, PENGASAS KERAJAAN BANI UMAYYAH
Kemudian, aku segera bergerak menuju ke Makam Muawiyah Bin Abi Sufyan dalam hati yang penuh kesedihan dan kehampaan. Setalah berjalan beberapa meter. Sekali lagi aku dikejutkan apabila melihat Makam Muawiyah, pengasas Kerajaan Bani Umayyah. Dhaif dan mengecewakan. Seolah-olah tiada orang yg menguruskan perkuburan mereka. Dahla berkunci, sekali lagi aku hnya mampu melihat menerusi tingkap. Tidak jauh bezanya dgn 2 makam khilafah sebelum ini. Kelihatan botol-botol kaca yg pecah dan batu-batu yg pecah ditepi kubur mereka begitu juga dgn kubur dua khalifah sebelum ini.
Aku tergamam dalam kesedihan. Apakah jasa mereka sudah dilupakan?? Terutamanya makam Muawiyah Bin Abi Sufyan yang merupakan salah seorang sahabat nabi?? Aku berlalu dengan rasa penuh kesedihan. Meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Basil cakap sebelum ini makam tersebut terbuka. Namun, makam Muawiyah dan khalifah Abdul Malik dan Al-walid sering menjadi sasaran golongan syiah yang membenci pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah.
Makam mereka sering diludah dan dibaling dgn botol kaca dan batu-batu yg besar utk menggambarkan btpa bencinya mereka kepada Muawiyah dan dua lagi khalifah itu. Sebab itu masih terdapat sisa-sisa kaca yang pecah dan batu-batu yg berserakan ditepi makam mereka. Semuanya angkara golongan syiah yang begitu taksub dan sesat. Akhirnya, telah dibina binaan berbentuk rumah bagi melindungi makam mereka daripada terus menjadi sasaran golongan Syiah tersebut. Sebab itulah makam mereka nmpk begitu dhaif dan buruk tidak seperti makam yang dikatakan makam ahlul bayt yg begitu cantik dan dijaga rapi.
Ohh,,cerita Basil menambahkan lagi kebencian aku kpd golongan Syiah. Golongan penipu besar!!
Malam itu, aku mengadakan sedikit perbincangan dengan housmate Basil iaitu Faiz mengenai sejarah islam. Basil cakap Faiz ni mmg terer bab2 sejarah. Mengikut kata Faiz, memang Syiah kuat menipu. Suka memutarbelitkan sejarah demi kepentingan peribadi. Kalau dikaji sejarah pon, peranan Syiah dalam melaga-lagakan antara umat Islam mmg banyak sehinggakan pernah terjadi peperangan antra Sultan Nuruddin Mahmud Az-Zanky dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi akibat salah faham. Salah faham dan fitnah yg direka oleh golongan Syiah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Salahuddin yang menjatuhkan Kerajaan Syiah Fatimiyyah yang mana kerajaan tersebut ketika itu sudah lemah dan pemerintahnya pula zalim dan tidak adil.
Menurut Faiz juga, tidak dinafikan bhwa Yazid Bin Muawiyah adalah seorang pemerintah yang tegas dan keras terhadap golongan SYIAH. Sekali lagi sy nk highlight di sini. TEGAS DAN KERAS terhadap golongan SYIAH. Tidak seperti yg dinyatakan dalam buku sejarah STPM dahulu yg mana buku tersebut mendakwa bhwa Yazid ialah seorang khalifah yang tegas dan keras. Jika dibaca ayat seperti ini terlalu umum menunjukkan seolah-olah Yazid seorang yang zalim terhadap semua rakyatnya. Yazid Bin Muawiyah memang seorang khalifah yang tegas dan keras terhadap golongan Syiah kerana golongan ini terlalu bnyk membuat fitnah dan huru-hara.
Ohh,,berdosanya mereka yang memutarbelitkan sejarah.
Perbincangan dengan Faiz malam itu walaupn sebentar bnyk membuatkan aku termenung. Nampaknya, aku perlu mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah islam. Aku kecewa apabila sejarah yang tidak benar dan palsu diguna pakai dalam matapelajaran sejarah utk pelajar-pelajar di Malaysia akhirnya menyebabkan golongan-golongan yang bnyk berjasa ini menjadi bahan fitnah.
Dan aku berasa teramat sedih dengan apa yang berlaku. Fitnah yang dikenakan ke atas mereka menyebabkan segala jasa mereka dalam menyebarkan dakwah islam semakin dilupakan seolah-olah mereka terlalu zalim dan tiada kebaikan yang dilakukan.
Mereka inilah mangsa fitnah.
Wahai Muawiyah Bin Abi Sufyan dan Yazid Bin Muawiyah.
Engkaulah mangsa fitnah.
Semoga Allah merahmati rohmu............
[Perkongsian ilmu amatlah digalakkan utk post kali ini. Terima kasih]