Monday 29 June 2009

Al -Haramayn..

Posted by Aragorn at 7:57:00 pm 6 comments

27 Jun 2009, 1.15 tengah hari

Pandangan mataku sayu sekali merenung sesuatu di depan mata. Bercermin mata gelap, mengelak terik dan panasnya cahaya matahari. Bersuhukan 43 celcius. Berpakaian baju melayu kelabu kegemaranku. Bermandikan peluh di kala kepanasan, menitik disetiap inci wajahku. Namun, pandangan mataku tetap kaku melihatnya. Tersergam indah di depan mata. Menjadi impian setiap manusia untuk melihatnya, mendekatinya serta bersujud di depannya. Mataku terus memandang dengan penuh kesayuan. Air mataku hampir menitik kerana sebentar shja lagi. Kakiku akan melangkah meninggalkan benda itu. Jika umurku panjang, aku berjanji akan datang lagi untuk melihat dan bersujud di depannya. Betapa aku bersyukur pada Allah. Dikala usia semuda 19 tahun ini. Allah telah memilih aku. Allah telah menjemputku sebagai tetamunya. Tetamunya di rumahnya yang paling suci di dunia. Masjidil Haram. Mataku terus memandang Kaabah yg berdiri megah didepan mataku. Kudongakkan sedikit kepalaku melihat ketinggian Kaabah yang betul2 di hadapanku. Panas terik tidak kuhiraukan. Manusia-manusia yg sedang berpusu-pusu bertawaf dan bercakaran utk mencium Hajarul Aswad tidak lagi menjadi tumpuanku. Sebaliknya, Kaabah yg tersergam indah didepan mata kutatap penuh sayu. Bimbang jika aku tidak kesampaian utk melihatnya lagi. Lalu ku bersujud, bersyukur pada Allah di tengah kepanasan ini kerana memilih aku sebagai tetamunya di rumah yang mulia ini. Perlahan-lahan kakiku melangkah berpaling menjauhi Kaabah. Kusempat berpaling utk menatap buat kali terakhir utk kali ini sebelum ianya hilang ditutupi dinding-dinding masjid yang pejal.

'Ya Allah, semoga aku akan menjadi tetamu lagi di Tanah Haram ini pada masa akan datang..aminn..'

Serba sedikit luahan perasaanku sepanjang 10 hari berkelana di Bumi Barakah ini demi mengutip sebanyak mungkin ganjaran pahala sebagai bekalan di Akhirat. Alhamdulillah, hari ini aku selamat tiba di bumi Irbid utk meneruskan sisa kehidupanku seperti biasa.

AL-HARAMAYN bermaksud dua haram. Nama ini dikhususkan utk dua tanah haram yang berada di Bumi Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Di dalamnya terletaknya dua masjid yang mulia dalam Islam iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Jom!! Ikuti pengalaman dan sedikit info sepanjang perjalananku ke Bumi Barakah ini.

Sebaik sahaja peperiksaan Physiology tamat pada 18 Jun hari tuh. Aku terus bergegas menuju ke bank. Mengeluarkan duit lebih kurang JD 200 utk kegunaan di bumi Arab Saudi nanti. Ku tukarkan dahulu JD 100 di Balad dengan tukaran JD 1 = 5.25 Riyal maka aku mendapat sejumlah 525 riyal. Banyak dah tuh. Aku bergegas pulang ke rumah. Berkemas seringkas yang mungkin lalu tepat Jam 6 petang. Bas kami bergerak meninggalkan bumi Irbid menuju ke destinasi. Seramai 47 orang pelajar dari Jordan University Of Science And Technology menyertai rombongan Umrah kali ini. Ada yang ke Umrah buat kali ke-2 dan ada juga buat kali ke-3. Tapi, kebanyakannya adalah pertama kali mereka akan mengerjakan Umrah. Kami menempah Bas Syarikat Brejy iaitu antara syarikat yang menguruskan jemaah yang ingin mengerjakan umrah dan haji di Jordan ini. Kami diiringi oleh seorang pemandu dan seorang Syeikh yang kami panggil Syeikh Abdullah sbg tourist guide dan ustaz yang banyak memberi tunjuk ajar pada kami.

Kami tiba di border tengah malam. Aku pom tak ingat kul bape. Dan perjalanan diteruskan sehinggalah kami tiba di Masjid Qiblatain untuk menunaikan solat zohor dan asar secara jama'. Masjid Qiblatain bermaksud masjid yang mempunyai dua kiblat. Pada asalnya, kiblat masjid ini adalah menghadap Masjidil Aqsa sebelum Allah menukarkannya kembali dengan menghadap ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Lebih kurang jam 3.30 petang. Kami selamat tiba di hotel penginapan kami di Madinah. Kami telah menetap di Madinah selama lebih kurang 4 hari 3 malam.

Alhamdulillah. Dapatlah kami solat berjemaah secara berturut-turut sepanjang menginap di Madinah. Solat di Masjid Nabawi, salah sebuah dari 3 masjid yang suci dan mulia dalam Islam. Rasa begitu teruja sekali apabila melihat kemegahan Masjid Nabawi yang berdiri megah di depan mataku. Selama ini, aku hanya mampu melihatnya melalui gambar dan internet shja. Masjid Nabawi juga amatlah luas dan bagi sesiapa yang datang buat kali pertama memang boleh sesat dibuatnya. Aku juga pernah sesat dalam 2,3 kali gak sebab tak ingat aku letak selipar aku kat bahagian mana. Jika ditambah dengan keluasan halaman masjid. Menjadikan agak lenguh jugak seseorang jika ingin mengelilinginya. Bersolat di Masjid Nabawi mempunyai ganjaran pahala yang banyak.

Daripada Abdullah bin Zabir R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :'Bersolat di Masjidku ini lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram, solat di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 kali solat di Masjidku ini.

Riwayat Ahmad Wa Ghairahu. (Kitab Musnad Imam Ahmad)

Jelas berdasarkan hadis ini. Maka, bagi para pembaca yang berniat utk menziarahi Madinah nanti. Gunakanla peluang untuk bersolat di Masjid Nabawi sepenuhnya. Bukan senang nak dapat ganjaran pahala 1000 kali solat di masjid lain melainkan di masjid ini.

Kesempatan menziarahi Madinah juga ku gunakan untuk bersolat di dalam Raudhah, menziarahi Makam Nabi Muhammad, Makam Saidina Abu Bakar, Makam Saidina Umar Al Khattab dan Makam Saiditina Aisyah, Makam Baqi' yang menempatkan ribuan pejuang Islam yang mati syahid. Kami juga turut melawat kawasan peperangan Uhud dan Bukit Uhud, Makam Saidina Hamzah yang syahid ketika peperangan Uhud, Kilang mencetak Al-Quran, Masjid Quba' iaitu masjid yang pertama dibina dalam Islam serta pasar tamar. Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah memberikan aku kesempatan untuk melawat kawasan-kawasan ini dan bersolat di Masjid Nabawi.

Setelah 4 hari berkampung di Madinah. Maka, pada hari Isnin. Rombongan kami akan bergerak menuju ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Pakaian Ihram sudah siap dibeli dan kami juga telah diberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk melaksanakan umrah dan cara memakai pakaian ihram. Kami sempat menunaikan solat zohor di Masjid Nabawi buat kali terakhir untuk kali ini dan dijama'kan dgn solat asar. Tepat jam 3 petang. Bas kami bergerak meninggalkan bumi Madinah dengan penuh kesayuan krn kami akan meninggalkan makam nabi dan masjidnya yang sentiasa menjadi kenangan indah buat aku. Ternyata, menunaikan solat di Masjid Nabawi memberi sedikit kelainan krn aku merasakan bahawa diriku semakin hampir dengan Allah. Alhamdulillah.

Kami bertolak meninggalkan Madinah utk menuju ke Zulhulaifah iaitu Miqat Makani utk jemaah umrah dari Madinah dan negara-negara Syam. Setiba di Zulhulaifah, kami mengenakan pakaian ihram sepenuhnya, berwudhuk kemudian menunaikan solat sunat mengikut ajaran Rasulullah. Selesai menunaikan solat sunat. Kami bergerak menaiki bas dan berniat umrah dan ihram bersama-sama. Perlahan-lahan bas kami bergerak meninggalkan bumi Zulhulaifah untuk menuju ke Mekah. Perjalanan yang akan memakan masa lebih kurang 6 jam. Dalam perjalanan, kami disunatkan bertalbiah iaitu "Labbaikallah humma labbaik' sehinggalah ke Mekah.

Kami tiba di Mekah lebih kurang jam 10 malam. Menuju ke sebuah hotel dahulu utk meletakkan barang2 kami. Hotel kali ini lebih mewah berbanding hotel kami di Madinah cuma jaraknya jauh sekali dengan Masjidil Haram. Namun, perkhidmatan bas disediakan utk jemaah bergerak ke masjid setiap masa. Selesai berkemas, kami beramai-ramai bergerak menuju ke Masjidil Haram.

Setiba di sana. Kami bergerak mencari Pintu Fatah kerana sunnah Rasulullah memasuki Masjidil Haram dari pintu itu untuk menunaikan Umrah. Alhamdulillah, kemegahan Kaabah tersergam indah di depan mata. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi aku peluang melihat dengan kepala mataku sendiri. Kami menunaikan umrah tepat jam 12.30 malam. Tanpa berlengah, kami turun mencari penjuru Hajarul Aswad untuk memulakan tawaf sebanyak 7 pusingan. 3 pusingan pertama disunat untuk berlari-lari anak dengan keadaan ber'ittiba iaitu dengan membuka bahu disebelah kanan dan bahu kiri masih ditutup dengan kain ihram. Selesai 3 pusingan barulah kami berjalan seperti biasa sehinggalah ke pusingan terakhir. Bertawaf pada tengah malam agak senang sikit sebab jemaah umrah tidaklah terlalu ramai. Maka, tidak perlulah berasak-asak sangat.

Selesai umrah, bergerak pula menuju ke tempat Sai'e. Tempat bersai'e hanyalah bersebelah dengan masjid dan bersambung membentuk satu bangunan yang panjang mengunjur ke luar. kami mendaki Bukit Safa kemudian menghadap ke arah Kaabah. Bertakbir dan membaca doa dan terus berjalan menuju ke Bukit Marwah. Jaraknya lebih kurang 350m. Jauh jugak tuh. sayup mata memandang Bukit Marwah. Apabila tiba di kawasan antara 2 lampu hijau. Kami disunatkan berlari anak. Perkara sama dilakukan di Bukit Marwah dan Bukit Safa sehinggalah selesai 7 kali berulang alik. Kami pun bertahalul dengan bergunting rambut atau bercukur. Bercukur adalah lebih afdhal kerana Nabi SAW mendoakan 3 kali kerahmatan utk org bercukur namun hanya sekali untuk org bergunting (walaupun aku sendiri tak bercukur,.haha).

Alhamdulillah, kami selesai menunaikan umrah lebih kurang jam 2 pagi. Memandangkan hotel yang agak jauh. So, kami decide untuk stay sampai subuh. Begitulah lebih kurang rutin harianku di Bumi Mekah. Kebiasaannya aku akan balik lepas subuh dan tidur sampai waktu zohor. Kemudian aku akan bergerak ke Masjidil Haram utk menunaikan solat zohor dan keluar utk makan tengah hari. Kemudian kembali ke masjid utk solat asar dan balik semula ke hotel utk menyegarkan tubuh badan. Malam pula, aku akan stay kat Masjidil Haram sampai subuh. Makan malam lepas Isyak. Kemudian bertawaf sunat sebelum di dalam masjid sebelum tidur utk bangun qiamullail. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar sehinggalah ke hari akhir aku di Mekah.

Inilah serba sedikit pengalamaku dan rutinku sepanjang perjalananku ke Bumi Madinah dan Mekah di Arab Saudi ini. Sekarang, aku ingin berkongsi sedikit maklumat dan pengalaman sepanjang penziarahanku di Bumi Mekah dan Madinah ini.

1. RAUDHAH

Raudhah adalah sebuah ruangan yang berada dalam Masjid Nabawi seluas 22x15. Mengikut satu hadis daripada Sahih Bukhari dan Muslim,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku.'

Ruangan taman-taman syurga yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis tersebut adalah Raudhah. Setiba aku di Madinah hari itu. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah bersolat dalam ruangan Raudhah. Selesai solat maghrib pada malam pertama di Bumi Madinah. Aku bergegas bertanyakan seorang pakcik arab tentang kedudukan Raudhah. Setelah beliau menunjukkan arab berkenaan. Aku bergegas ke sana namun tersangkut dek keramaian jemaah masjid yang ingin menziarahi makam Nabi SAW. Tiba shja di tepi Raudhah, ternyata seperti yang dikatakan oleh senior aku. Begitu ramai sekali org yang bersolat dan berdoa di dalamnya. Sehingga tiada seinci pom ruang kosong untuk aku menyelit. Jikalau ada pun, pastia akan segera disambar oleh jemaah lain. Aku hanya pasrah, lalu kuubah niatku lalu aku berjalan menuju ke makam Nabi SAW lalu menyampaikan salam pada makamnya. Alhamdulillah, berkat doaku. Keesokkan harinya, aku diizinkan Allah utk bersolat dalam Raudhah. Dalam 2,3 kali jugakla termasuk sekali solat fardhu isyak. Alhamdulillah. Namun, utk menyelit dalam Raudhah ni memang memerlukan cabaran. Jemaah yang begitu ramai dan kadang-kadang sampai tahap hampir bergaduh krn ingin bersolat di dalamnya. Raudhah menjadi pilihan ramai jemaah krn ia merupakan antara taman-taman syurga dan antara tempat yang mustajab doanya. Mengikut kisah dari seorang kawan aku yang sempat berqiam dalam Raudhah. Tepat jam 12 malam. Masjid Nabawi akan ditutup sebentar utk dicuci dan dibuka semula jam 2.30 pagi. Beliau menunggu di hadapan Masjid Nabawi seawal jam 1 pagi dan ketika itu sudah ramai jemaah lain yg juga setia menunggu. Sudah pasti tempat pertama yang menjadi target mereka adalah Raudhah. Sebaik shja, pintu masjid dibuka. Bertempiaran jemaah berlari- lari menuju ke ruangan Raudhah untuk bersolat. Hurrm...antara kawasan yg paling havoc dalam masjid ialah Raudhah. Untuk senang mengenali kawasan Raudhah ini. Ia diletakkan dengan karpet berwarna hijau. Bermakna, selagi tempat yang anda pijak itu karpetnya warna hijau. Maknanya, anda berada dalam ruangan Raudhah maka beribadatlah sepenuh hati.

2. MAKAM RASULULLAH SAW

Makam Nabi Muhammad SAW terletak dalam rumah baginda. Maknanya, ia bersebelahan dengan Raudhah dan dalam ruangan Masjid Nabawi. Jika dilihat dari luar, anda akan perasan satu bumbung yang berkubah hijau. Dibawah itulah terletaknya makam Nabi SAW junjungan kita berserta makam sahabat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab serta isteri baginda, Saiditina Aisyah. Kalu nk melawat Makan Nabi SAW ini senang skit sebab tak ramai org kecuali lepas solat maghrib. Masa tuh mmg havoc giler la. Time utk wanita melawat plak aku pom x pasti kul bape. Tak pernah pulak aku nmpk wanita dtg melawat. Kebiasaannya, jemaah yang datang melawat akan bergerak melintasi hadapan pintu makam nabi dan memberi salam pada baginda. Kemudian, mereka akan bergerak menuju ke luar melalui pintu gerbang Baqi' dan berdiri diluar sambil memandang makam nabi dan menangis di situ. Aku pun tak tahu apa yang dorang tangisi. Aku hanya melihat sahaja.

3. MASJID QUBA'

Masjid Quba' merupakan masjid pertama dibina dalam Islam. Sekarang, apa yang kita kena faham. Masjid Quba' dikatakan masjid pertama dalam Islam kerana Islam datang setelah kelahiran Nabi SAW. Masjidil Haram pula adalah rumah ibadah pertama di dunia yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Benda ni lah yang kita kena faham. Ketika hijrah baginda SAW ke Madinah. Baginda singgah di Quba' dan membina masjid di situ sebelum dijemput oleh penduduk Madinah utk meneruskan perjalanan hingga ke Madinah.

4. MASJIDIL HARAM

Masjidil Haram meliputi Kaabah tempat tawaf disekelilingnya serta semua bangunan dan halaman untuk bersolat. Masjid ni mempunyai 4 tingkat bermula dari aras bawah tanah sehinggalah ke tingkat ke-3 iaitu di bahagian atas sekali yang tidak berbumbung. Luas keseluruhan bangunan masjid kini ialah 76,000 meter persegi. Ini tidak termasuk kawasan atap dan medan luar masjid yang seluas 88,000 meter persegi. Jumlah keluasan keseluruhan Masjidil Haram ialah 278,000 meter persegi dan boleh menampung 694,000 orang. Luas kawasan sekitar Masjidil Haram pula ialah 366,000 meter persegi dan boleh menampung seramai 220,000 orang menjadikan ia buleh menampung seramai sejuta lebih orang terutamanya pada musim haji dan bulan ramadhan. Masjid ini juga mempunyai 95 buah pintu besar dan pintu kecil dan Bab Al Malik Fahd dijadikan sebagai pintu utama di Masjidil Haram. Pasal sejarah pembinaan Masjidil Haram ini pula terlalu panjang sejarahnya. Kalau nk cter kt sni jenuh pulak korg nk baca nati. Huhu. Takpela, kalu ada masa dan kalu aku rajin. Aku akan ceritakan lain kali yerk. First impression aku masa tgk Masjidil Haram ini agak terkejut jugak sebab ia dikelilingi oleh pelbagai jenis bangunan dan hotel yang 10 kali ganda lebih tinggi dari masjid ini. Huh! Terkejut gak la aku dibuatnya. Ditepi masjid ni pom dah ada shopping mall untuk kemudahan para jemaah kot. Hhuhu. Wallahualam. Tapi, seperti yang diceritakan Syeikh Abdullah. Hotel dan Mall yang tinggi2 tuh bukan stkt hotel dan mall semata-mata. Tapi, turut menempatkan dewan solat yang buleh memuatkan kapasiti yg agak ramai terutama pada musim haji dan bilan ramadhan. Sebab, pada musim2 tersbut, jemaah terlalu ramai sehingga terpaksa bersolat di dalam kwsn mall dan di tepi jalan raya. Urmm...bagus jugak Mall nih.

5. KAABAH

Kaabah memang dikenali di seluruh dunia hatta non muslim sekalipom tahu bahawa ia merupakan kiblat utk semua umat Islam dalam menunaikan solat. Tidak sah solat tanpa menghadap muka ke arahnya dan tidak sah haji dan umrah seseorang jika tidak mengelilinginya. Ianya dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Setelah itu, ia mengalami pelbagai perubahan dan dibaik pulih sehinggalah seperti yang kita lihat sekarang. Panjang gak nk cter sume. InsyaAllah, dilain masa yerk. Kaabah mempunyai 4 sudut dan setiap sudut mempunyai namanya tersendiri iaitu Rukun Yamani, Rukun Syami, Rukun Iraqi dan Hajarul Aswad. Tingginya adalah 14 meter. Panjang di sudut Multazam iaitu antara Hajarul Aswad dan Rukun Iraqi adalah 12.84m. Panjang di sudut Hijr Ismail iaitu dari Rukun Iraqi hingga Rukun Syami ialah 11.28m. Panjang antara Rukun Syami dan Rukun Yamani adalah 12.11m dan antara Rukun Yamani ke Hajarul Aswad adalah sepanjang 11.52m. Pintunya pula 2m tinggi dari aras tanah, disaluti emas dan perak serta mempunyai dua pintu. Pintunya dibuat pada 1399H menelan belanja sebanyak 13,420,000 Riyal Saudi dan emas sebanyak 280KG. Ia ditutupi oleh Kiswah iaitu kelambu berwarna hitam dan dibuat di sebuah kilang khas di Mekah. Setiap tahun ia akan ditukar pada pagi 9 Zulhijjah iaitu pada hari wukuf. Kiswah ini diperbuat drpd sutera asli halus yang diimport dan memerlukan sebanyak 670KG sutera dan besar kain ini adalah 658 meter persegi. Kiswah ini juga dilumuri dengan minyak wangi. Sebab itu kalu mendekati Kaabah, bau harum semerbak akan menerjah masuk ke dalam hidung memberikan kekhusyukan dan ketenangan ketika bersolat. InsyaAllah.

5. AL-MULTAZAM

Merupakan ruang di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah. Jaraknya adalah 2m. Apa yang kurang diketahui umum ialah Al-Multazam juga merupakan salah satu tempat yang mustajab utk berdoa. Disunatkan untuk berdoa serta diletakkan pipi, dada dan lengan serta kedua tapak tangan di Multazam. Seorang sahabat Nabi SAW Abdullah bin 'Amr melakukan tawaf di Kaabah kemudian beliau melakukan solat dan selepas itu beliau mengucup Hajarul Aswad. Kemudian beliau meletakkan dada, muka, dua lengan dan dua tapak tangannya di Kaabah. Kemudian beliau berkata : 'Demikianlah aku melihat Rasulullah SAW melakukannya'(Al-Fakihi, Akhbar Mekah 1/161, Lihat SahihAl-Jami' No.4888) Disebabkan ruangnya yang agak sempit iaitu sepanjang 2m shja. Jadi agak sukar jugak utk melakukan seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Aku pom sekadar dpt meletakkan kedua tapak tangan je utk berdoa di situ. Tambahan pula, lokasinya yang bersebelahan dgn Hajarul Aswad menjadikan ia semakin sukar utk aku berdoa disitu kerana terkena tempias perebutan utk mengucup Hajarul Aswad. Namun, Alhamdulillah. Berkat izin Allah. Dapat jugaklah aku berdoa di Multazam walaupun jrg2 dpt sentuh dinding tersebut. Cuma, apa yang menghairankan aku. Manusia-manusia di sini melakukan perkara tersebut di sekeliling kawasan Kaabah. Mengikut kata2 dari Syeikh Abdullah, berdoa sambil menekup muka, tapak tangan dll hanyalah dilakukan di ruangan Multazam shja krn ianya sunnah Nabi SAW. Tapi, manusia kt sni lain pulak perangainya. Habis setiap inci Kaabah dorg wat cmtu sambi menangis pulak tuh. Aku tgk Kiswah di bahagian bwh Kaabah dah pudar sikit warnanya. Ramai sgt yang menangis kot. Apa yang kita semua kena faham kat sini, Kaabah memanglah sesuatu yang barakah. Namun, apa yang perlu kita ingat ialah ia merupakan kiblat umat Islam. Bukannya tuhan. Jadi perbuatan seperti tersebut seolah-olah seperti kita sedang memuja Kaabah ini. Jadi kepada sesiapa yang berniat utk haji dan umrah lepas ini. Janganlah buat cmtu melainkan di ruangan Multazam. Biarlah manusia-manusia tersebut dengan perangainya. Huhu

6. HIJR ISMAIL DAN MIZAB

Hijr Ismail ialah sebuah lingkungan yang terletak di utara Kaabah antara Rukun Iraqi dan Rukun Syami. Bentuknya separa bulatan. Hijr Ismail dijadikan oleh Nabi Ibrahim sebagai sebuah bangsal utk berteduh dan kandang kambing kepunyaan Ismail. Namun, semasa Kaum Quraisy membina Kaabah, mereka tekah mengecilkan di bahagian utara krn kekurangan belanja. Semasa pemerintahan Abdullah B. Zubair, beliau telah memasukkan semuanya ke dalam binaan Kaabah termasuk Hijr Ismail. Walaubagaimanapun, semasa pemerintahan Hajjaj, beliau telah membinanya semula mengikut binaan Quraisy sehinggalah sekarang. Oleh yang demikian, Hijr Ismail dikira sebagai sebahagian drpd Kaabah dan tidak sah tawaf di dalamnya. Bagi sesiapa yang ingin bersolat di dalam Kaabah, dia boleh bersolat dalam Hijr Ismail krn ianya sebahagian drpd Kaabah(Tapi, perlu diingatkan bahawa bersolat dalam Kaabah adalah tidak boleh tapi tak pasti apakah hukumnya. Cuma, bersolat dalam Hijr Ismail pahalanya seperti bersolat dalam Kaabah). Kata Saiditina Aisyah : Suatu hari, saya ingin memasuki Kaabah utk bersolat di dalamnya. Rasulullah pun memegang tangan saya lalu membawa saya masuk ke dalam Hijr Ismail dan bersabda yang bermaksud : 'Solatlah dalam Hijr ini krn ianya adalah sebahagian drpd Kaabah, tetapi kaummu kekurangan belanja ketika membinanya maka mereka pun mengeluarkannya drpd binaan Kaabah. (Hadis sahih riwayat At-Tarmizi)

Berkata Abdullah B Abbas : 'Bersolatlah di tempat solat orang yang terpilih dan minumlah minuman orang yang baik.' Lalu orang ramai bertanya Ibnu Abbas : Dimanakah tempat solat itu? Jawabnya : 'Di bawah Mizab.' Dan apakah minuman itu? Jawabnya : 'Air Zamzam.'(Diriwayat oleh Ar-Azraqi bersanad hasan)

Mizab pula merupakan saluran untuk air keluar dari bumbung Kaabah. Mizab pertama kali dibina oleh Quraisy dan kini ia dibuat dengan emas. Sebagaimana yang disebut, tempat ini juga mustajab doanya. Wallahualam. Mizab terletak di atas Kaabah di tengah ruangan Hijr Ismail. Ia seperti sebantang paip yang keluar dari sebuah tangki air tapi berbentuk Kuboid yang memanjang keluar. Alhamdulillah, aku sempat juga beberapa kali untuk bersolat dalam Hijr Ismail. Takdela berebut masuk utk bersolat dalamnya seperti Raudhah sebab kebiasaannya setelah jemaah selesai menunaikan solat 2 rakaat dalam Hijr Ismail. Mereka atas terus mendekati dinding Kaabah dalam Hijr Ismail sambil berdoa dan menangis seperti yang aku ceritakan sebelum ini. Jadi, aku gunakan kesempatan itu untuk menyelit dan bersolat dalamnya serta berdoa. Alhamdulillah. Untuk kemudahan, ambilah kesempatan utk bersolat dalam Hijr Ismail pada tengah malam sebab masa tuh biasanya tak sibuk sgt. Waktu kemuncak kebiasaannya antara waktu Maghrib dan Isyak. Masa tuh memang havoc tak kiralah di Masjdil Haram mahupun Masjid Nabawi.

7. RUKUN YAMANI

Seperti yang aku sebut sebelum ini. Rukun Yamani merupakan salah satu penjuru Kaabah. Jika kita bertawaf mengelilingi Kaabah. Kita akan melalui penjuru ini sebelum sampai ke penjuru Hajarul Aswad menandakan tamatnya satu pusingan tawaf kita. Di rukun Yamani, kita disunatkan utk beristilam iaitu dengan mengusap dinding penjuru tersebut dengan tangan kanan kita. Jika tidak mampu, cukuplah dengan hanya memberi isyarat menggunakan tangan. Jika, tidak mampu juga. Lalu sahajalah seperti biasa tanpa memberi apa-apa isyarat. Ketika tawaf, disunatkan berdoa mengikut sunnah Nabi SAW iaitu 'Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wa qina 'aza bannar.' Semasa tawaf, kebiasaannya aku tidak memberi apa isyarat apa2 pun. Sekadar lalu dan membaca doa di atas. Namun, banyak kali jugakla aku beristilam pada Rukun Yamani ini. Sekadar menyentuhnya dengan tangan kananku. Rukun Yamani takdela havoc sgt berbanding Hajarul Aswad yang lebih menjadi tumpuan. Pada Rukun Yamani ni, ia dibukak sedikit dindingnya utk membolehkan orang ramai beristilam.

8. HAJARUL ASWAD

Haa!! Ini bahagian paling best utk aku cerita. Huhu. OK. Mari kita lihat dulu serba sedikit sejarah mengenai Hajarul Aswad ni.

Ketika Nabi Ibrahim membina Kaabah dan sampai di penjuru Hajarul Aswad, Nabi Ibrahim meminta Nabi Ismail utk mencari seketul batu yang boleh dijadikan tanda tempat permulaan tawaf. Ketika Ismail A.S mencarinya, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail membawa Hajarul Aswad kepada Ibrahim A.S. Allah SWT telah menyimpannya di Bukit Abi Qubais ketika berlakunya taufan Nabi Nuh dan berfirman kepada Jibrail :' Apabila engkau lihat kekasih-Ku membina rumah-Ku naja kelurakanlah ida kepadanya'(Lihat Al-Azraqi, Akhbar Mekah 1/64, Al-Hakim, Al-Mustadrak 6/468, Fathul Bari 6/648). Apabila Ismail A.S kembali bersama seketul batu, baginda mendapati bapanya telah meletakkan Hajarul Aswad disitu. Dia terus bertanya : 'Wahai bapaku, siapakah yang telah membawa batu ini kepadamu?' Jawab Ibrahim A.S : 'Ianya telah dibawa kepadaku oleh orang yang tidak mengharapkan batu yang dibawa oleh kamu, ia telah dibawa oleh Jibrail.'(Lihat Al-Azraqi, Akhbar Mekah 1/64, Al-Hakim, Al-Mustadrak 6/468, Fathul Bari 6/648).

Hajarul Aswad merupakan batu yang tertanam di penjuru Kaabah yang merupakan penanda bermula dan berakhirnya tawaf. Ia juga batu yang berasal dari batu syurga. Sabda Nabis SAW yang bermaksud : 'Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim merupakan dua biji batu drpd batu syurga. Allah telah menghilangkan cahaya pada keduanya. Jika tidak, nescaya cahayanya akan menerangi dia antara timur dan barat'(Sunan At-Tarmizi No.878).Asalnya ia merupakan seketul batu sahaja. Tetapi, setelah melalui pelbagai peristiwa, ia telah pecah sehinggalah menjadi 8 kepingan batu kecil sehinggalah sekarang. Kepingan terbesar hanyalah sebesar sebiji tamar. Ianya tertanam di batu besar lain yang dilingkungi penutup drpd perak. Antara beberapa peristiwa yang telah yang menimpa Hajarul Aswad ialah :

1. Kesan kebakaran yang pernah berlaku di Kaabah sewaktu pemerintahan Quraisy dan pemerintahan Abdullah Bin Zubair pada tahun 64H. Hajarul Aswad telah retak menjadi 3 bahagian lalu Ibnu Az-Zubair mengikatnya dengan dengan perak.

2. Peristiwa Al-Qaramithah, iaitu salah satu cabang Syiah Isma'illiyah Al-Bataniyyah yang telah mencabut Hajarul Aswad pada tahun 317H dan membawanya ke Al-Ahsa' Arab Saudi tetapi ianya dikembalikan pada tahun 339H. pada hari Tarwiyah(8 Zulhijjah 317H) Abu Tahir Al-Qurmuthi bersama 900 pengikutnya telah melakukan keganasan di Mekah khasnya dalam Masjidil Haram. Mereka telah membunuh para jemaah haji dan telah mencampak mereka ke dalam telaga zamzam. Lebih 30,000 orang telah dibunuh. Mereka telah mencabut Hajarul Aswad dan dibawa ke negeri mereka dengan tujuan utk menarik orang ramai ke sana utk mengerjakan haji sebagaimana Abrahah membina Kaabah di negerinya. Maka penjuru Hajarul Aswad menjadi kosong selama 22 tahun sehinggalah Sanbar B Al-Hasan Al-Qurmuthi membawa Hajarul Aswad pulang ke tempat asal setelah binasanya Abu Tahir iaitu pada tahun 339H.

Dan beberapa lagi peristiwa lain yang aku tiada maklumat mengenainya. Berdasarkan kenyataan di atas. Kepada sesiapa yang berniat ingin beristilam dan mengucup Hajarul Aswad lepas ini perlulah mengucup salah satu drpd 8 kepingan Hajarul Aswad tersebut bukan keseluruhan batu yang berada dalam lingkungan penutup perak itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 'Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga. Warnanya lebih putih drpd susu. Maka, dosa anak2 Adam yang telah menjadikannya hitam'(Sunan At-Tarmizi No. 887). Ternyata dengan mataku sendiri jelas kehitaman yang ada pada batu tersebut.

Pengalaman mencuba utk beristilam dan mengucup Hajarul Aswad merupakan pengalaman yang paling menarik bagi aku. Penjuru Hajarul Aswad memang terknal sbgai tempat yang penuh pergaduhan, tolak-menolak, tarik-menarik dan lain-lain lagi semata ingin mengucup dan menyentuh Hajarul Aswad. Sentiasa penuh dengan manusia yang sentiasa berebut di kawasan itu sehinggakan pada tengah malam pom perebutan tersebut tetap hangat macam pisang goreng. HAhahahahaha. Sebelum aku bergerak utk bertawaf. Masa tuh jam lebih kurang dalam jam 10.45 mlm. Aku terlebih dahulu menunaikan solat hajat memohon semoga Allah mempermudah dan mengizinkan aku utk mengucup Hajarul Aswad sambil bertawakal. Takut jugak aku tgk perebutan di Hajarul Aswad ini seoolah-olah dua kumpulan mafia dari Mexico sedang bergaduh. Hik hik. Selesai solat, aku bertawaf sunat dahulu. Apabila aku berada di pusingan yang terakhir tawaf. Aku bergerak perlahan mendekati penjuru Hajarul Aswad. Sampai shja di Rukun Yamani. Aku sudah berada semakin hampir dengan sisi Kaabah. Sebaiknya aku menamatkan tawaf sunatku. Aku terus bergerak menuju ke Hajarul Aswad. Aku merempuh keramaian manusia betul-betul dihadapan Hajarul Aswad. Aku berusaha mengasak mcm orang main ragbi sambil hatiku berdoa dan bertawakal. Ternyata, memang dahsyat sekali perebutan ini. Beberapa kali jugak aku sesak nafas akibat dihimpit kiri kanan depan belakang. Tetiba kain tudung makcik sorg ni tersangkut kat tangan aku. Bukan main kuat dia tarik utk melepaskan diri. Sakit tangan aku dibuatnya. Satu hal pulak, aku terpaksalah berusaha melepaskan tanganku yang tersangkut pada kain tudungnya bimbang koyak pulak tudung makcik nih. Sebaik shja selesai, aku terus mencuba. Beberapa kali jugak aku terundur ke belakang akibat rempuhan pelbagai manusia yang mempunyai niat sama dgn aku. Akhirnya, pada satu ketika. Aku betul semakin hampir utk mencapai penutup perak Hajarul Aswad. Sebaik sahaja aku memegang penutup tersebut. Tetiba, datang satu ombak yang kiat menyebabkan aku terus terpelanting ke belakang sehinggala terkeluar drpd perebutan tersebut. Allahurabbi, hebat tol dugaan dan cium Hajarul Aswad nih. Rupa-rupanya, silap aku jugak yang masuk melalui bahagian tengah krn bahagian tersebut merupakan tempat keluar setelah para jemaah selesai mengucupnya. Ombak yang kuat tadi pulak disebabkan oleh sorg pakcik berbadan yang agak besar menolak org dibelakangnya krn dia ingin keluar. Patutla sampi aku pom tercampak sekali. Akhirnya, aku mengambil keputusan utk memasuki dari bahagian kanan Hajarul Aswad. Kali ini aku hanya mengikut arus shja sambil hatiku terus berdoa dan bertawakal. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku kali ini. Sedar-sedar shja, aku semakin hampir dgn Hajarul Aswad. Aku mengerah sedikit tenagaku. Alhamdulillah, akhirnya kedua-dua tanganku mencapai penutup perak tersebut. Aku sempat memerhati sebentar batu Hajarul Aswad tersebut. Ternyata, ianya memang kepingan-kepingan batu kecil cuma aku tak sempat bilang brapa biji. Lantas aku mngucup salah satu drpd batu kecil tersebut. Selesai, aku terus menolak kepalaku ke belakang utk keluar. Alamak!!Tak leh kuar la plak. Kekuatan para jemaah yang berebut menyebabkan aku tidak berdaya utk berundur ke belakang. Lantas dgn lafaz Allahuakbar aku menolak diriku sekuat mungkin. Alhamdulillah, dapat jugak aku keluar akhirnya. Lantas aku bersujud syukur krn Allah telah mengizinkan aku utk mengucup Hajarul Aswad.

Kisah kedua pula berlaku pada malam terakhir aku di Bumi Haram ini. Aku tak de plak berniat utk mengucup Hajarul Aswad sbb pengalaman pertama mmg membuatkan aku serik. Kali ini aku bercadang ingin berdoa di Al-Multazam dengan menekap tapak tangaku sekurang-kurangnya. Seperti biasa selesai shja tawaf. aku mendekati kawasan penjuru Hajarul Aswad utk pergi ke Multazam. Mungkin disebabkan arus tolakan yang kuat menyebabkan aku tertolak masuk ke barisan manusia yang sedang menunggu peluang utk mengucup Hajarul Aswad. Hurmm,,alang2 dah masuk sni. Lebih baik aku cuba utk mengucup sekali lagi. Nak kuar pom payah gak ni. Masa tuh jam dalam lebih kurang kul 3 pagi lebih. Aku berjalan dalam barisan tersbut. Sebaik shja aku hampir mendekati Hajarul Aswad. Aku berdiri di atas tembok berbentuk agak oblique iaitu Syazarwan. Tetiba aku tergelincir disebabkan arus tolakan orang ramai menyebabkan aku terhimpit di dinding Kaabah dan lemas disitu. Aku tenggelam dalam keramaian orang ramai yang semakin ramai. Hanya Allah yang tahu betapa seksanya aku dihimpit tanpa ruang udara dan terus ditekan seolah-olah dipenyek macam lempeng. Aku hanya mampu berdoa semoga aku terlepas dari azab ini. Niat aku utk mengucup Hajarul Aswad terus hlg. Ketika itu, aku hanya berdoa agar aku terlepas dari terus dihimpit. Dengan kuasa Allah, seperti ada seseorang yang mengangkat aku lalu aku dapat bangun semula dan mengambil sedikti nafas setelah lebih kurang seminit lebih aku lemas. Sebaik shja aku angkat mukaku. Aku sudah dihadapan Hajarul Aswad tapi aku tak mampu utk mengucupnya disebabkan keramaian org yang main kuat mengasak. Lagi pom niat aku utk mengucup dan hlg. Kali ini aku hnya sempat menyentih shja Hajarul Aswad dengan tangan kananku. Lantas aku keluar dari kelompok perebutan tersebut dan duduk sebentar mengambil nafas sedalam-dalamnya. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usiaku. Namun, detik kali ini memang menyerikkan aku. Allahurabbi.

Nak kata betapa havoc nya Hajarul Aswad ini. Sebaiknya shja selesai solat fardhu. Barisan hadapan yang menghadap Hajarul Aswad terus melompat sebaik shja imam selesai memberi salam. Tak sampai setengah saat. Perebutan telah kembali bermula. Allahurabbi

9. MAQAM IBRAHIM

Maqam Ibrahim disini ialah batu yang dibawa oleh Ismail A.S untuk dijadikan tempat berpijak oleh bapanya ketika membina Kaabah. Di atas batu inilah Ibrahim A.S membina Kaabah drpd batu2 yang dibawa oleh Nabi Ismail. Setiap kali bangunan Kaabah semakin tinggi, maqam tersebut turut naik seolah-olah ia berfungsi seperti kren. Di atas batu ini juga Nabi Ibrahim menyeru manusia supaya datang mengerjakan haji dan umrah.

Al-Fakihi meriwayatkan bahawa : 'Apabila selesai membina Kaabah. Allah telah memerintah agar Nabi Ibrahim menyeru manusia utk datang mengerjakan haji. Nabi Ibrahim naik ke atas batu itu lalu berseru : Wahai manusia! Telah difardhukan ke atas kamu mengerjakan haji. Maka ianya telah diperdengarkan kepada mereka yang berada dalam sulbi lelaki dan rahim perempuan. Mereka yang beriman seta mereka yang telah ditulis oleh Allah akan datang utk mengerjakan haji hingga Kiamat telah menyahutnya dengan menyebut : Labbaikallahumma labbaik!'

Seperti yang aku sebut sebelum ini. Batu maqam ini pun berasal dari syurga seperi batu Hajarul Aswad. Kebiasaannya, disunatkan utk kita menunaikan solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim setelah selesai bertawaf dan sebelum melakukan Sai'e. Maqam Ibrahim ini juga merupakan antara tempat yang mustajab doanya. Alhamdulillah, sempat juga aku menunaikan solat sunat tawaf beberapa kali setelah bertawaf. Nk solat kat sini InsyaAllah senang jeh. Cuma agak bercampur antara laki dan perempuan. Dorg main hentam je antara saf laki dan perempuan. Tapi, kebiasaannya tetap berjarak walaupun dalam satu saf. Ikhtilat sikit la. Hahahahahahahha..

Maqam itu kini ditutup dengan sebuah bekas kaca yang besar. Bertujuan utk menghalang para jemaah haji dari mengucup dan memegangnya kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Kesan jari di maqam tersebut juga sudah pudar dan hilang krn dahulunya ia kerap disentuh oleh org ramai sebelum ia ditutup. Seorang ahli sejarah mengatakan bahawa kesan tapak kaki di Maqam it sebelahnya sedalam 10cm manakala sebelah lagi 9cm. Panjang 22cm dan lebar 11cm. Maqam ini juga pernah beberapa kali kehilangan. Antaranya :

1. Pada zaman Khalifah Umar Al Khattab berlakunya banjir besar . Apabila banjir tersebut surut, Umar segera pergi ke Maqam Ibrahim dan mendapati ianya tekah hanyut ke satu dataran rendah di Mekah. Laliu Umar mengambilnya serta meletakkannya semula di tempat asal.

2. Diriwayatkan oleh Al-Fakihi pada suatu masa di Mekah terdapat seorang bernama Juraij(Yahudi atau Nasrani). Pada suatu malam Maqam Ibrahim didapati hilang. Setelah disiasat, ternyata ia dicuri oleh Juraij dan beliau ingin membawa maqam itu kepada Raja Rom. Kemudian ia ditangkap dan dipenggal lehernya.


Dan beberapa lagi peristiwa berlaku ke atas maqam ini namun ianya tetap dipelihara oleh Allah. Itu sahajalah serba sedikit maklumat yang kita kongsi bersama sepanjang kembara aku utk menunaikan umrah di Al-Haramayn ini. Banyak lagi cerita yang boleh dikongsi seperi sejarah Sai'e, pembesaran Masjidil Haram, pembinaan Kaabah dan banyak lagi. Cuma, aku tidak sempat pula melawat telaga zamzam di sini. Dikatakan telaga zamzam terletak di bawah Kaabah. Maybe di tingkat bawah tanah kot. Aku pom tak pernah pula cuba masuk ke aras bawah tanah sebab bersolat situ xleh nampak Kaabah. Tak bezz. Huhu. Wallahualam.

Ok ni plak cter terakhir utk aku kongsi bersama. Kejadian berlaku pada hari Rabu. Ketika itu aku baru sahaja selesai makan tengah hari. Terlintas di hatiku utk bertawaf sementara menunggu waktu asar. Lalu aku bergerak menuju ke tandas bawah tanah utk membuang air dan berwudhuk. Di tandas, aku bertemu Ibrahim dan kami bercadang utk bersama-sama bertawaf. Selesai membuang air, aku pun pergi ke tempat wudhuk. Aku amik wudhuk dgn khusyuk sekali. Selesai berwudhuk, aku terkejut beruk. Allahurabbi. Beg sandang kecilku dah hilang. Puas aku mencari bersama Ibrahim. Namun, tidak ketemuan. Banyak berharga dalam beg tuh. Beg duit, duit 250 Riyal Saudi, Hanset, Kamera, Kad Bank, Kad Pengenalan, Spek Mata dan Ubah Asma aku sume lesap begitu shaja. Allahurabbi, sedih tak terkata jugakla. Kenapalah hari tuh aku letak sume barang2 aku dalam beg tersbut. Tak pasal2 sume lesap sekaligus. Niat aku utk bertawaf dibatalkan. Aku hanya mampu berdiam diri shja. Selesai solat asar. Aku beritahu tntg kehilangan beg ku pada Ikhwan lau dengan bantuan Syeikh Abdullah. Kami ikhtiar mencari sehinggalah kami ke tempat brg hilang. Namun, tidak juga ku ketemu. Alhamdulillah, kawan2 banyk memberi kata2 semangat. Ujian, dugaan cabaran krn Allah nk kita belajar sumting. Aku hanya redha. Alhamdulillah, mujurlah aku masih menyimpan JD 33 dalam beg aku do hotel. Lalu aku menukar duit tersebut, dapatlah dalam lebih kurang 174 Riyal. Alhamdulillah. Cukuplah sedikit utk menyara hidupku sampai balik nati. Tapi sekadar cukup utk makan je la kot. Makan minum kat sini pom dh mahal. Banyak gak hikmah yang aku dapat drpd kehilangan beg tuh espeseli ia secara tidak langsung menambah rasa tawakal aku pada Allah. Alhamdulillah, banyak hikmahnya. Secara tidak langsung, aku sendiri pun dapat tumpu pada ibadah. Kalu tak, mesti tgh sibuk berjoli sakan dgn duit yang banyak. Bila duit hlg ni. Diam je la aku. Sekadar memerhati rakan-rakan aku bershopping. Hehe. Sehinggalah, aku tiba di Irbid. Beg aku terus menghilang tanpa khabar berita. Sabar jela. Ada hikmahnya tuh.


Alhamdulillah, berakhir sudah cerita panjang aku kali ini. Pengalaman menunaikan umrah di Mekah dan menziarahi Madinah. Harap info yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. Aku ada sebuah ag cerita, tapi aku akan buat post baru kot. Cerita ini special kit. Hehe. Berjumpa lagi nanti.

Wassalam.


RUJUKAN

1. MAKKAH AL-MUKARRAMAH(KELEBIHAN DAN SEJARAH) KARYA ABDUL BASIT BIN ABDUL MADINAH M.A MADINAH






Thursday 18 June 2009

Lambaian Kaabah

Posted by Aragorn at 1:56:00 pm 1 comments
Alhamdulillah..dengan izin Allah SWT. Telah selesai peperiksaan akhir semester 2 pada hari ni. Subjek Physiology, antara subjek kritikal bagiku namun subjek yg paling best dan menarik. Alhamdulillah, hari ni juga aka telah mengetahui beberapa markah exam aku yang dah selesai sebelum ini dan setakat ini semuanya lulus. Hanya Physiology shja yg masih belum ku ketahui markahnya.

Alhamdulillah,,aku mendapat markah yg agak cemerlang utk Anatomy. Semestinya satu kebangaan bagiku dan setinggi-tinggi kesyukuran padamu Ilahi. DAN, Alhamdulillah..kejap lagi aku akan memulakan perjalananku ke bumi Arab Saudi utk menunaikan Umrah.

Alhamdulillah,,aku bersyukur ke hadrat Ilahi krna dgn limpah kurnianya, aku diizinkan seawal usia 19 tahun utk menjadi tetamu-Nya di bumi barakah Madinah dan Mekah. Inilah antara kelebihan dan rezeki yang Allah kurniakan kpd ku belajar di Jordan ini yg mana mudah utk menunaikan haji dan umrah malahan kosnya juga teramat murah. Untuk umrah hnya memerlukan RM700 shja manakala utk haji dan umrah hanyalah lbih kurang RM 3000 shja. Jimat dan murah. Setiap tahun buleh pergi..hehe

Alhamdulillah,,smoga kedatangan aku ke bumi Mekah n Madinah akan diterima oleh Allah, ibadatku sempurna, doaku makbul dan smoga, kehadiranku ke bumi Mekah akan memberikan aku keazaman utk berubah dari buruk kpd baik, baik kpd lebih baik dan seterusnya. INSYAALLAH.

Kepada para pembaca, aku doakan kalian sentiasa dirahmati Allah dan doakanku dapat menunaikan ibadat umrah dgn sempurna. Jumpa lagi dilain hari

Wassalam..

Wednesday 10 June 2009

Tanggal 10 Jun

Posted by Aragorn at 5:34:00 am 8 comments
Tanggal 10 Jun 2009. Alhamdulillah...berkat limpah kurniaan Ilahi. Umur aku dah meningkat 19 tahun. Dah tua! Hahahahahah....

Tanggal 10 Jun juga merupakan first time dlm hidup aku meraikan hari kelahiranku di luar Malaysia iaitu Jordan.

Tanggal 10 Jun, terima kasih pada kawan-kawan yg ingat aku. Yang wish aku. Yang mendoakanku dan lain2 lagi. Semoga kalian hidup dlm rahmat Ilahi.

Tanggal 10 Jun tahun ni. Aku sndiri pom x ingt sgt befday aku nih. Maklumla, dkt dgn exam kot. Jadi aku sndiri hampir2 lupa befday aku. Setelah satu anouncement di Facebook tntg befday rakan aku, Poey pada 9 Jun. Baru aku ingat, befday aku sehari lepas tuh. Sekali dgn befday sorg ag rakan aku di Jordan, Nabilah Nazri yg juga pada 10 Jun. Menyusul lepas nih pulak, 11 Jun befday sorg rakan aku di Malaysia, Amni yg kini sdg menuntut di UiTM Shah Alam dlm bidang perakaunan. Kemudian, pada 12 Jun ni pulak. Befday 2 org ag sahabat aku. Sorg di Malaysia iaitu Ahmad Syakir A.K.A Asar rakan seperjuanganku sejak form 1 sampaila form 5 aku sekelas dgn dia. Kini sdg menuntut A-Level ke UK di KYUEM dan sorg ag sahabat aku di Jordan ni jugak, Farahiyah. Tak lupa juga pada Rahmah yg befday nya pada awal Jun ari tuh. Hehe. Aku mengucapkan smoga korg sntiasa dalam kerahmatan Ilahi.

Tanggal 10 Jun, umur aku dh meningkat 19 tahun.
Bukan bermakna masanya utk aku bersuka ria.
Bukan masanya utk aku terus alpa
Bukan masanya utk aku memasang impian
Bukan masanya utk aku memasang angan-angan

Tanggal 10 Jun, umur aku dh 19. Aku dh semakin tua(xdela tua sgt kot..haha).
Kematian pom semakin hampir dgn diri..
Amalan kebaikan mcm mencubit garam di hujung jari..
Dosa pulak mcm buih lautan di laut mati..
Bila ditegur melenting tak sedarkan diri..
Sedangkan teguran tuh utk kebaikan diri sndiri..
Bila dapat sakit, baru ingat kt Ilahi..
Bila dpt nikmat, lupa diri lagi..
Apa nak jadi dgn ko ni Hadi..
Ingatlah kematian semakin menghampiri..
Amal kebaikan masih sikit lagi..
Sedarlah diri wahai Abdul Hadi..
Sebelum Izrail datang diperintah Ilahi..
Bertaubatlah sblm nyawa diambil Ilahi..
Semoga hidup sntiasa dirahmati..

(Kreatif gak aku ek..hehe)


Tanggal 10 Jun, stkt ni je kot entry kali ni. Sekadar peringatan utk diri sndiri dikala usia yg semakin meningkat ini. Semoga dgn azam baru. Aku akan bergerak menuju perubahan. InsyaAllah. Bergerak bersama Islam. Allahuakbar!!Allahuakbar!!






 

SKY IS OVER Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez