Tuesday 20 October 2009

Sejarah

Posted by Aragorn at 2:14:00 pm 10 comments
Sepanjang percutianku di Malaysia, banyak jugalah perkara yg berfaedah dan tidak berfaedah yang aku buat..hahaha...tak perlulah aku cerita semuanya kot.

tetapi, kt sni aku ingin berkongsi salah satu pengisian menarikku sepanjang percutian ku di sisi keluarga.

Aku tak tahu kenapa, sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Turki yang menakjubkan. Tetiba hatiku begitu tertarik dan ingin mengetahui sejarah-sejarah kehebatan khilafah dan sejarah islam terdahulu. sedangkan masa sekolah dulu, sejarah adalah salah satu subjek yang aku tak berapa suka. bahkan, sumbangan para sahabat nabi SAW pom aku x brape thu sgt. btapa jahilnya aku trhadap sejarah.

setiap kali aku singgah di mana-mana shopping mall. hanya satu je dalam kepala otakku, mana kedai buku ek?? hatiku teringin sangat membaca dan mengetahui sejarah-sejarah keagungan islam dahulu kala. bahkan, aku sggup meneliti semula buku teks sejarah tingkatan 4 utk membaca namun maklumat yg diberikan nyata trlalu sikit dan aku rsa x puas hati.

alhamdulillah, disebuah kedai buku di KB Mall. mata aku terlihat sebuah buku yg agak menarik bagiku. "Hulagu Khan". sape dia ni ek? yg aku tahu dia ni mesti org monggol. kumeneliti buku tersebut sdikit demi sdikit. sperti yang aku jangkakan. Hulagu Khan adalah cucu kpd Genghis Khan iaitu bangsa Monggol. Hulagu Khan adalah manusia yang bertanggungjawab menjatuhkan Kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad dalam satu serangan besar-besaran untuk menawan kota trsebut. ternyata, serangan tersebut melumpuhkan Kerajaan Bani Abbasiah yg juga ketika itu menghadapi masalah dalaman kerana pertentangan hebat antara penganut Sunni dan Syiah. Khalifah terakhir iaitu Khalifah Al-Musta'sim Billah dan keluarga telah dibunuh. kehancuran Kerajaan Bani Abbasiah telah turut menghancurkan politik Islam, sistem pendidikan ekonomi dan perkembangan budaya Islam yg amat berpengaruh ketika itu.

itulah kot sedikit sinopsis yg sempat aku baca semasa membelek buku tersbut. menarik!! gumam hatiku, disebelah buku tersbut terjualnya sebuah buku lagi dari penulis yang sama bertajuk "Uthman Bin Affan", Khulafa' Ar-Rasyidin yang ketiga dalam Islam. buku ini bukan sekadar buku semata-mata tapi sebuah sejarah yang dinovelkan menjadikan pembaca tentu tertarik utk membacanya. mesti banyak lagi karya-karya novel sejarah Islam drpd penulis ini.

sangkaan aku mmg tidak salah, bukan satu, bukan dua. malah banyak lagi rupanya novel sejarah Islam yang dihasilkan oleh penulis ini. Namanya, Abdul Latip Talib. Tanpa berlengah, aku terus membeli novel-novel tersebut utk dibaca dan dijadikan koleksi.

Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Khalid Al-Walid, Hulagu Khan, Sultan Salahuddin Al-Ayubi, dan buku yang amat sekali aku kehendaki ialah Sultan Muhammad Al-Fateh, antra tokoh Islam yang menjadi idola aku turut dihasilkan oleh penulis ini. Ohh syukur Ya Allah. mungkin Allah ingin membuka pintu hatiku utk mencintai sejarah Islam lepas ini. InsyaAllah...turut dalam senarai pembelian ialah buku bertajuk "Jatuhnya Sebuah Tamadun", "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain", dan "Peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat". Alhamdulillah, walaupon menghabiskan hampir RM 300 namun nilai terlalu sedikit jika dibandingkan dgn isi dalaman buku-buku ini. Cuma satu aku x jmpa, novel mengenai Tariq Bin Ziad. dah puas aku jelajah Malaysia utk mencari novelnya namun tidak ketemuan. Xpelah, myb bukan rezeki aku kot.

Seperti yang kita tahu, tokoh-tokoh Islam ni mmg ramai. daripada tokoh ilmuan hinggalah kpd tokoh dlm peperangan. semuanya hebat2 blake. namun, bagi diriku. aku amat menyanjungi 3 tokoh ini iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayubi, Tariq Bin Ziad dan Sultan Muhammad Al-Fateh. tapi, bukan bermakna para sahabat dan tabi3 tabi3in yang lain aku tak sanjung. sanjung je cuma mereka bertiga ini antra tokoh pejuang islam dahulu kala yg aku kagumi.

1. Sultan Salahuddin Al-Ayubi
korg sume tntu tahu apakah kehebatan tokoh ini. seorang muslim berbangsa kurdis dari Azerbaijan yg dilahirkan di Tikrit, Iraq. salah seorang panglima tentera Islam yg hebat pada zaman tersebut. beliau masyhur krn sumbangannya membebaskan Masjid Aqsa yg ketika itu dijajah oleh Tentera Salib yang kejam dan zalim. setelah Saidina Umar Al-Khattab membebaskan Masjid Aqsa drpd penjajahan Rom. namun, Masjid Aqsa kembali jatuh ke tangan Tentera Salib dari Eropah disebabkan perpecahan yang berlaku dlm kalangan umat Islam dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi telah bertanggungjwb mengembalikan maruah umat Islam dengan tertawannya Kota Suci umat Islam itu pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah. Salah satu ucapan yang masyhur drpd Sultan SAlahuddin Al-Ayubi ialah "Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia". dan kata2 drpd beliau mmg diakui melihat kpd situasi dunia masa kini.

2. Tariq Bin Ziad
aku x brani nk bercerita sgt psl Tariq Bin Ziad ni. Maklumlah, pengetahuan sejarah aku mengenai kehebatan beliau tidaklah seberapa sgt. yang aku tahu, dia adalah tokoh yang berjya menawan Sepanyol bersama rakannya Musa Bin Nusair dan Sepanyol akhirnya jatuh di bwh penguasaan Kerajaan Bani Umayyah ketika itu. Beliau telah mendaratkan kapal perangnya di Jabal Tariq atau kini lebih dikenali sbg Gibraltar dan menguasai kota2 besar di sana sehingga menyebabkan seluruh wilayah Sepanyol dan sebahagian Perancis serta Itali jatuh dibawah takluk Kerajaan Bani Umayyah. Kepada para pembaca yang mengetahui lebih lanjut sejarah mengenai Tariq Bin Ziad ini bolehlah berkongsi yerk..tq

3. Sultan Muhammad Al-Fateh
Inilah tokoh pejuang Islam yg menjadi idola aku. Kenapa yerk? sebab lebih kurg 800 tahun sebelum itu. junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada dibwhnya ialah sebaik-baik pasukan."(H.R. Ahmad Bin Hanbal). pelbagai usaha telah dilakukan oleh pejuang Islam terdahulu utk menawan Kota Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada 34 H. Muawiyah Abu Sufian pada 84 H. Sultan Sulaiman pada 91 H. Khalifah Harun Ar-Rasyid pada 165 H. Sultan Beyazid pada 1391 M, 1397 M dan 1400 M dan beberapa lagi tokoh Islam yang tetapi semuanya menemui kegagalan. Sehinggakan salah sorg sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayub Al-Ansar telah gugur syahid semasa berperang utk menawan kota tersebut dan dikebumikan di sisi benteng Kota Konstantinopel mengikut wasiat beliau. Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Akhirnya, Allah memilih Sultan Muhammad Al-Fateh utk menawan Konstantinopel pada 29 Mei 1453 M. ternyata beliaulah org yang disebut dalam hadis nabi iaitu sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.

Apa yang aku kagumi drpd ketiga-tiga pejuang ini ialah mereka adalah muslim yang tidak bertemu dan Rasulullah SAW disebabkan perbezaan masa jika dibandingkan dgn sahabat-sahabat nabi yang lain. namun, semangat jihad yang dipamerkan amatlah tinggi dan seolah-olah mereka mendapat secara langsung drpd Nabi SAW. Mampukah kita menjadi seperti mereka? Tepuk dada, tanyalah iman.

stkt ini shja kot kata-kata dari aku. InsyaAllah, jikalau ada masa. akan aku kongsikan sejarah mereka meskipun aku thu ramai antara kalian yg dh thu..hehe

Sunday 18 October 2009

Bertemu Kembali

Posted by Aragorn at 6:17:00 am 3 comments
urmm..lama dah rsanya aku x update blog ni. sejak pulang ke malaysia. langsung aku xpernah amik tahu psl internet. maklumlah, kt umah aku even umah akak aku pom mmg takde internet. so, hidup aku di malaysia mmg tidak berinternt berbanding hidupku di bumi urdun ni yg mmg stiap hari ngadap internet..hehe

alhamdulillah, tahun ni agak gembira bagi aku.
-dapat balik malaysia utk bertemu insan2 tersayang
-dapat menikmati suasana hari raya di malaysia yg sememangnya meriah dgn sanak saudara dan rakan2 taulan
-dapat berpuasa di malaysia
-dpt melihat kehijauan bumi malaysia, sudah lama aku merindui keindahan bumi malaysia yang hijau dan cantik menawan

urmm,,bnyak ag sbnrnya. alhamdulillah, syukur ats nikmat kurniaan Ilahi ini.

aku masih ingt lagi, 26 Ogos 2008 merupakan tarikh dimana aku berserta rakan-rakanku mula bergerak meninggalkan KLIA utk menuju ke Jordan. setahun kemudian, 26 Ogos 2009. kakiku melangkah memasuki KLIA utk kembali pulang ke bumi malaysia utk bertemu insan tersayang.

alhamdulillah, rupanya cukup setahun aku meninggalkan bumi malaysia. penerbangan pulang ke malaysia menaiki Etihad Airways dirasakan begitu lama kerana ketidaksabaran aku.

ku pergunakan hari2 di malaysia dgn penuh efisien agar stiap detik aku di bumi malaysia itu akan sntiasa aku ingati. bimbang jika ajal hadir tnpa smpt aku bertemu lagi dgn bumi tersayang ini.

kumelihat wajah ibu dan bapaku yg semakin dimamah usia. ternyata tercalit snyuman kegembiraan di wajah mereka apabila melihat kepulangan anak tersayang. ibuku sudah menjangkau usia 60 lebih manakala bapaku cukup 70. alhamdulillah, Allah masih mengurniakan umur dan kekuatan kpd mereka. aku sndiri kagum dgn kedua ibu bapaku. umur mereka yang tua tidak menghalang mereka utk terus berdiri dan melakukan kerja sampingan meskipun sering ditegah oleh anak kerana bimbangkan kesihatan mereka.

jika ada yang mengatakan aku homesick. telahan itu salah sama skali. sesungguhnya, sbg anak lelaki. aku mempunyai tanggungjawab yg besar trhdp ibu bapaku. memandangkan usia mereka yg semakin tua. ntah bila akan dibawa bertemu Allah. aku perlu pulang utk terus berbakti. sila faham yerk....:D

walaupon kepulangan ke malaysia ini membawa sedikit musibah di akhir-akhirnya ats masalah tiket sehingga aku terpaksa mengeluarkan wang utk membeli tiket bru. namun, itu tidak sama skali mencacatkan kenangan manis aku di malaysia. alhamdulillah, aku meninggalkan bumi malaysia pada 6 okt 2009 dgn penerbangan Kuwait Airways, tiket yg bru aku beli stelah tiket Gulf Air aku kna suspended. aku meninggalkan bumi malaysia dgn penuh kesedihan.
tersayat rsanya hati krn ntah bila lagi aku akn pulang ke bumi ini. 3 perkara yg menyedihkan aku smsa meninggalkan bumi malaysia.

1. sedih meninggalkan bumi Kelantan
bumi klate mmg tidak dinafikan adalah bumi yang plg aku cintai. jikalau rasulullah saw begitu menyayangi bumi Mekah. aku juga begitu menyayangi bumi klate. membesar sejak darjah 2 shingga kini. klate mnjdi rumah no 1 aku. ditadbir oleh seorang ulama yg disegani seantero dunia, tuan guru nik abd aziz bik mat. menjadikan bumi kelantan cukup2 istimewa di malaysia. hampir seluruh teman2 dan rakan2 ku berkumpul juga menetap di bumi kelantan. istimewanya bumi ini, sesiapa shja yg mengenal kelantan. sudah pasti kerinduan akn hadir dlm diri mereka.

2.sedih meninggalkan bumi malaysia
bak kata seorang traveller yg aku kenali. "tmpt plg bez pnh aku pergi, MALAYSIA,"katanya. bak kata Ustazah Fatahiyah plak, "tempat plg bezz bagi kita sbnrnya ialah tempat kelahiran kita sndiri."
aku tak perlu hurai bnyk2 krn korg sndiri pom dh faham.

3. sedih meninggalkan famili tersyg
drpd mak hinggalah ke anak sedara aku. sumenya aku syg blake. telatah anak sedara yg mencuitkan hati. akak2 yg sporting. abang yg lurus but penyayang. mak yg bnyk ckp. ayah yg pendiam. sumenya kenangan manis bersama keluarga. sape yg x rindu famili sndiri. mmg aku bgi jahil la kt org tuh.


setakat ni je kot post aku kali ini. nk g kelas plak. InsyaAllah, lepas ni aku nk post satu kisah yg amat menarik.InsyaAllah,smoga mnjdi tauladan buat kita sume. Jmpa lagi...:)
 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez